Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ming.guan] | ميڠݢوان

Definisi : 1. (berlaku atau diadakan) setiap minggu: Tengku berkata demikian setelah menghadiri sidang kabinet ~ yg diadakan di bangunan Parlimen hari ini; 2. (diter­bitkan) setiap minggu (bkn akhbar, majalah dsb): dia menunduk, mengambil akhbar ~ yg terbiar di atas lantai, lalu duduk di kerusi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ming.guan] | ميڠݢوان

Definisi : 1 tiap-tiap minggu; seminggu sekali. 2 majalah dll yg terbit sekali seminggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mingguan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah format yang betul bagi catatan harian dan mingguan? Terima kasih...Tidak ada format yang standard untuk catatan harian dan mingguan, yang penting catatan mengandungi butiran penting sesuatu perkara seperti tarikh, masa, tempat dan pihak yang terlibat.Lain-lain28.04.2014
Salam..saya ingin bertanya tentang kata bilangan. Adakah 'harian, mingguan, bulanan, tahunan, jutaan, ribuan dikira sebagai kata bilangan? Sekian, terima kasih.Perkataan harian, mingguan, bulanan , tahunan tergolong dalam kata bilangan.Tatabahasa23.08.2013
Beza antara hari minggu, hujung minggu dan hari mingguan"Hari minggu" merujuk pada hari Ahad. Manakala, "hujung minggu" lazimnya merujuk pada hari Sabtu dan Ahad. Untuk makluman, perkataan "hari mingguan" tiada dalam bahasa Melayu. Makna10.10.2023
saya nak tanya yang mana satu betul.. bazar minggu atau bazar mingguan yang betul? terima kasihKedua-duanya betul. Bazar Minggu ialah nama bazar tersebut, manakala bazar mingguan menandakan bahawa bazar tersebut diadakan pada setiap minggu.Tatabahasa10.02.2012
Soalan a dan b merujuk Berita Mingguan ( 8 Jun 2008 ), ingin mengetahui adakah betul penggunaan "kosa kata" a) PM sampai ucap tama sidang Islam - ucap tama b) Kementerian Kerjaraya - kenapa rapat dan bukan jarak ? c) Pelancongan atau pelancunganEjaan yang betul ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia dan ucap utama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima kasih.Ejaan08.06.2008
salam tuan, apakah makna perkataan 'caras' dipetik daripada akhbar mingguan malaysia 8/5/12 ruangan pancainderaUntuk makluman tidak ada perkataan "caras" dalam bahasa Melayu. Perkataan yang terdapat dalam Kamus Dewan ialah karas yang bermaksud 1. sejenis tumbuhan (pokok), kayu gaharu, tengkaras, Aquilaria malaccensis. 2. sejenis  kuih yang diperbuat daripada tepung beras, karas-karas, kekaras.Makna08.04.2012
Saya ingin mendapat penjelasan mengenai peribahasa harapkan pagar makan padi. Di dalam mingguan malaysia 14 dis merujuk kepada pakar bahasa A Karim A Bakar, perkataan sebenar ialah pegar (burung). Saya juga pernah mendengar slot dbp di dalam nasional fm sebelum ini. Peribahasa tidak semestinya perlu perkataan yg betul sama seperti ibarat kucing bertanduk. Mana ada kucing bertanduk. Mohon penjelasan tuan.Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan.Lain-lain19.12.2014
Adakah Dewan Bahasa sentiasa memantau penggunaan bahasa melayu di dalam akhbar harian samada akhbar perdana atau mingguan. Adakah Dewan Bahasa berhak menegur akhbar ini sekiranya terdapat kesalan bahasa.Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu di bawah unit pemantauan sentiasa menjalankan pemantauan terhadap kecelaruan penggunaan bahasa Melayu sama ada dalam majalah,akhbar dan sebagainya. Dewan Bahasa telah membuat teguran kepada pengamal media yang berkenaan dalam mewujudkan suasana berbahasa yang baik dan berkesan.Berdasarkan akta Dewan bahasa dan pustaka (pindaan dan perluasan)1995, DBP telah diberi tugas dan tanggungjawab termasuk memberi arahan,ulasan,nasihat,bantuan,bimbingan dan latihan dan pengawasan kepada semua pihak demi mendaulatkan dan memartabatkan bahasa kebangsaan.Lain-lain25.07.2007
Assalamualaikum, Saya bercadang menerbitkan Kumpulan Puisi yang pernah tersiar di dalam akhbar dan majalah termasuk akhbar Berita Minggu,Mingguan Malaysia, Harian Ekspres Sabah, News Sabah Times, Jendela Selatan dan Majalan Dewan Sastera,Pelita Bahasa, Dewan Tamadun Islam dan Dewan Budaya. 2. Persoalannya: Siapakah pegawai Dewan Bahasa Pustaka yang boleh saya hubungi. Pohon pihak tuan dapat menyertakan alamat emel dan nombor telefon yang memudah saya hubungi. Sekian.Terima Kasih. ISMAIL BIN HASHIM 013-2279930Assalamualaikum Tuan Ismail Hashim

Berhubung pertanyaan tuan bagaimana untuk menerbitkan buku puisi, saya mencadangkan tuan menghubungi Bahagian Buku Sastera atau Bahagian Majalah. Tuan boleh berurusan dengan Hajah Zaiton Ismail, Ketua Editor Bhg. Buku Sastera (03-21479697) atau melalui e-mel (zaiton3@dbp.gov.my) dan Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bhg. Majalah  (03-21479449) atau melalui e-mel (azmi@dbp.gov.my).

Pihak kami mengalu-alukan hasrat tuan untuk menerbitkan buku puisi dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Lain-lain02.05.2018
ASSALAMUALAIKUM...SAYA MEMPUNYAI BEBERAPA SOALAN.. 1) BAGAIMANA UNTUK SAYA MEMOHON JAWATAN KOSONG YANG DI IKLANKAN DI DALAM BERITA MINGGUAN YANG BERTARIKH 8 APRIL 2007? 2) BAGAIMANA UNTUK MENJADI AHLI DBP?1. Sila isikan dengan lengkap Borang Permohonan Jawatan Kosong yang disediakan di laman web DBP. Lampirkan salinan dokumen sokongan sebagaimana yang dikehendaki/dinyatakan di dalam iklan. 2. Bagi soalan kedua yang anda kemukakan, mohon diperjelaskan maksud AHLI DBP. Adalah ia membawa maksud menjadi pegawai DBP, atau menjadi ahli Kelab Rakan Dewan atau ia membawa maksud lain selain daripa apa yang dinyatakan ini?Lain-lain11.04.2007
123

Kembali ke atas