Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mimesis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mimesismimesisKesusasteraanTiadaPrinsip dasar dalam pengkaryaan sastea yang berteraskan peniruan. Menurut Aristotle dan Poetics pada kurun keempat sebelum Masihi, sastera merupakan peniruan kehidupan seperti seadanya. Istilah mimesis ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �peniruan�. Lihat juga kritikan mimetik.
mimesismimesisKesusasteraanTiadaTiada
mimesismimesisKesenianTiada1. Teori estetik yang menganggap seni sebagai peniruan unsur-unsur alam dan manusia secara semula jadi.
mimesismimesisKesusasteraanTiadaIstilah yang digunakan Aristoteles untuk menyatakan bahawa karya sastera adalah bahagian tiruan peri laku dan peristiwa antara manusia.
mimesismimesisKesusasteraanTiadaPeniruan atau pemaparan semula realiti kehidupan di luar teks ke dalam karya sastera.
mediated narrationpengisahan bermediasiKesusasteraanTiadaPengisahan yang meninggalkan kesan akan kehadiran pengisah atau penceritanya. Pengisahan bermediasi merupakan pengisahan yang nyata dan bukan terselindung, iaitu pengisahan yang mengutamakan diegesis dan pemberitahuan, lebih daripada mimesis. Lihat juga mimesis.
imitationimitasiKesusasteraanTiadaProses peniruan dalam karya sastera. Proses ini berdasarkan anggapan bahawa sastera ialah suatu percubaan untuk meniru alam seperti yang disebut oleh Aristotle sebagai mimesis. Sastera dikatakan bertindak sebagai cermin yang memancarkan realiti kehidupan manusia. Pandangan ini popular sehingga penghujung abad ke-18 apabila konsep peniruan ini mula dipertikaikan. Sesetengah pengkritik menganggap bahawa setiap peniruan akan melibatkan proses mediasi disebabkan oleh faktor ideologi atau kepentingan estetik. Justeru, imitasi bukanlah peniruan yang berlaku tanpa gangguan, tetapi imitasi bersifat amat subjektif. Imitasi berasal daripada perkataan Latin bermaksud �salinan atau tiruan�. Lihat juga mimesis.
platonic criticismkritikan platonikKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang memberikan tumpuan pada aspek kegunaan sastera seperti peranannya dalam mencapai tujuan moral dan agama. Kritikan ini tidak mementingkan nilai intrinsik karya, sebaliknya menitikberatkan nilai ekstrinsiknya. Kritikan ini berdasarkan falsafah plato (pada abad keempat SM). Dalam perspektif Platonisme, dunia zahir ialah bayarangan kepada dunia yang ideal. Kebenaran perkara dan objek material dalam dunia zahir ialah idea tentang perkara objek material tersebut atau sebaliknya. Justeru, seperti dunia zahir yang merupakan imitasi bagi dunia yang ideal, maka seni (termasuklah puisi) ialah imitasi bagi dunia zahir. Dalam konteks ini, puisi tetap merupakan bayangan kebenaran, walaupun sebenarnya kekeliruan. Lihat juga kritikan mimetik, mimesis.

Kembali ke atas