Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.sil] | ميسيل

Definisi : senjata yg dilancarkan utk menuju ke sasarannya secara kawalan jarak jauh atau kawalan automatik: ~ balistik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.sil] | ميسيل

Definisi : senjata, spt peluru, roket, yg dilancarkan utk menuju ke sasaran secara kawalan jarak jauh atau kawalan automatik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata misil


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MISIL BERPANDU

Misil berpandu ialah senjata terbang bak bom

yang dipandu ke sasarannya. Sesetengah misil

berpandu adalah pandu sendiri. Ia dilengkapi

komputer dan alat khas yang lain yang

memandunya. Sesetengah misil ini boleh juga

mengejar dan memusnahkan sasaran yang sedang

bergerak seperti kapal terbang atau peluru lain.

Peluru berpandu lain terbang dengan kawalan

manusia, walaupun ia tidak membawa juruterbang.

Ia mengikut arahan yang dihantar melalui radio

daripada pengawal yang mungkin berada jauh.

UMUM 
SENAPANG

Senapang ialah sejenia senjata yang boleh

menembakkan peluru, peluru meriam, atau

beberapa jenis misil yang lain. Kebanyakan

senapang menembak dengan kuasa bahan letupan

seperti serbuk letupan. Tetapi ada juga senapang

yang menggunakan gas termampat atau sejenis

spring sebagai penggerak kuasanya.

UMUM 
SENJATA NUCLEAR

Senjata nuklear ialah sebarang senjata yang

memperoleh kuasa pemusnahnya daripada

perubahan jirim dalam atom menjadi tenaga.

Semua senjata nuklear ialah peranti letupan. Ini

termasuk misil berpandu, bom, peluru meriam,

periuk api, dan torpedo. Senjata nuklear yang

paling bertenaga lebih memusnahkan berbanding

sebarang senjata konvensional (bukan nuklear).

UMUM 
METALOGRAFI

Metalografi ialah kajian tentang struktur

dalaman logam dan aloi. Istilah ini juga boleh

digunakan dalam kajian tentang seramik dan

komposit, iaitu gabungan logam dengan serat

bukan logam. Ahli metalografi menentukan

bagaimana bahan akan bertindak balas dalam

keadaan tertentu, seperti dalam keadaan panas

atau sejuk melampau. Industri bergantung pada

metalografi untuk menghasilkan, menguji dan

memperbaiki keluaran seperti misil dan kapal

angkasa. Ahli metalografi mengkaji sampel bahan

menggunakan sinar-x dan mikroskop. Mikroskop

elektron yang berkuasa tinggi membantu mereka

mencipta bahan baru.

UMUM 
SNIPERSKOP

Sniperskop ialah peranti elektronik yang dapat

digunakan untuk membidik raifal dengan tepat

pada waktu malam. Ahli sains Amerika mencipta

sniperskop ketika Perang Dunia II (1939–1945)

untuk membolehkan pasukan tentera berjuang

dengan lebih berkesan pada waktu malam.

Sniperskop telah diganti dengan starlight skop

yang dicipta pada tahun 1963 dan digunakan buat

pertama kalinya ketika Perang Vietnam. Angkatan

tentera dan polis bukan sahaja menggunakan

starlight skop untuk menembak pada waktu

malam, malah semasa meronda di tempat yang

gelap. Askar-askar menggunakan peranti ini pada

senjata yang lebih besar seperti meriam dan

pelancar misil serta juga senapang.

UMUM 

Kembali ke atas