Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.li/] | ميليق

Definisi : 1. kepunyaan, hak: semua tanah adalah ~ kerajaan pusat; ia berharap Asmah akan menjadi ~nya pd suatu masa kelak; ~ bebas kepunyaan atau hak memiliki (tanah) yg tidak dibataskan tempoh hak miliknya dll; 2. Id nasib baik, beruntung; memiliki 1. mempunyai: rakyat berhak ~ harta; 2. mengambil atau menjadikan sesuatu hak milik: tidak dibenarkan ~ hak orang; termilik menjadi milik; milikan apa yg dimiliki: kejayaan negara mengikut ~ modal saham; pemilikan perihal memiliki: ~ tanah; pemilik yg empunya, tuan punya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.li/] | ميليق

Definisi : kepunyaan; hak: Semua harta ini ~ nenek saya. ~ negara kepunyaan negara. memiliki 1 mempunyai: Ia ~ sebuah kereta Proton Saga. 2 mengambil sesuatu dan dijadikan milik. pemilikan perihal memiliki: Kerajaan mengharapkan ~ modal sebanyak 30% oleh kaum bumiputera dlm sektor perniagaan. pemilik tuan punya; yg empunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
milik (kata nama)
Bersinonim dengan kepunyaan, hak;,
Kata Terbitan : memiliki, pemilik,

Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tanah miliktanah hak milik orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
hak milik mutlakhak milik yg penuh atas sesuatu;Kamus Dewan Edisi Keempat
sosialisasi1. IB usaha utk memindahkan hak milik seseorang menjadi milik negara (umum); 2. perihal (perbuatan) bergaul dan bermesra (antara satu sama lain), pergaulan: Tunstall telah menekankan pentingnya kajian media massa dlm konteks kehidupan dan proses ~ sesuatu masyarakat; ~ yg dialami para siswa berjalan tanpa sekatan, apalagi mereka jauh dr perhatian ibu bapa; 3. proses mendidik seseorang utk menyesuaikan diri dgn suasana (sikap, nilai dsb) yg dapat diterima dlm masyarakat: anak-anak hari ini mudah terdedah kpd pelbagai agen ~ bukan sahaja drpd ibu bapa; ~ manusia berlaku melalui pendidikan formal dan tidak formal sejak kecil hingga sepanjang hayat; bersosialisasi melakukan sosialisasi: antara tujuan menghantar anak ke tadika adalah utk mengajarnya ~; mensosialisasikan 1. IB menjadikan milik negara, memiliknegarakan; 2. mendidik se­seorang utk menyesuaikan diri dgn suasana (sikap, nilai dsb) yg dapat diterima dlm masyarakat: komunikasi memainkan pera­nan yg penting dlm ~ ahli-ahli masyarakat; terdapat beberapa faktor yg mempengaruhi cara ibu bapa ~ anak-anak mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
milik negarakepunyaan atau hak negara (spt perusahaan tertentu dll); memiliknegarakan menjadikan (sesuatu) milik negara, menasionalisasikan: beliau ~ harta mereka di Cuba; pemiliknegaraan perbuatan menjadikan (se­suatu) milik negara, nasionalisasi.Kamus Dewan Edisi Keempat
komunismefahaman politik yg (hendak) menjadikan faktor pengeluaran dan barang­barang pengguna milik negara atau milik ber­sama rakyat: ~ diamalkan dgn luasnya sbg falsafah hidup di negeri China dan beberapa negeri Eropah Timur.Kamus Dewan Edisi Keempat
komunismefaham politik yg hendak menjadikan semua harta dan barang-barang pengguna hak milik negara atau hak milik rakyat.Kamus Pelajar
hak milikkekuasaan utk memiliki sesuatu, pemilikan (kepunyaan) yg sah: ~ tanah mestilah dicatatkan di dlm buku pendaftaran ~; ~ mutlak hak milik yg penuh atas sesuatu; mengehakmilikkan menjadikan (meng­am­bil sbg) hak milik: kerajaan telah ~ tanah-tanah di kawasan itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
milik negarakepunyaan negara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
milik bebaskepunyaan atau hak memiliki (tanah) yg tidak dibataskan tempoh hak miliknya dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
hak negarasesuatu yg merupakan milik atau kepunyaan negara; mengehaknegarakan menjadikan milik negara; pengehaknegaraan tindakan (perbuatan dsb) mengehaknegarakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas