Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.ring] | ميريڠ

Definisi : 1. rendah sebelah (lantai dll), tidak datar; 2. tidak tegak (letak sesuatu), condong: ia memakai songkok yg diletakkan ~ ke kanan; tulisan ~ tulisan condong; 3. senget (perahu, kapal, dll): kapal mereka mulai ~; 4. = otak ~ bp agak gila, kurang siuman; 5. ki berat sebelah (pengadilan, hukuman, dll), tidak adil; biar ~ asalkan jangan tertelungkup prb tidak mengapa rugi sedikit asalkan jangan habis semua sekali; memiringkan menjadikan (meletakkan, mem­buat) miring, mencondongkan, menyenget­kan: payung mereka dimiringkan ke sebelah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.ring] | ميريڠ

Definisi : 1 rendah sebelah; tidak datar. 2 tidak tegak; condong: Tulisannya ~ ke kanan. 3 senget sebelah (bkn perahu, kapal dll). 4 = otak ~ agak gila; kurang siuman. 5 berat sebelah (bkn hukuman); tidak adil. memiringkan meletakkan miring; mencondongkan; menyengetkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
miring (adjektif)
1. Bersinonim dengan condong: senget, sendeng, serong, herot, berot, bengot, benyot, genjang, benjot, pencong, mendoyong, sadak, tubing, menubing, tuding, jeneng, teleng, melereng, kencong,
Berantonim dengan tegak

2. Bersinonim dengan sasar: gila, setengah gila, setengah tiang, tidak siuman, tidak waras, tiga suku, hilang akal, sakit otak, sakil akal, sakit jiwa, majnun, safih, kasap, edan,
Berantonim dengan siuman

Kata Terbitan : memiringkan,

Peribahasa

Macam kepiting jalan.

Bermaksud :

Orang yang berjalan miring.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
slanting typehuruf miringKomunikasiTiadaHuruf yang berdiri miring tetapi bukan menyerupai tulisan tangan seperti huruf sambung atau kursif.
chiselpahatArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTinggalan alat batu Zaman Neolitik. Dari sudut pandangan sisi, alat ini mempunyai ciri datar dan miring. Pada bahagian atas dan bawah badan mendatar, manakala pada bahagian matanya pula miring. Bahagian mata ini dikenali juga dengan nama tajaman tengah.
careenmiringSukanTiadaKeadaan melabuh kapal pada sebelah bahagian sahaja sama ada di air atau di daratan untuk memudahkan kerja-kerja pada bahagian terdedah terutama di bawah garisan air.
careenmiringKejuruteraanTiadaTiada
fault dipmiring sesar; junaman gelinciranFizikTiadaTiada
dipcelup; miring; junamFizikTiadaTiada
dipcelup; miring; junamKomunikasi MassaTiadaTiada
true dipmiring benarGeografiTiadaTiada
dipcelup; miring; junamGeografiTiadaTiada
fault dipmiring sesarGeologiTiadaKecondongan tegak suatu satah sesar atau zon ricih, diukur dari satah mengufuk.
123456789

Kembali ke atas