Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.kro.skop] | ميکروسکوڤ

Definisi : alat yg menggunakan kanta utk menjadikan objek kecil kelihatan besar; ~ elektron mikroskop berkeupayaan tinggi yg menggunakan alur elektron utk meng­hasilkan imej yg diperbesar; ~ majmuk mi­kroskop yg mempunyai dua sistem kanta (kanta objek dan kanta mata); ~ ringkas mikroskop yg mempunyai sistem kanta tunggal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.kro.skop] | ميکروسکوڤ

Definisi : alat utk melihat benda-benda halus; teropong pembesar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mikroskop


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
mikroskopmicroscopeAlat yang digunakan untuk melihat objek seni dengan menggunakan kanta atau sistem kanta. Contohnya, mikroskop cahaya dan mikroskop elektron. Lihat RajahMenengah Rendah
mikroskop elektronelectron microscopeMikroskop yang menggunakan sinaran elektron untuk melihat objek yang sangat seni. Mikroskop elektron biasanya digunakan untuk meneliti mikroorganisma dan sel atau melihat struktur logam dan kristal. Lihat RajahSekolah Rendah
mikroskopmicroscopeAlat optik yang digunakan untuk melihat objek yang sangat seni. Lihat RajahSekolah Rendah
mikroskop digitaldigital microscopeMikroskop yang mengandungi kamera digital yang sangat kecil, yang dihubungkan ke komputer. Imej objek akan dilihat melalui kanta mata dan dipaparkan melalui monitor komputer. Lihat RajahSekolah Rendah
mata kasarnaked eyePandangan menggunakan mata biasa tanpa menggunakan sebarang alatan seperti mikroskop atau kanta tangan.Sekolah Rendah
mikroorganismamicroorganismOrganisma halus yang biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Di antara organisma ini termasuklah bakteria, virus, alga, protozoa dan yis.Menengah Atas
mikroorganismamicroorganismOrganisma seni yang biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Contohnya, bakteria dan virus.Menengah Rendah
dinding sel primerprimary cell wallDinding pertama sel yang terdiri daripada selulosa mikrofibril yang dibentuk dengan pelbagai orientasi, dapat dilihat melalui mikroskop elektron, yang terbentuk apabila sel sedang membesar.Menengah Atas

Kembali ke atas