Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.nit] | مينيت

Definisi : tempoh masa yg lamanya 60 saat, 601 jam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.nit] | مينيت

Definisi : catatan tentang apa yg telah diper­katakan (dibincangkan) atau dipersetujui (dlm mesyuarat, perundingan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.nit] | مينيت

Definisi : ukuran masa yg lamanya 60 saat; jam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mi.nit] | مينيت

Definisi : catatan atau laporan ttg apa-apa yg telah diperkatakan atau disetujui dlm mesyuarat, rundingan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minit (kata nama)
Bersinonim dengan enam puluh saat, 1/60 jam.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah maksud minit curai? 2. Apakah perbezaan antara minit curai dengan minit mesyuarat sebenar? Terima kasih.Curai bermaksud (i) terlerai, terurai , tidak bersatu (berikat). Merujuk kepada minit curai bermaksud minit yang dicabut daripada minit keseluruhan; cabutan minit yang hanya merujuk perkara tertentu untuk diambil tindakan oleh pihak tertentu. (ii) jelas atau terang.  Makna13.03.2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan/puan, Mohon bantuan. Apakah beza diantara memo dan minit bebas? dan bilakah ianya digunakan?Memo merupakan nota ringkas edaran dalaman (pejabat) tentang sesuatu perkara. Minit ceraian ialah cabutan minit daripada minit induk; minit curai ialah laporan ringkas yang disediakan oleh pegawai yang kembali menghadiri seminar atau kursus untuk dikemukakan kepada ketua jabatan sebelum minit lengkap atau laporan lengkap diterima daripada penganjur. Tidak ada maklumat tentang minit bebas dalam data kami.Tatabahasa17.08.2016
pencatat minit atau pencatit minitPencatat Minit yang betul. T.kasih.Tatabahasa03.09.2008
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya tentang penulisan minit mesyuarat. 1. Dalam bahagian "Pengesahan minit mesyuarat yang lepas" perlu tulis "Minit dicadang oleh Ali dan disahkan oleh Abu?" 2. Bahagian tandatangan: i. mesti ada 3 iaitu disediakan oleh, disemak oleh dan disahkan oleh? ii. disemak oleh siapa? "disahkan oleh siapa" iii. Adakah tiga bahagian ini ditandatangan sekaligus pada tarikh yang sama selepas minit ditulis? iv. ATAU minit "disahkan oleh ketua jabatan"selepas dalam mesyuarat yang seterusnya? Maaf soalan saya banyak. Saya amat keliru semasa diminta oleh organisasi untuk menentukan format minit untuk organisasi saya. Jadi, mohon jasa baik pihak DBP untuk memberi tunjuk ajar.DBP mengguna pakai format seperti yang berikut:
(1) Nama pencadang dan disahkan tidak dicatatkan di dalam minit mesyuarat. Sebaliknya, dalam minit mesyuarat ditulis “Pengerusi mengesahkan minit mesyuarat Bil.1/2019 tanpa sebarang pindaan’(dalam keadaan minit tiada pindaan).
(2) Bahagian tandatangan hanya ada dua, iaitu: Disediakan oleh:  (Setiausaha) dan Disahkan oleh:  (Pengerusi)
(3) Terdapat minit mesyuarat yang tidak mempunyai ruangan tandatangan individu, iaitu dalam keadaan minit disediakan oleh jabatan yang bertindak sebagai urus setia Jawatankuasa.
Untuk makluman, format penulisan minit mesyuarat yang dinyatakan di atas merupakan format yang diguna pakai di DBP, dan mungkin berbeza daripada format yang digunakan di MAMPU/JPA.
Lain-lain05.01.2019
bagaimanakah format sebenar minit mesyuarat dan minit terceraiUntuk makluman saudara format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini  diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Untuk memo(urusan dalaman) atau minit format ditentukan oleh jabatan masing-masing.  Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. Saudara boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP untuk maklumat lanjut. Minit curai bermaksud (i) terlerai, terurai , tidak bersatu (berikat). Merujuk kepada minit curai bermaksud minit yang dicabut daripada minit keseluruhan; cabutan minit yang hanya merujuk perkara tertentu untuk diambil tindakan oleh pihak tertentu. (ii) jelas atau terang.  Lain-lain27.11.2010
