Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.si] | ميسي

Definisi : 1. perwakilan dr sesebuah negara ke negara lain utk sesuatu tugas; 2. urusan bkn penyiaran agama Kristian; 3. tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kum­pulan: ~ organisasi saya ialah mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan per-hubungan yg paling akrab dgn keperluan negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.si] | ميسي

Definisi : bp panggilan umum utk jururawat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.si] | ميسي

Definisi : 1 tugas khusus yg merupakan tanggungjawab bagi seseorang atau sesuatu kumpulan: ~ angkasa lepas. 2 perwakilan dr sesebuah negara ke negara lain utk melaksanakan sesuatu tugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
misi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan perwakilan: delegasi, rombongan,

2. Bersinonim dengan matlamat: tujuan, objektif, motif, harapan, hasrat, sasaran, wawasan, aspirasi, niat, cita-cita.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mission statementpenyataan misiPentadbiranTiadaTunggak perjuangan yang menjadi pegangan dan garis panduan kepada semua aktiviti, hala tuju dan dasar sesebuah organisasi atau kelompok. Misi ini dinyatakan di dalam perlembagaan, kenyataan rasmi, piagam atau slogan dan terdapat juga misi yang tidak dinyatakan secara jelas. Asas perjuangan ini biasanya dinyatakan dengan tujuan yang baik seperti untuk memelihara alam sekitar, menghapus kemiskinan, menyelamatkan nyawa dari bencana alam, menghapuskan jenayah atau rasuah dan meningkatkan ekonomi negara atau komuniti tertentu.
mission constraintkekangan misiAeroangkasaTiadaFaktor yang mengehadkan misi sesebuah pesawat.
mission sequenceurutan misiAeroangkasaTiadaUrutan aktiviti bagi sesuatu misi.
mission lifehayat misiAeroangkasaTiadaMasa yang dirancangkan bagi sesuatu misi.
mission timelinegaris masa misiAeroangkasaTiadaPerancangan terperinci yang mendefinisikan semua aktiviti bagi sesuatu misi.
mission controlkawalan misiAeroangkasaTiadaAktiviti yang dijalankan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu pelancaran atau misi angkasa.
administrative missionmisi pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Tugas khusus atau sasaran kerja dalam pentadbiran yang dipertanggungjawabkan kepada individu atau kumpulan individu atau organisasi untuk di capai dalam satu tempoh jangkamasa tertentu. Setiap organisasi mempunyai misi pentadbiran yang berbeza-beza bergantung kepada asas dan fungsi organisasi tersebut. Segala perancangan, tindakan dan perjalanan organisasi mestilah berpandukan kepada misi yang telah ditetapkan. Misalnya sesebuah organisasi yang mahu mendapatkan Sijil MS ISO 9001:2000 mestilah membuat perancangan, tindakan terperinci dan melaksanakan langkah-langkah tertentu ke arah mendapatkan pengiktirafatn tersebut.

mission requirements documentsdokumen keperluan misiAeroangkasaTiadaSenarai aktiviti angkasawan, uji kaji atau komunikasi yang diperlukan bagi sesuatu misi angkasa.
diplomatic relationshubungan diplomatikUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHubungan yang terjalin dengan persetujuan bersama antara dua buah negara. Misi diplomatik sesebuah negara (negara pengirim) ke negara lain (negara penerima) selalunya diketuai oleh seorang ketua misi (biasanya duta) dan anggota-anggota misi yang lain. Tujuan utama hubungan ini adalah untuk menggalakkan hubungan baik antara dua negara dalam pelbagai perkara, seperti menjaga kepentingan negara dan menyelesaikan persengketaan. Undang-undang hubungan diplomatik merupakan satu adat dan telah dikanunkan dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.
mission statementpenyataan misiPengurusanPerancanganPenyataan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan organisasi tentang cara perjalanan pentadbiran dan gerak kerja sesebuah organisasi, yang boleh menjurus kepada pencapaian matlamat dan visi organisasi. Skop penyataan misi merangkumi falsafah organisasi, kepentingan pelanggan dan menjadi garis panduan dalam menentukan objektif organisasi tersebut.
123456789

Kembali ke atas