Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
manfaat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan faedah, kebaikan, fadilat, kemaslahatan, keistimewaan, guna, kegunaan, laba, untung, keuntungan, khasiat, hikmat, rahmat;,
Kata Terbitan : bermanfaat, memanfaatkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
effective microorganismmikroorganisma bermanfaatPertanian OrganikTanaman Makanan-
inoculation methodkaedah inokulasiPertanianAgroteknologiKaedah memasukkan mikroorganisma bermanfaat kepada tumbuhan untuk memberikan ciri-ciri yang baik kepada tumbuhan itu. Contohnya, bakteria rizobium dicampurkan dengan biji benih tanaman kekacang supaya bakteria tersebut dapat menjangkiti akar tanaman apabila bercambah. Kehadiran rizobium membolehkan tanaman mendapat bekalan nitrogen pada akarnya. Kaedah inokulasi yang dilakukan adalah dengan menggaul campuran rizobium dengan kompos kepada biji benih kekacang sebelum ditanam. Bagi memastikan rizobium melekat pada benih, bahan pelekat seperti gam arabik boleh dicampurkan sekali. Bagi penghasilan cendawan misalnya, kaedah inokulasi dilakukan dengan memasukkan spora cendawan pada substrat seperti habuk papan. Bagi meningkatkan hasil resin pokok gaharu pula, kaedah inokulasi yang dilakukan adalah dengan menebuk batang dan memasukkan kulat tertentu pada batang pokok tersebut.
EMEMPertanianAgroteknologiSingkatan bagi effective microorganism. Lihat mikroorganisma bermanfaat.
effective microorganismmikroorganisma bermanfaatPertanianAgroteknologiCampuran mikroorganisma anaerobik yang mempunyai kesan baik terhadap proses pembentukan produk pertanian. Contohnya, bakteria asid laktik yang menggalakkan proses fermentasi bahan tanaman seperti rumput untuk dijadikan silaj. Selain itu, mikroorganisma Bokashi yang terhasil daripada pemeraman sisa buah-buahan dan sayur-sayuran pula boleh dijadikan baja cecair. Mikroorganisma ini terdapat secara semula jadi dalam persekitaran. Bahan makanan boleh digunakan untuk membiakkan mikroorganisma tersebut untuk dijadikan campuran mikroorganisma bermanfaat.
mouldkulapukMakanan dan PemakananMakananKumpulan mikroorganisma yang tumbuh dalam bentuk filamen multisel yang dipanggil hifa. Kulapuk berbeza dengan yis atau ragi yang tumbuh dalam bentuk sel tunggal. Pelbagai kulapuk mampu untuk tumbuh sebagai organisma separa mikroskopik, iaitu miseliumnya cenderung untuk membentuk jaringan selirat benang putih yang halus dan lembut di atas permukaan makanan. Kulapuk boleh menyebabkan kerosakan makanan. Namun, terdapat kulapuk yang bermanfaat dan memainkan peranan penting dalam pengeluaran pelbagai makanan dan minuman seperti tempeh, idli, miso, keju dan bir.
culture mediummedium kulturPertanianAgroteknologiBahan berbentuk agar-agar atau cecair yang mengandungi nutrien untuk membiakkan sel, mikroorganisma dan tisu tumbuhan. Kegunaan medium kultur termasuklah untuk mengkultur tisu tumbuhan sebagai satu cara membiak tanaman melalui bahagian tumbuhan seperti pucuk, batang atau daun. Selain itu, medium kultur digunakan untuk membiak bakteria bermanfaat seperti Rhizobium supaya dapat disuntik pada biji benih kekacang untuk membolehkan pengikatan nitrogen daripada udara. Medium kultur dibuat menggunakan serbuk agar-agar yang dibancuh dan ditambah dengan formulasi nutrien seperti formulasi Murasighe & Skoog untuk kegunaan kultur tisu tumbuhan.
pharmacological effectkesan farmakologiFarmasiFarmakologiKesan daripada pengambilan drug yang mengakibatk:an perubahan fisiologi atau biokimia di dalam tubuh. Kesan farmakologi boleh dikelaskan kepada kesan dikehendaki dan kesan tidak dikehendaki. Kesan dikehendaki selalunya merujuk: kepada drug yang memberi kesan kebaikan dan dapat merawat sesuatu penyakit. Kesan tidak dikehendaki pula merujuk: kepada kesan-kesan drug yang lain, sama ada kesan memudaratkan, kesan tidak memudaratk:an atau kesan bermanfaat. Contohnya, pengambilan rifampisin untuk merawat tuberkulosis. Selain mempunyai kesan kebaikan, iaitu dapat membunuh mikroorganisma penyebab penyakit tersebut, ia juga boleh menimbulkan kesan lain yang tidak memudaratkan, seperti menyebabkan air kencing dan najis berubah warna.

Kembali ke atas