Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.kro.skop] | ميکروسکوڤ

Definisi : alat yg menggunakan kanta utk menjadikan objek kecil kelihatan besar; ~ elektron mikroskop berkeupayaan tinggi yg menggunakan alur elektron utk meng­hasilkan imej yg diperbesar; ~ majmuk mi­kroskop yg mempunyai dua sistem kanta (kanta objek dan kanta mata); ~ ringkas mikroskop yg mempunyai sistem kanta tunggal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.kro.skop] | ميکروسکوڤ

Definisi : alat utk melihat benda-benda halus; teropong pembesar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mikroskop


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIKROSKOP

Mikroskop ialah alat yang membesarkan objek

yang terlampau kecil supaya mudah dilihat.

Mikroskop tergolong dalam salah satu alat yang

paling penting dalam sains. Contohnya doktor dan

ahli biologi, menggunakan mikroskop untuk

memeriksa bakteria dan sel darah. Ahli sains dan

jurutera bahan menggunakan mikroskop untuk

mengkaji struktur hablur di dalam logam dan aloi

(campuran logam) dan memeriksa cip komputer

serta peranti kecil elektronik lain. Pelajar biologi

pula menggunakan mikroskop untuk memerhati

dan mempelajari tentang alga, protozoa dan

organisma bersel tunggal yang lain.

UMUM 
MIKROSKOP ELEKTRON

Mikroskop elektron ialah alat yang

menggunakan alur elektron untuk membesarkan

imej objek. Mikroskop elektron boleh membeza

jelas (menghasilkan gambar yang terang) fitur yang

jauh lebih kecil daripada yang dapat dilihat melalui

mikroskop optik, yang menggunakan kanta dan

cahaya nampak untuk membesarkan imej. Kuasa

pembesaran yang hebat menjadikan mikroskop

elektron sebagai alat utama penyelidikan dalam

bidang biologi, kimia, perubatan, dan metalurgi.

Ernst Ruska dan lain-lain ahli sains Jerman telah

membina mikroskop elektron yang pertama pada

tahun 1931.

UMUM 
MIKROSKOP KUAR PENGIMBAS

Mikroskop kuar pengimbas adalah mana-mana

jenis mikroskop yang mengimbas permukaan

bahan dengan penunjuk tajam dan memaparkan hasil

di skrin bak televisyen. Penunjuk, dikenali sebagai

kuar, boleh jadi sehalus 0.3 daripada satu bilion

meter lebarnya – kira-kira selebar atom. Mikroskop

kuar pengimbas dapat menyediakan imej tiga

dimensi atom individu. Ia menjadi alat penyelidikan

yang penting dalam bidang fizik, kejuruteraan, dan

kimia.

UMUM 
MIKROSKOP ION

Mikroskop ion, juga dikenali sebagai mikroskop

medan-ion, adalah satu daripada alat pembesar yang

paling berkuasa untuk kegunaan saintifik. Ia

memperbesar dengan begitu tajam hinggakan setiap

atom boleh dilihat. Ahli sains menggunakannya untuk

mengkaji fizik dan kimia permukaan pada logam dan

aloi. Mereka juga menggunakannya untuk

mengetahui bagaimana atom logam tersusun untuk

membentuk hablur, dan bagaimana gas dan sinaran

mempengaruhi hablur tersebut.

UMUM 
MIKROTOMI

Mikrotomi pada asalnya bermakna potongan

mikroskopik. Tetapi kini, ia bermakna seni

menyediakan objek untuk pemeriksaan melalui

mikroskop. Tanpa persediaan, sebilangan kecil objek

boleh diperiksa dengan betul melalui mikroskop

(lihat Mikroskop). Sekeping logam, misalnya mesti

digilap dengan baik dan digores sebelum strukturnya

boleh dilihat. Batu-batan digergaji menjadi hirisan

cukup nipis untuk dilihat melalui teknik mikrotomi.

UMUM 
MIKROSKOP

Mikroskop ialah alat optik yang dapat membesarkan objek kecil yang tidak dapat dilihat strukturnya dengan mata kasar.

FIZIKAlat/Alatan
MIKROSKOP PETROLOGI

Mikroskop petrologi ialah alat optik yang direka khas untuk mengkaji mineral dan batuan.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIAlat/Alatan
METALOGRAFI

Metalografi ialah kajian tentang struktur

dalaman logam dan aloi. Istilah ini juga boleh

digunakan dalam kajian tentang seramik dan

komposit, iaitu gabungan logam dengan serat

bukan logam. Ahli metalografi menentukan

bagaimana bahan akan bertindak balas dalam

keadaan tertentu, seperti dalam keadaan panas

atau sejuk melampau. Industri bergantung pada

metalografi untuk menghasilkan, menguji dan

memperbaiki keluaran seperti misil dan kapal

angkasa. Ahli metalografi mengkaji sampel bahan

menggunakan sinar-x dan mikroskop. Mikroskop

elektron yang berkuasa tinggi membantu mereka

mencipta bahan baru.

UMUM 
MIKROTOM

Mikrotom ialah alat yang digunakan untuk

memotong bahan menjadi sangat nipis supaya

keratan rentasnya boleh dilihat melalui mikroskop. Ia

mempunyai pemegang untuk mengepit spesimen,

pisau setajam pisau cukur, panduan untuk pisau dan

skru putar yang mengawal ketebalan hirisan. Lihat

juga Mikroskop; Mikrotomi.

UMUM 
SITOLOGI

Sitologi ialah kajian tentang struktur dalaman

dan organisasi sel. Kajian mikroskop struktur

sel dapat memberi penjelasan tentang proses

pembahagian sel, dan menjadi asas kepada kajian

genetik (lihat Genetik). Kajian ini juga menunjukkan

bahawa setiap struktur mempunyai fungsi

tersendiri, dan setiap aktiviti sel berkaitan dengan

perubahan pada kandungan kimia yang

membentuk sel tersebut. Sitokimia ialah kajian

tentang aktiviti bahan kimia di dalam sel. Lihat juga

Sel.

UMUM 
123

Kembali ke atas