Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.kro.skop] | ميکروسکوڤ

Definisi : alat yg menggunakan kanta utk menjadikan objek kecil kelihatan besar; ~ elektron mikroskop berkeupayaan tinggi yg menggunakan alur elektron utk meng­hasilkan imej yg diperbesar; ~ majmuk mi­kroskop yg mempunyai dua sistem kanta (kanta objek dan kanta mata); ~ ringkas mikroskop yg mempunyai sistem kanta tunggal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.kro.skop] | ميکروسکوڤ

Definisi : alat utk melihat benda-benda halus; teropong pembesar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mikroskop


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
microscopemikroskopFizikOptikAlat untuk melihat objek halus atau seni melalui pembesaran imej objek tersebut dengan adanya kanta atau sistem kanta. Antara jenis mikroskop yang utama ialah mikroskop optik, mikroskop elektron dan mikroskop sinar-x
proton microscopemikroskop protonKejuruteraanTiadaMikroskop seperti mikroskop elektron tetapi menggunakan proton bukannya elektron.
proton scattering microscopemikroskop serak protonKejuruteraanTiadaMikroskop seperti mikroskop elektron tetapi menggunakan proton bukannya elektron.
optical microscopemikroskop optikFizikOptikMikroskop yang digunakan untuk mendapatkan imej yang dibenarkan bagi objek kecil dengan menggunakan cahaya nampak. Biasanya alat ini terdiri daripada sumber cahaya, kondenser dan okular yang boleh diganti dengan peranti rakanam. mikroskop cahaya; mikroskop foton.
comparison microscopemikroskop bandinganFizikOptikDua mikroskop yang disambung oleh okular penerima supaya medan dari salah satu mikroskop dilihat pada sebelah garis pembahagi dan medan dari mikroskop satu lagi pula dilihat pada sebelah yang bertentangan.
fluorescence microscopemikroskop pendarfluorKimiaBiokimiaMikroskop cahaya yang diubahsuaikan untuk kegunaan pemeriksaan objek kecil seperti bakteria. Organisma yang diperiksa melalui mikroskop ini akan diwarnai dengan pewarna berpendarfluor terlebih dahulu dan kemudiannya dilihat dengan menggunakan cahaya ultraungu.
stereoscopic microscopemikroskop stereoskopFizikOptikMikroskop yang terdiri daripada dua okular dan dua kanta objek. Objek dilihat melalui cahaya yang terpantul dan bukannya yang terhantar. Mikroskop ini dapat melihat pandangan yang berbeza dari objek yang sama.
microbemikrobBiologiEkologiMikroorganisma yang hanya daapt dilihat melalui mikroskop cahaya atau mikroskop elektron, misalnya bakteria, virus, kulat, dan protozoa. Ada mikrob yang tidak berbahaya, tetapi banyak juga mikrob yang boleh menyebabkan penyakit. Mikrob juga memainkan peranan dalam persekitaran sebagai pengurai bahan organik dan pengikat nitrogen.
transmission electron microscopemikroskop elektron pancaranPerubatanTiadaMikroskop yang menggunakan alur elektron sebagai sumber sinaran untuk melihat lapisan spesimen yang sangat nipis dan mempunyai kuasa beza beribu kali lebih daripada mikroskop cahaya.
electron microscopemikroskop elektronFizikNanoteknologiPeranti yang menggunakan elektron sebagai sumber yang mampu membesarkan objek kecil, dengan kuasa peleraian yang tinggi dengan pembesaran dapat mencapai sehingga 500 000 kali ganda atau melebihi dua juta kali bagi sesetengah mikroskop elektron moden. Mikroskop ini digunakan untuk memeriksa bahan biologi, seperti mikroorganisma dan sel, struktur logam dan hablur serta pencirian pelbagai permukaan.
12345678910...

Kembali ke atas