Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.si] | ميسي

Definisi : 1. perwakilan dr sesebuah negara ke negara lain utk sesuatu tugas; 2. urusan bkn penyiaran agama Kristian; 3. tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kum­pulan: ~ organisasi saya ialah mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan per-hubungan yg paling akrab dgn keperluan negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.si] | ميسي

Definisi : bp panggilan umum utk jururawat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.si] | ميسي

Definisi : 1 tugas khusus yg merupakan tanggungjawab bagi seseorang atau sesuatu kumpulan: ~ angkasa lepas. 2 perwakilan dr sesebuah negara ke negara lain utk melaksanakan sesuatu tugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
misi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan perwakilan: delegasi, rombongan,

2. Bersinonim dengan matlamat: tujuan, objektif, motif, harapan, hasrat, sasaran, wawasan, aspirasi, niat, cita-cita.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MISI PEDALAMAN AUSTRALIA

Misi Pedalaman Australia ialah organisasi yang

menyediakan bantuan kepada penduduk di kawasan

pedalaman Australia. Misi Pedalaman Australia ini

ditubuhkan oleh Gereja Presbyterian pada tahun

1912, selepas suatu laporan tentang kawasan

pedalaman dibuat oleh salah seorang paderinya,

John Flynn. Flynn kemudian menjadi penyelenggara

dan pengawas kerja misi ini. Paderi rondaan

pedalaman yang pertama – Robert Bruce Ploughman

di Australia Selatan dan William James Stephens di

Australia Barat –memulakan kerja mereka pada tahun

1913. Pada tahun 1928, misi ini menubuhkan

Perkhidmatan Perubatan Udara. Pada tahun

berikutnya, peti wayarles berpedal yang pertama

dipasang di Augustus Downs, di utara Queensland.

Pada tahun 1939, Perkhidmatan Perubatan Udara itu

menjadi Perkhidmatan Doktor Terbang.

UMUM 
PERWAKILAN DIPLOMATIK

Perwakilan diplomatik ialah misi diplomatik

dari sebuah negara ke sebuah negara lain yang

diketuai oleh seorang menteri.

UMUM 
KAMIKAZE

Kamikaze ialah juruterbang Jepun yang

membawa misi berani mati semasa Perang Dunia II

(1939–1945).

UMUM 
SISTERS OF MERCY

Sisters of Mercy ialah biarawati yang

menganggotai mazhab Roman Katolik. Misi utama

Sisters of Mercy ialah menjaga orang miskin dan

orang sakit — terutamanya wanita yang menderita

— dan mendidik golongan muda. Kumpulan ini

diasaskan di Dublin pada tahun 1827. Pengasasnya

dan ketua biarawati yang pertama ialah Catherine

McAuley (Mother Mary Catherine).

UMUM 
ANGKATAN TENTERA MARIN

Angkatan tentera marin ialah tentera yang

berkhidmat di laut dan dalam misi khas di darat

dan di udara. Angkatan tentera marin juga

berkhidmat dalam operasi amfibia – operasi yang

melibatkan tentera laut, tentera udara dan tentera

darat.

UMUM 
KOR DIPLOMATIK

Kor diplomatik terdiri daripada ketua-ketua

misi diplomatik seperti duta-duta dan menteri-

menteri yang mewakili kerajaan di luar negara.

UMUM 
PERISTIWA TRENT

Peristiwa Trent ialah peristiwa tentera laut

pada tahun pertama Perang Saudara Amerika. Ia

hampir mengheret England dalam konflik di

Selatan. Pada musim luruh tahun 1861, dua orang

pegawai yang mewakili pihak Gabungan , James M.

Mason dan John Slidell belayar ke Eropah dengan

misi mendapatkan bantuan Perancis dan England

yang berkecuali agar membantu pihak Selatan.

Oleh sebab kapal-kapal pihak Utara mengepung

pelabuhan-pelabuhan Selatan, mereka terpaksa

menaiki kapal British, iaitu Trenc di Havana, Cuba .

Charles Wilkes, komander U.S.S. San Jacinto

menahan kapal British itu tanpa arahan untuk

berbuat demikian. Dia menangkap Mason dan

Slidell dan dibawa ke Boston, Massachusetts.

Tindakan ini mencabuli prinsip kebebasan di

lautan kerana England adalah negara berkecuali.

UMUM 
ARMSTRONG, NEIL ALDEN

Armstrong, Neil Alden (1930– ), angkasawan

Amerika Syarikat, adalah manusia pertama

menjejakkan kaki ke bulan. Pada 20 Julai 1969,

Armstrong dan Edwin E. Aldrin, Jr. mendaratkan

modul lunar Apollo 11 di bulan, keluar dari modul

tersebut dan menjelajah permukaan bulan. Lihat

Penjelajahan angkasa (Apollo: Misi ke bulan:

gambar).

UMUM 
SWEDENBORGIAN

Swedenborgian ialah orang yang mengikut

rumusan doktrin Kristian sebagaimana yang

diajarkan oleh Emanuel Swedenborg, ahli teologi

Sweden. Gereja yang berasaskan doktrin ini

ditubuhkan di London pada tahun 1787, dan di

Amerika Syarikat pada tahun 1792. Gereja-gereja di

Amerika Syarikat dan Kanada mewujudkan General

Convention of the New Jerusalem pada tahun 1817.

Sebuah badan yang berasingan, iaitu General

Church of the New Jerusalem, diasaskan pada

tahun 1890. Penganut fahaman ini mempunyai

perkumpulan dan misi di serata dunia, biasanya

dengan cara bersekutu dengan badan-badan di

Amerika Syarikat atau dengan Conference of the

New Church di United Kingdom.

UMUM 
SAINT BERNARD

Saint Bernard ialah anjing besar, bijak yang

menjadi terkenal kerana menyelamatkan

pengembara yang sesat. Anjing ini dilatih pada

tahun 1600-an oleh sekumpulan rahib dari biara St.

Bernard, di Pergunungan Alps Switzerland. Pada

masa itu, ramai pengembara pergi ke Pergunungan

Alps dengan berjalan kaki. Ada yang sesat semasa

perjalanan atau tertimbus oleh salji hanyut atau

ribut salji yang datang secara tiba-tiba. St. Bernard

dilatih untuk menyelamatkan mereka yang

menghadapi masalah begini. Dengan deria bau

yang tajam, St. Bernard boleh menjumpai orang

yang tertimbus di bawah timbunan salji. Setelah

menemui mangsa, ia meminta pertolongan dengan

menyalak kuat-kuat. Anjing ini juga dilatih untuk

memandu pengembara melalui laluan yang

berbahaya, dan memberi amaran tentang tempat

berpijak yang berbahaya. Pelukis Inggeris, Sir

Edwin Landseer, melukis gambar anjing ini pada

sebuah tong kayu kecil yang tergantung di

lehernya. Tetapi pihak berkuasa menyatakan St.

Bernard tidak pernah membawa tong kecil ini

semasa misi menyelamat.

UMUM 

Kembali ke atas