Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.li/] | ميليق

Definisi : 1. kepunyaan, hak: semua tanah adalah ~ kerajaan pusat; ia berharap Asmah akan menjadi ~nya pd suatu masa kelak; ~ bebas kepunyaan atau hak memiliki (tanah) yg tidak dibataskan tempoh hak miliknya dll; 2. Id nasib baik, beruntung; memiliki 1. mempunyai: rakyat berhak ~ harta; 2. mengambil atau menjadikan sesuatu hak milik: tidak dibenarkan ~ hak orang; termilik menjadi milik; milikan apa yg dimiliki: kejayaan negara mengikut ~ modal saham; pemilikan perihal memiliki: ~ tanah; pemilik yg empunya, tuan punya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.li/] | ميليق

Definisi : kepunyaan; hak: Semua harta ini ~ nenek saya. ~ negara kepunyaan negara. memiliki 1 mempunyai: Ia ~ sebuah kereta Proton Saga. 2 mengambil sesuatu dan dijadikan milik. pemilikan perihal memiliki: Kerajaan mengharapkan ~ modal sebanyak 30% oleh kaum bumiputera dlm sektor perniagaan. pemilik tuan punya; yg empunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
milik (kata nama)
Bersinonim dengan kepunyaan, hak;,
Kata Terbitan : memiliki, pemilik,

Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAT IKATAN

Surat ikatan ialah dokumen bertulis berhubung

dengan pemindahan hak milik harta. Surat ikatan

mesti ditandatangani oleh pihak yang memindah

hak milik. Dalam banyak kes, ia juga ditandatangani

oleh pihak yang menerima hak milik. Surat ikatan

juga mesti memperincikan harta yang dipindah

milik dan menunjukkan niat untuk memindah milik.

Surat ikatan ini hanya akan berkuat kuasa apabila ia

dihantarkan kepada pihak yang menerima hak

milik.

UMUM 
HAK MILIK

Hak milik ialah istilah undang-undang yang

biasanya digunakan untuk menerangkan

pemilikan harta benda

UMUM 
PERAIRAN MILIK NEGARA

Perairan milik negara ialah kawasan perairan

laut yang hak-hak berdaulat adalah dipunyai oleh

sesebuah negara. Hak-hak ini termasuk kawalan

terhadap penangkapan ikan, pelayaran, perkapalan

dan juga penggunaan sumber laut semula jadi.

UMUM 
SARDINIA

Sardinia ialah pulau milik Itali yang terletak di Laut

Mediterranean di bahagian barat tanah besar Itali dan

jaraknya melebihi 160 kilometer dari tanah besar

tersebut. Daratan yang terdekat ialah Pulau Corsica

(milik Perancis), yang terletak 14 kilometer di sebelah

utara Selat Bonifacio. Nama Itali bagi Sardinia ialah

Sardegna. Ia merupakan pulau Mediterranean yang

kedua besarnya selepas Sicily. Luas Sardinia kira-kira

24 090 kilometer persegi. Pulau ini dan beberapa

pulau lain yang berhampiran membentuk kawasan

Sardinia yang mempunyai penduduk sebanyak 112

juta. Untuk lokasi Sardinia, lihat Itali (peta politik).

UMUM 
SETINGGANSetinggan ialah orang yang tinggal di atas

sebidang tanah tetapi tidak mempunyai hak milik

atau apa-apa bukti yang menunjukkan bahawa dia

memiliki tanah berkenaan. Dalam sesetengah kes,

seseorang setinggan boleh membuat tuntutan

yang sah terhadap tanah tertentu sekiranya tidak

ada orang lain yang mempunyai tuntutan yang sah

di sisi undang-undang terhadap tanah yang sama.

