Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.nit] | مينيت

Definisi : tempoh masa yg lamanya 60 saat, 601 jam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.nit] | مينيت

Definisi : catatan tentang apa yg telah diper­katakan (dibincangkan) atau dipersetujui (dlm mesyuarat, perundingan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.nit] | مينيت

Definisi : ukuran masa yg lamanya 60 saat; jam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mi.nit] | مينيت

Definisi : catatan atau laporan ttg apa-apa yg telah diperkatakan atau disetujui dlm mesyuarat, rundingan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minit (kata nama)
Bersinonim dengan enam puluh saat, 1/60 jam.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
minute-by-minute profileprofil minit ke minitKomunikasiKorporatPola tontonan rancangan radio dan televisyen yang diperoleh hasil kajian penarafan yang dibuat oleh syarikat penarafan yang dilantik berdasarkan pendedahan khalayak dari minit ke minit. Penarafan secara minit ke minit ini menjelaskan kedudukan jumlah khalayak sesuatu rancangan secara terperinci. Pemantauan secara terperinci ini boleh membantu pengiklan mengenal pasti jumlah khalayak yang bertambah atau menurun bagi sesuatu detik masa. Hasil penarafan ini turut membantu pihak perancang media dalam agensi pengiklanan untuk mengenal pasti titik masa yang sesuai untuk meletakkan iklan mereka.
back timingpemasaan undurKomunikasiTiadaProses mengira masa sesebuah rancangan televisyen yang disiarkan secara mengundur. Contohnya, Sekiranya masa siaran sesuatu penerbitan rancangan itu mengambil masa 20 minit, maka pengiraan masa perlu bermula dari 20 minit dan disusutkan menjadi 10 minit, 5 minit, 1 minit dan seterusnya sehingga rancangan dan masa yang diperuntukkan itu tamat.
minuteminitMatematikTiadaUnit sukatan untuk masa ataupun sudut. Untuk masa, 60 saat = 1 minit. Untuk sudut, 60 minit = 1o.
revolution per minitputaran per minitTeknikElektrikUnit bagi kelajuan sesuatu objek yang berputar, seperti kelajuan motor dan kelajuan penjana, dan biasanya ditulis dalam singkatan ppm.
commercial minuteminit iklanKomunikasiKorporatUkuran kos penggunaan ruang masa siaran iklan di media elektronik. Selain bentuk minit, kos penyiaran iklan boleh juga diukur dalam bentuk saat. Pengiraan pembayaran yang dibuat mengikut minit bergantung pada jenis rancangan dan kedudukan masa siaran. Hal ini kerana terdapat sesetengah stesen penyiaran menentukan pengiraan kos iklan mengikut minit, hanya untuk ruang siaran yang bukan pada masa perdana. Pada masa perdana pula, pengiraan kos iklan dibuat berdasarkan saat. Nilai minit atau saat yang dijual berbeza antara stesen bergantung pada populariti stesen atau populariti rancangan. Penentuan kos juga tidak tetap dan bergantung pada perkembangan ekonomi semasa.
mandatory minute volumeisi padu minit mandatoriPerubatanTiadaMod ventilasi untuk memisahkan pesakit daripada bergantung kepada ventilator secara berperingkat-peringkat. Pesakit bernafas secara spontan dengan praset ventilasi minit. Ventilator boleh mengubah ventilasi minit secara automatik supaya pesakit mendapat praset ventilasi minit walaupun berlaku perubahan ventilasi spontan pesakit.
minicassettekaset miniPentadbiran PerniagaanTiadaKaset yang mempunyai keupayaan untuk menampung rencana selama 60 minit atau 30 minit sebelah.
micro-cassettekaset mikroPentadbiran PerniagaanTiadaKaset yang mempunyai keupayaan untuk menampung rencana selama 30 minit atau 15 minit sebelah.
standard cassettekaset standardPentadbiran PerniagaanTiadaKaset yang mempunyai keupayaan untuk menampung rencana selama 120 minit atau 60 minit sebelah.
rapid interval scanimbas sela pantasAeroangkasaTiadaProses pengimbasan sesuatu imej pada setiap sela masa 5 minit hingga 15 minit.
12345678910...

Kembali ke atas