Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benda cair yg hitam warnanya dan didapati drpd arang batu dll (biasanya digunakan utk membuat atau mela­pisi jalan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj minyak yg diperoleh dlm arang batu dan digunakan utk membuat jalan raya (mengawet kayu dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : benda pekat dan lekit yg berwarna hitam dan biasanya digunakan utk melapisi jalan raya dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : minyak yg diperoleh drpd arang batu dan digunakan utk membuat jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud "gala"Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Gala membawa maksud : i) sejenis damar; gala-gala, gegala pakal yangg dibuat drpd damar dll; ~ lembut minyak tar; bergala direkat dgn gala; tiada ~ lagi a) bercerai-cerai (tulang dll), tidak terikat erat; b) Sastera lama sangat berlebih-lebihan. ii) ; segala-gala seluruhnya, semuanya.Makna11.02.2014
rujuk kepada respon DBP pada 31/7/2012 tentang: Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. Soalan: 1. Apakah beza antara hapak dengan tengik? 2. Keropok udang yang (rangup, garing) itu disukai ramai. (manakah jawapan yang lebih sesuai)?

Berdasarkan Kamus Dewan, berikut makna yang diberikan:
Tengik 1. bau atau rasa yang tidak sedap (bau minyak kelapa yang sudah lama disimpan) pering; 2. Kiasan untuk  berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan).

·     Hapak ialah berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (berkaitan sesuatu) atau sudah lama tersimpan (berkaitan bahan makanan): contoh ayat: bantal usang yg hapak;  biskut yang sudah hapak.
Rangup 1. mudah pecah atau patah, rapuh. Contoh ayat: dinding zink minyak tar itu akan rangup dilanyak traktor; 2. pecahan:

   Garing ialah keras tetapi rapuh  seperti keropok, biskut kering dan mudah hancur, rangup.
Makna06.04.2014

Kembali ke atas