Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.nu.man] | مينومن

Definisi : barang cair yg boleh diminum; ~keras minuman yg memabukkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.nu.man] | مينومن

Definisi : benda cair yg boleh diminum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minum (kata kerja)
Bersinonim dengan meneguk, menggogok, menggelogok, menogok, menogak, menunggang, menghisap, menghirup, menyedut, menelan, menjilat, mereguk;,
Kata Terbitan : terminum, minuman, peminum,

Puisi
 

Air ini air minuman,
     Air letak dalam gelas;
Surat ini surat kiriman,
     Harap juga abang balas.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menguap-nguap bagai ikan kekeringan.

Bermaksud :

Sangat ketagih (minuman, candu, rokok dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINUMAN RINGAN

Minuman ringan ialah minuman tanpa alkohol,

berperisa, yang disediakan dengan air bergas.

Minuman ini dinamakan ringan untuk

membezakannya daripada minuman keras

(beralkohol). Minuman ringan juga dinamakan

sebagai pop soda, soda, atau pop. Kola adalah

minuman ringan yang paling banyak digunakan.

Perisa lain termasuk lemon, limau nipis, oren,

anggur, dan air halia. Minuman ringan popular di

banyak negara di dunia.

UMUM 
MINUMAN BERALKOHOL

Minuman beralkohol ialah minuman yang

mengandungi alkohol etil. Minuman beralkohol

dihasilkan terutamanya daripada bijirin seperti

barli, jagung dan sekoi, ataupun diperoleh

daripada buah anggur atau buah-buahan yang lain.

UMUM 
TEH

Teh ialah minuman yang disediakan dengan cara

menuangkan air yang mendidih ke atas daun teh

yang kering dan telah diproses. Teh menjadi

minuman menyegarkan yang paling popular di

kebanyakan negara.

UMUM 
KOPI

Kopi minuman yang dibuat daripada biji kopi

yang dipanggang dan dikisar. Ia merupakan

minuman panas yang disukai hampir di seluruh

dunia.

UMUM 
SIDER

Sider ialah minuman beralkohol yang dibuat

daripada jus epal. Di Amerika Syarikat ia dikenali

sebagai sider keras. Kebanyakan sider mengandungi

5 peratus hingga 7 peratus alkohol. Sider dihasilkan

dengan mengisar epal dan memerah jusnya dengan

penekan mekanikal. Jus ini kemudiannya dibiarkan

menapai . Dalam proses ini, jus disimpan sehingga

yis menukarkan gula dalam jus menjadi alkohol.

Sider boleh dibuat cuka sider dengan membiarkan

bakteria menukarkan alkohol menjadi asid asetik.

Asid ini menjadikan cuka berasa masam. Lihat Cuka.

UMUM 
KORDIAL

Kordial lihat Minuman beralkohol (Liqueur).

UMUM 
SUSU

Susu, makanan paling berkhasiat dan minuman

kegemaran ramai di seluruh dunia. Susu

mengandungi hampir semua nutrien (bahan

berkhasiat) yang diperlukan oleh manusia untuk

tumbesaran dan kesihatan. Ini kerana susu

mengandungi kandungan nutrien yang sangat

tinggi dan membolehkannya berfungsi sebagai

sebuah pasukan untuk membantu mengekalkan

kekuatan dan kesihatan tubuh.

UMUM 
DIET

Diet ialah makanan dan minuman yang diambil

oleh seseorang secara tetap setiap hari. Perkataan

diet juga merujuk kepada amaun atau jenis makanan

yang diperlukan untuk tujuan khusus, seperti

mengurangkan atau menambahkan berat.

UMUM 
KUMIS

Kumis ialah minuman yang ditapai yang dibuat

daripada susu kuda atau susu unta. Perkataan ini

juga dieja koumis, koumiss, atau koumyss. Kumis

adalah jernih, masam, lut sinar, pekat, dan berbuih

seperti soda berkarbonat.

UMUM 
RESTORAN

Restoran ialah tempat perniagaan yang

menyajikan makanan dan minuman kepada orang

awam. Pada mulanya, restoran menjalankan

perniagaan di tepi jalan, tempat pengembara

berehat dan memulihkan tenaga. Perkataan

restouran berasal daripada perkataan Latin

restaurare , yang bermakna to restore (memulihkan

semula). Hari ini, restoran terdapat di merata-rata

tempat – di jalan yang sunyi dan jalan yang sibuk;

hotel; lapangan terbang, stesen bas, dan stesen

kereta api; taman hiburan; dalam bangunan

pejabat; dan juga pusat membeli-belah.

UMUM 
12345

Kembali ke atas