Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.ni.mum] | مينيموم

Definisi : (bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali; meminimumkan mengurangkan dsb ke paras yg minimum atau paling kecil yg mungkin, menjadikan minimum: ~ dedahan sinaran yg tidak dapat dielakkan; peminimuman perbuatan mengurangkan (menurunkan) sesuatu ke tahap paling ren­dah: soal ~ kos. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.ni.mum] | مينيموم

Definisi : yg terkecil atau yg sedikit sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minimum (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan terendah, serendah-rendahnya, paling rendah, terkecil, sekecil-kecilnya, paling kecil, sekurang-kurangnya, paling kurang, terkurang;.,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
pelaksanaan peraturan kata laluan. Lihat juga peraturan kata laluan. dasar keperluan sekuriti (Ig. security requirement baseline; Br. dasar keperluan keselamatan; Id. dasar keperluan keamanan; dasar keperluan sekuritas) Penetapan keperluan keselamatan minimum yang perlu dimiliki oleh suatu sistem maklumat terautomasi untuk mencapai tahap keselamatan yang mencukupi. dasar keselamatan (Ig. security policy; Br. polisi keselamatan; Id. kebijakan keamanan; kebijakan sekuritas) Set peraturan, petua retina mata setiap manusia adalah unik dan sukar ditiru. Lihat juga corak retina. indeks risiko (Ig. risk index; Br. indeks risiko; Id. indeks risiko) Perbezaan antara kebenaran capaian tahap paling minimum kepada pengguna dalam sistem maklumat terautomasi dengan kebenaran capaian tahap tertinggi kepada pengguna tahap tertinggi dan pentadbir sistem maklumat tersebut. integriti data (Ig. data integrity; Br. integriti data; Id. integritas

Kembali ke atas