Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ming.gu] | ميڠݢو

Definisi : 1. = hari ~ hari Ahad; 2. tujuh hari, pekan: se~ yg lalu, dua orang lagi pemuda Melayu telah ghaib entah ke mana; berminggu-minggu beberapa minggu, banyak minggu (lamanya dsb): bukannya sehari dua, malah ~ lamanya; mingguan 1. (berlaku atau diadakan) setiap minggu: Tengku berkata demikian setelah menghadiri sidang kabinet ~ yg diadakan di bangunan Parlimen hari ini; 2. (diter­bitkan) setiap minggu (bkn akhbar, majalah dsb): dia menunduk, mengambil akhbar ~ yg terbiar di atas lantai, lalu duduk di kerusi; seminggu-mingguan sepanjang minggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ming.gu] | ميڠݢو

Definisi : 1 = hari ~ hari Ahad. 2 masa atau tempoh selama tujuh hari; pekan: Ia ke Pulau Pinang selama dua ~. mingguan 1 tiap-tiap minggu; seminggu sekali. 2 majalah dll yg terbit sekali seminggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minggu (kata nama)
Bersinonim dengan tujuh hari, pekan;,
Kata Terbitan : berminggu-minggu,

Puisi
 

Hari Ahad minggu Belanda,
     Kapitan Cina bergelang kaki;
Cuba ditanya pengubat lama,
     Bolehkah tidak kembali lagi.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perinatalperinatalPerubatanTiadaBerkaitan dengan tempoh beberapa minggu, biasanya empat minggu sebelum dan selepas kelahiran bayi.
premature labourpelahiran pramatangKejururawatanTiadaPelahiran bayi selepas 22 minggu hingga sebelum 37 minggu dalam kandungan.
embryoembrioPerubatanTiadaHasil persenyawaan di antara ovum dengan spermatozoon yang berkembang lebih kurang satu minggu selepas konsepsi sehingga minggu kelapan.
Saturday night specialkeistimewaan malam mingguPentadbiran PerniagaanTiadaIstilah yang merujuk kepada berita-berita yang diumumkan secara mengejut selepas pasaran ditutup pada hujung minggu dagangan yang akan memberi kesan kepada harga sekuriti pada minggu berikutnya.
embryoembrioPerubatanTiadaHasil persenyawaan antara ovum dengan spermatozoon, yang berkembang pada peringkat awal, iaitu lebih kurang satu minggu selepas konsepsi hingga minggu kelapan.
sunday newspapersurat khabar mingguKomunikasiTiadaSurat khabar yang diterbitkan pada setiap hari minggu.
weekly meetingmesyuarat mingguanKomunikasiKorporatPerjumpaan atau perbincangan yang diadakan setiap minggu. Secara umumnya, tujuan perjumpaan adalah untuk melakukan penelitian dan pemantauan rapi aktiviti yang berlaku dalam minggu tersebut. Dalam perhubungan awam atau komunikasi korporat, perjumpaan mingguan diadakan bertujuan untuk memantau prestasi sesuatu program perhubungan awam. Hasil pemantauan tersebut, maklum balas mengenai kemajuan program akan dijadikan tanda aras bagi penyelarasan dan pelaksanaan program pada minggu seterusnya. Perjumpaan ini dihadiri oleh pihak yang terlibat secara langsung dengan program berkenaan.
Sunday delivery stampsetem serahan hari mingguPentadbiran PerniagaanTiadaSetem pos khas untuk surat yang diserahkan pada hari Ahad atau hari cuti atau hari minggu.
term infantbayi cukup bulanPerubatanTiadaBayi yang dilahirkan antara permulaan minggu ke-38 (260 hari) dan akhir minggu ke-41 (287 hari) gestasi.
quickeninggerakan pertamaKejururawatanTiadaPergerakan janin yang pertama dirasai oleh ibu multigravida pada minggu ke-18 hingga 20, manakala ibu primigravida pada minggu ke-20 hingga 22.
12345678910...

Kembali ke atas