MINIT MESYUARAT 1) Bagi institusi pendidikan,siapa yang perlu menandatangani ruangan 'Disemak oleh' dan Disahkan oleh" 2) Bagaimana untuk menulis agenda di dalam minit yang tidak berkotak? Kebiasaannya saya akan tulis 'AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI MAJLIS AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT' Adakah betul penggunaan perkataan AGENDA?Bergantung kepada gaya penulisan jabatan masing-masing, ada minit mesyuarat jabatan menyediakan ruangan Disediakan oleh - Pencatat Minit, Disemak oleh - pegawai kanan dan Disahkan oleh - Pengerusi Mesyuarat. Ada jabatan yang menyediakan ruang Disediakan oleh - Pencatat Minit dan Disahkan oleh - Pengerusi Mesyuarat. Berkaitan dengan seterusnya hal tersebut juga bergantung pada gaya penerbitan atau gaya penulisan dalaman sesebuah organisasi. Format minit bagi setiap  mesyuarat  masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Sebagai panduan, sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993 untuk penjelasan lanjut mengenai Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Lain-lain05.01.2012
Tuan, Terdapat banyak format penulisan minit mesyuarat yang digunakan. Adakah DBP mempunyai contoh format yang standard untuk digunakan? Jika ada boleh berikan contoh minit mesyuarat tersebut atau mohon penjelasan tentang penulisan minit mesyuarat yang baik dan standard. Terima kasih.Dalam penulisan minit mesyuarat, DBP menggunakan dua format biasa, iaitu yang menggunakan format kotak (Bilangan, Perkara / Keputusan, Tindakan) ataupun  format biasa (tanpa kotak). Penulisan minit mesyuarat yang baik hendaklah mematuhi ciri-ciri berikut : format yang betul (tajuk, maklumat mesyuarat, kehadiran), fakta betul, catatan yang ringkas, bahasa yang mudah difahami (tatabahasa yang betul), draf disediakan dalam tempoh tiga hari (maksimum tujuh hari) dan disemak oleh pengerusi. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang membincangkan perkara ini.Lain-lain08.07.2008
Saya ingin bantuan untuk memperbetulkan dari segi susun bahasa contoh seperti di bawah:- untuk maklum balas 1) Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara tersebut di atas. untuk jawab maklum balas 2) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada minit bebas @ surat no. rujukan ....., bertarikh ...... seperti perkara di atas. 3) Dukacita dimaklumkan bahawa bahagian ini tiada wakil untuk sertai jemputan tersebut. 4) Saya ini memahami maksud penggunaan "Minit bebas", "Minit ceraian" dan "minit curaian". 5) Saya amat lemah dari segi penggunaan tatabahasa untuk mengarang sesuatu surat atau apa2 dalam bentuk ayat. Jadi, adakah buku yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan saya. Saya harap mohon bantuan dari tuan/puan. terima kasihi. Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas atau Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. ii. Dengan segala hormatnya saya merujuk surat tuan bertarikh ... yang berkaitan perkara di atas. iii. Dimaklumkan bahawa bahagian kami tiada menghantar wakil untuk menyertai majlis ini. iv. Minit ceraian ialah cabutan minit daripada minit induk; minit curai ialah laporan ringkas yang disediakan oleh pegawai yang kembali menghadiri seminar atau kursus untuk dikemukakan kepada ketua jabatan sebelum minit lengkap atau laporan lengkap diterima daripada penganjur.Lain-lain19.05.2010
Assalamualaikum... Saya ada membaca jawapan pihak tuan dalam laman ini berkaitan Minit Mesyuarat. Dalam satu soalan, penanya meminta contoh minit mesyuarat dan pihak tuan bersedia meng-e-melkan contoh berkaitan. Saya juga ingin memohon jasa baik tuan untuk meng-e-melkan contoh minit mesyuarat kepada saya. Terima kasih.Tidak ada contoh minit mesyuarat dalam pangkalan data kami. Minit mesyuarat adalah dokumen sulit dan tidak boleh didedahkan untuk paparan awam. Untuk makluman tuan, DBP bersedia menganjurkan Kursus Penulisan Laporan (termasuklah Minit Mesyuarat) untuk membimbing peserta menghasilkan laporan yang baik dan berkesan. Untuk maklumat lanjut, hubungi Ketua Bahagian Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Kami mohon maaf atas kesilapan maklumat di atas.Lain-lain14.03.2012
format penulisan minit mesyuaratFormat minit bagi setiap  mesyuarat  masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Sebagai panduan, sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993.Lain-lain17.01.2012
12345678910...

Kembali ke atas