Apakah perbezaan maksud perkataan MOHON dengan MINTA | 'Mohon' bermakna minta; minta izin; mengemukakan permintaan, minta supaya diperkembangkan. 'Minta' menyatakan mahu akan sesuatu atau memohon untuk mendapatkan sesuatu. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, hlm. 1040 dan 1034. | Makna | 18.07.2010 |
Apakah perkataan yang paling sesuai digunakan untuk kita meminta sesuatu melalui persuratan. DIMOHON atau DIPOHON | Makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku"; Perkataan pohon juga bermaksud meminta. Walau bagaimanapun bagi penggunaan perkataan dipohon perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 21.10.2014 |
Apakah perbezaan diantara dipohon dan dimohon. Dalam situasi apakah perkataan tersebut dipakai? | Saudara, Makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku"; Perkataan pohon juga bermaksud meminta. Walau bagaimanapun bagi penggunaan perkataan dipohon perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 01.12.2009 |
Adakah terdapat perbezaan pada penggunaan perkataan "dipohon" dan "dimohon" ? Yang manakah penggunaan perkataan yang betul ? Bolehkah diberikan contoh penggunaan keduanya ? Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku"; Perkataan pohon juga bermaksud memohon meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1040 dan 1220 untuk maklumat lanjut. | Istilah | 03.12.2010 |
Salam sejahtera, 1.SILA/MINTA gunakan piring-piring seramik ini dengan cermatnya. 2.SILA /MINTA duduk di barisan hadapan. 3.SILA/MINTA gunakan alat muzik ini dengan cermatnya. Jawapan yang mana satu lebih tepat? Apakah perbezaan antara SILA dengan MINTA? Sekian, terima kasih. | Perkataan “sila” dan “minta” merupakan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, silaan atau permintaan. Kata “sila” lazimnya digunakan untuk meminta seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lebih hormat, contohnya “Sila ambil makanan di sana” atau “Sila gunakan piring-piring seramik itu dengan cermat”. Perkataan “minta” digunakan untuk memohon seseorang berbuat sesuatu. Contohnya, “Minta tuan-tuan bersabar sebentar”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Perdana. | Tatabahasa | 09.10.2023 |
1.Apakah cara membezakan kata perintah " sila" dan "minta'? 2. ( Sila , Minta ) membawa kad pengenalan kamu ? Apakah jawapan yang betul dalam soalan ini ? Terima kasih.. | 1. Sila bermaksud meminta (menyuruh, mengajak dsb) dengan hormat, manakala minta bermaksud lebih umum, iaitu memohon (untuk mendapat sesuatu). 2. Lazimnya diungkapkan "sila bawa kad pengenalan kamu" atau "minta kad pengenalan kamu". | Tatabahasa | 11.06.2010 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya berkaitan dengan kata perintah sila dan minta. Contoh soalan ini -->( ) gunakan piring-piring seramik ini dengan cermatnya.Boleh saya tahu jawapan paling tepat ialah sila atau minta. Apa syarat yang perlu ada jika kita ingin menggunakan kata perintah minta. Adakah belakang kata perintah minta tidak boleh diikuti dengan kata kerja?Mengapa? Itu sahaja pertanyaan saya. Sekian, terima kaish. | Kata sila dan minta merupakan kata perintah yang bertujuan menimbulkan tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan dan permintaan. Perkataan sila atau jemput digunakan dalam ayat silaan dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Kata sila hadir sebelum kata kerja. Manakala perkataan minta dan tolong pula digunakan dalam ayat permintaan dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Kata minta tidak boleh dikuti dengan kata kerja kerana kata minta itu sendiri merupakan kata kerja yang mesti diikuti dengan objek yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata perintah silaan dan permintaan biasanya tidak boleh membawa pengertian yang negatif, sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Oleh itu, penggunaan kata perintah yang betul dalam ayat yang diberikan ialah minta. Contoh ayat yang betul ialah Minta tuan dan puan gunakan piring-piring seramik ini dengan cermat. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 448-452. | Tatabahasa | 08.09.2021 |
Adalah perkataan "dimohon" sesuai digunakan dalam surat menyurat rasmi Kerajaan? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin; manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat kata yang lebih sesuai ialah dimohon. | Tatabahasa | 15.03.2013 |
Tuan, adakah ayat di sebelah ini betul? 1. Saya minta maaf dengan cikgu. Saya merasakan ayat ini salah kerana kata sendi nama "dengan" digunakan. Berdasarkan maksud pertama "dengan", "dengan" bermaksud bersama-sama. Jadi, seluruh ayat (1) bermaksud saya minta maaf terhadap seseorang bersama-sama cikgu. "Seseorang" itu tidak dinyatakan. "Cikgu" menjadi teman "saya" minta maaf. Ayat ini salah, kerana "cikgu" bukan teman saya minta maaf, tetapi sasaran saya melakukan perbuatan "minta maaf". Oleh itu, untuk menyatakan sasaran manusia, kata sendi nama "kepada" dan "terhadap" lebih tepat. Ayat (1) patut dibetulkan menjadi: 2. Saya minta maaf kepada cikgu. ATAU 3. Saya minta maaf terhadap cikgu. Tetapi, saya ada satu soalan lagi. Bukankah "maaf" itu datang daripada "cikgu"? Jadi, "cikgu" ialah sumber "maaf". Sekarang, saya minta "maaf" daripada "cikgu", jadi, maaf itu datang daripada cikgu. Sekiranya anggapan ini betul, patutkah kata sendi nama "daripada" digunakan? Ayat berbentuk begini: 4. Saya minta maaf daripada cikgu. Antara beberapa ayat, ayat yang manakah paling jitu (tepat)? | Ayat yang gramatis ialah "Saya minta maaf kepada cikgu" kerana cikgu menjadi sasaran selepas kata sendi nama kepada. Ayat "Saya minta maaf dengan cikgu" lazimnya digunakan dalam percakapan. | Tatabahasa | 31.01.2015 |
Minta menjelaskan kesalahan bagi ayat: Majlis pertabalan pengawas sekolah akan disempurnakan oleh Ketua Polis Daearh Yam. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Majlis pelantikan pengawas sekolah akan disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Yam. | Tatabahasa | 08.12.2023 |