Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.num] | مينوم

Definisi : = meminum 1. meneguk atau mene­lan sesuatu yg cair (air, susu, dll); 2. Id meng­hisap (rokok, candu, dll): janganlah engkau ~ madat, kerana itu mendatangkan bebe-rapa celaka dan kebinasaan; ~ serasa duri, makan serasa lilin, tidur tak lena, mandi tak basah prb seseorang yg sangat bersusah hati; meminumkan 1. memberi minum kpd: se-orang menyediakan makanan dan seorang lagi ~ air kepadanya dgn sepuas-puasnya; 2. menyuruh (meminta supaya) minum; ~ kuda; terminum 1. minum dgn tidak sengaja, telahatau sudah diminum; 2. boleh (dapat) di­minum;minuman barang cair yg boleh diminum; ~keras minuman yg memabukkan;peminuman perbuatan (proses) meminumair dsb: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuhmanusia melalui proses pemakanan dan ~; peminum orang yg suka (gemar, ketagih) meminum minuman keras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.num] | مينوم

Definisi : = meminum meneguk sesuatu yg cair spt air, susu. meminumkan 1 menuang sesuatu ke dlm mulut orang lain supaya diminum: Ia ~ ubat kpd ayahnya yg sedang sakit. 2 menyuruh atau memberi minum: ~ lembu. terminum 1 sudah diminum; diminum dgn tidak sengaja. 2 dpt diminum. minuman benda cair yg boleh diminum. ~ keras minuman yg memabukkan. peminum orang yg gemar meminum minuman keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minum (kata kerja)
Bersinonim dengan meneguk, menggogok, menggelogok, menogok, menogak, menunggang, menghisap, menghirup, menyedut, menelan, menjilat, mereguk;,
Kata Terbitan : terminum, minuman, peminum,

Puisi
 

Minum kopi taruh susu,
     Kurang manis taruh gula;
Kalau ikut hawa nafsu,
     Kalau tak mati separuh gila.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Minum air terasa duri,
     santap nasi terasa lilin.

Bermaksud :

Sangat bersusah hati.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
binge drinkingminum lewahminum lewahminum lewahPerubatan
drinking fountainpancuran minumpancuran minumpancuran minumPertanian
drinking waterair minumair minumair minumPenternakan
potable waterair minumair minumair minumPerubatan
tea houserumah minum tehrumah minum tehrumah minum tehPertanian
tea gardentaman minum tehtaman minum tehtaman minum tehPertanian
open drinkeralat minum terbukaalat minum terbukaalat minum terbukaPenternakan
nil by mouthmakan minum dilarangTiadamakan minum dilarangPerubatan
drinking motivekeinginan minummotif minumanmotif minumanPenternakan
drinking methodmetode minumcara minumancara minumanPenternakan

Kembali ke atas