Pada beberapa zaman tertentu dalam sejarah, para

peneroka telah menjelajah ke kawasan yang belum

diduduki dan kemudiannya menuntut hak milik

terhadap tanah tersebut. Di Australia dan di

Amerika Syarikat, ramai setinggan menduduki

tanah yang belum lagi disukat ataupun diukur

dan yang belum pernah mempunyai sebarang

hak milik. Mereka mendirikan rumah dan

membersihkan tanah berkenaan. Dengan berbuat

demikian, mereka percaya bahawa mereka telah

beroleh hak untuk membeli tanah berkenaan pada

harga yang minimum apabila kerajaan menjualnya.

UMUM 
MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

Memorial Tunku Abdul Rahman Putra,

memorial yang menyimpan dan mempamerkan

barang-barang milik Tunku Abdul Rahman Putra,

Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ia

ditubuhkan untuk mengingati dan mengenang jasa

dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra

kepada negara. Memorial ini menjaga, menyimpan,

dan memulihara segala bahan-bahan arkib,

muzium dan perpustakaan milik Tunku Abdul

Rahman Putra dan hal-hal yang berkaitan

dengannya, mempamerkan kepada pelawat bahan-bahan

miliknya dan yang berkaitan dengannya,dan

menyediakan kemudahan rujukan kepada

penyelidik tentang sejarah perjuangan, jasa serta

sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra kepada

negara. Memorial ini turut berperanan

menimbulkan kesedaran dan nasionalisme kepada

generasi sebagai monumen yang kekal sebagai

peninggalan sejarah, dan untuk menjadikannya

sebagai salah satu tarikan kepada pelancong.

UMUM 
PULAU WAKE

Pulau Wake ialah pulau milik Amerika Syarikat di

bahagian tengah barat Lautan Pasifik. Pulau ini

merupakan persimpangan semula jadi bagi kapal

dan kapal terbang yang menyeberangi Lautan

Pasifik. Wake ialah sebuah atol segi tiga yang terdiri

daripada tiga buah pulau kecil karang, iaitu Wake,

Peale dan Wilkes. Pulau-pulau kecil ini meliputi

kawasan darat seluas lebih kurang lapan kilometer

persegi dan mempunyai penduduk lebih kurang

300 orang. Dengan batu karang yang melengkung,

pulau-pulau ini melingkungi sebuah lagun yang

tidak sampai 10 kilometer persegi luasnya. Wake

terletak 3700 kilometer ke sebelah barat Honolulu

dan 3195 kilometer ke sebelah tenggara Tokyo.

Pulau ini tidak mempunyai air tawar, dan tumbuh-

tumbuhannya kebanyakan terdiri daripada pokok-

pokok renek dan belukar.

UMUM 
PERLADANGAN POKOK

Perladangan pokok. Ladang pokok ialah

kawasan milik persendirian yang digunakan

untuk menanam pokok bagi mendapatkan

keuntungan. Ladang pokok berbeza-beza saiznya

daripada dua hektar hingga kepada 400 000

hektar. Organisasi perhutanan di banyak negara

menganjurkan program ladang pokok di

peringkat negara.

UMUM 
RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)

sebuah stesen penyiaran milik kerajaan. RTM diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran, Kemeterian Penerangan Malaysia

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS)

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)

ialah syarikat minyak dan gas negara yang dimiliki

sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Ditubuhkan

pada 17 Ogos 1974, PETRONAS diperuntukkan

hak milik dan pengawalan sepenuhnya ke atas

semua sumber minyak dan gas Malaysia,

mengikut Akta Kemajuan Petroliam 1974. Sejak

penubuhannya, PETRONAS telah

mempelbagaikan kegiatannya daripada usaha

eksplorasi minyak serta gas di peringkat huluan

kepada aktiviti penapisan minyak, pemprosesan,

pencecairan dan penyaluran gas asli; pengeluaran

petrokimia; pemasaran dan pengangkutan di

peringkat hiliran. PETRONAS mempunyai

kepentingan perniagaan di lebih daripada 30

buah negara. Sehingga akhir bulan Mac 2002,

kumpulan PETRONAS terdiri daripada 73 anak

syarikat milik penuh, 21 anak syarikat milik

sebahagian dan 45 syarikat usaha sama.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas