Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ming.gu] | ميڠݢو

Definisi : 1. = hari ~ hari Ahad; 2. tujuh hari, pekan: se~ yg lalu, dua orang lagi pemuda Melayu telah ghaib entah ke mana; berminggu-minggu beberapa minggu, banyak minggu (lamanya dsb): bukannya sehari dua, malah ~ lamanya; mingguan 1. (berlaku atau diadakan) setiap minggu: Tengku berkata demikian setelah menghadiri sidang kabinet ~ yg diadakan di bangunan Parlimen hari ini; 2. (diter­bitkan) setiap minggu (bkn akhbar, majalah dsb): dia menunduk, mengambil akhbar ~ yg terbiar di atas lantai, lalu duduk di kerusi; seminggu-mingguan sepanjang minggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ming.gu] | ميڠݢو

Definisi : 1 = hari ~ hari Ahad. 2 masa atau tempoh selama tujuh hari; pekan: Ia ke Pulau Pinang selama dua ~. mingguan 1 tiap-tiap minggu; seminggu sekali. 2 majalah dll yg terbit sekali seminggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minggu (kata nama)
Bersinonim dengan tujuh hari, pekan;,
Kata Terbitan : berminggu-minggu,

Puisi
 

Hari Ahad minggu Belanda,
     Kapitan Cina bergelang kaki;
Cuba ditanya pengubat lama,
     Bolehkah tidak kembali lagi.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bedazi[b«.dA.zi]kata kerjabergotong-royong dalam majlis kenduri kendara, rewang.Minggu depan bedazi kite kat rumah Pak Abu. Die buwat keje kawen.[miN.gu d«.pAn b«.dA.zi ki.t« kAt Äu.mAh pA/ A.bu di.j« bu.wAt k«.dZ« kA.wen]Minggu hadapan kita bergotong-royong di rumah Pak Abu. Dia mengadakan majlis kenduri kahwin.
miong[mi.joN]kata adjektifbingung, seolah-olah mati akal buat sementara disebabkan oleh sesuatu kejadian yang tidak disangka-sangka.Lepas orang rumah meninggal, beminggu-minggu die miong.[l«.pAs o.ÄAN Äu.mAh m«.niN.gAl b«.miN.gu.miN.gu di.j« Selepas kematian isteri, berminggu-minggu dia bingung seolah-olah mati akal.

Kembali ke atas