Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : minyak yg dilom­bong dan belum diolah lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINYAK MENTAH

Minyak mentah lihat Petroleum (Pengenalan).

UMUM 
BUTANA DAN PROPANA

Butana dan propana ialah gas tidak berwarna

dan mudah terbakar. Ia ditemui dalam gas asli,

minyak mentah ringan, dan dalam gas yang

terbentuk apabila minyak berat dipecah-pecahkan

(dipisahkan secara kimia) untuk menghasilkan

petrol.

UMUM 
PEMINDAHAN JISIMOperasi yang terdapat dalam setiap loji pemprosesan industri kimia, petrokimia, gas asli, petroleum, makanan, elektronik, dan biologi. Dalam industri tersebut, bahan mentah diproses secara kimia atau fizik untuk menghasilkan produk yang lebih berharga. Walaupun setiap industri melibatkan bahan mentah dan produk yang berbeza, ia menggunakan operasi pemprosesan tertentu yang mempunyai persamaan antara satu industri dengan industri yang lain. Pemisahan minyak mentah dengan menggunakan penyulingan, pemisahan pepejal daripada ampaian menggunakan penurasan, dan penyingkiran air melalui penyejatan merupakan contoh operasi unit yang digunakan dalam industri. Setiap operasi unit seperti penyulingan berbeza dari segi fizikal bagi industri petrokimia dan industri pemprosesan minyak sawit, tetapi direka bentuk berasaskan teknik dan prinsip yang sama.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
KOK PETROLEUM

Kok petroleum ialah keluaran berguna

yang didapati daripada penapisan minyak

mentah.

UMUM 
SUMBER ASLI

Sumber asli ialah hasil dan ciri bumi yang

membolehkannya menyokong kehidupan dan

memenuhi keperluan manusia. Tanah dan air adalah

sumber asli. Begitu juga dengan hasil biologi di atas

tanah dan di dalam air, seperti bunga, pokok,

burung, binatang liar, dan ikan. Sumber galian

termasuk minyak, batu arang, logam, batu, dan

pasir. Sumber asli yang lain termasuklah udara,

cahaya matahari, dan iklim. Sumber asli digunakan

untuk membuat (1) makanan; (2) bahan api; dan

(3) bahan mentah untuk menghasilkan barangan

siap.

UMUM 

Kembali ke atas