Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : minyak yg dilomĀ­bong dan belum diolah lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heavy crude oilminyak mentah beratKejuruteraanPetroleumMinyak mentah yang mempunyai graviti API relatif rendah, biasanya 39 darjah API atau lebih rendah. Dengan kita lain, minyak mentah ini merupakan minyak mentah yang mempunyai graviti spesifik tinggi.
light crude oilminyak mentah ringanKejuruteraanPetroleumMinyak mentah yang mempunyai graviti API relatif tinggi, biasanya 40 darjah API atau lebih tinggi. Dengan perkataan lain, minyak mentah ini merupakan minyak mentah yang mempunyai graviti spesifik rendah.
sour crude oilminyak mentah masamKejuruteraanPetroleumMinyak mentah yang mengandungi sulfur atau sebatian sulfur dalam jumlah yang bererti, iaitu dalam jumlah yang boleh mempengaruhi sifat atau ciri-ciri minyak mentah berkenaan. Sebatian sulfur yang umum dijumpai dalam minyak mentah adalah hidrogen sulfida. Untuk mudah minyak mentah ini disebut mentah masam.
ultralarge crude carrierpengangkut minyak mentah besar agamKejuruteraanPetroleumPengangkut minyak mentah dari kelas supertanker yang mempunyai muatan angkut sebesar 500,000 tan berat mati atau lebih. Biasanya digunakan untuk mengangkut minyak mentah dalam kuantiti yang sangat besar dari sebuah negara ke sebuah negara lain yang jauh jaraknya.
very large crude carrierpengangkut minyak mentah sangat besarKejuruteraanPetroleumSalah satu kelas supertanker, iaitu kelas yang mempunyai muatan antara 100,000 hingga 500,000 tan berat mati minyak mentah. Biasanya digunakan untuk mengangkut minyak mentah dari sebuah negara ke sebuah negara lain.
batchingpengelompokanKejuruteraanPetroleumProses pengasingan sesuatu bahan daripada bahan-bahan lain, atau proses pemisahan sesuatu bahan kepada komponen-komponennya atau kepada jenis-jenisnya. Misalnya minyak mentah berat dipisahkan daripada minyak mentah ringan di mana proses pemisahan tersebut dilakukan di dalam talian paip dengan cara minyak mentah berat dipam dahulu kemudian diikuti oleh minyak mentah ringan.
crude oilminyak mentahKimiaTiadaCampuran kompleks hidrokarbon yang diekstrak daripada bumi dan mengandungi sedikit sebatian sulfur, nitrogen dan oksigen. Minyak mentah wujud dalam bentuk cecair likat berwarna perang gelap yang mudah terbakar. Minyak ini berasal daripada haiwan dan tumbuhan yang telah mati berjuta-juta tahun dahulu. Pecahan minyak mentah yang utama diperoleh daripada proses pemecahan atau penyulingan berperingkat. Misalnya, gas hidrokarbon, nafta, gasolin, kerosin, minyak pelincir, lilin parafin dan asfalt. Minyak mentah digunakan untuk membuat benzena, fenol toluena, xilena, plastik, dan elastomer. Sin. petroleum.
sour oilminyak mentah masamKejuruteraanTiadaMinyak mentah yang mengandungi sulfur dan/atau sebatian sulfur.
sour crudeminyak mentah masamKejuruteraanTiadaMinyak mentah yang mengandungi sulfur dan/atau sebatian sulfur.
topped crudeminyak mentah terturunKejuruteraanTiadaMinyak mentah yang sebahagian komponen ringannya telah disingkirkan.
12345678910...

Kembali ke atas