Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mis.te.ri] | ميستري

Definisi : 1. peristiwa, fenomena, dll yg tidak dapat diterangkan; 2. cerita, filem, dll yg me­nimbulkan rasa ingin tahu dan saspens oleh sebab fakta-faktanya tersembunyi; 3. orang atau benda yg menimbulkan rasa ingin tahu atau saspens oleh sebab tidak diketahui, kabur, atau membingungkan: banyaklah ~ yg tidak pernah dapat dicari jawabannya; kemisterian keadaan penuh misteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mis.te.ri] | ميستري

Definisi : sesuatu yg tidak mudah difahami atau diterangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata misteri


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mystery playdrama misteriKesusasteraanTiadaDrama yang mengisahkan cerita Bible kehidupan tokoh agama Kristian. Drama ini berasal dari gereja pada kurun ke-10 sebagai salah satu kandungan upacara sembahyang. Seterusnya drama misteri berkembang menjadi drama lengkap yang ditulis dalam bahasa biasa (bukan Latin) dan dipersembahkan di luar gereja oleh Persatuan Pedagang. Drama ini dipentaskan di temasya Corpus Christi yang merangkumi keseluruhan cerita kehidupan manusia dari permulaan hingga ke hari pembalasan.
occult fictionfiksyen ilmu hitamKesusasteraanTiadaFiksyen yang berasaskan sistem pemikiran mistik atau fiksyen supernatural. Fiksyen ilmu hitam berdasarkan andaian bahawa terdapat realiti misteri yang berada di luar jangkauan dunia nyata. Realiti misteri ini digarap melalui amalan seperti ilmu sihir dan telepati. Telepati ialah perhubungan fikiran dan perasaan secara langsung antara minda seseorang dengan minda seseorang yang lain tanpa melalui deria yang biasa. Fiksyen ini merangkumi cerita fantasi, seram, dan rasukan. Contohnya, The Exorcist oleh William Peter Blatty.
mysterymisteriKesenianTiadaDrama keagamaan kristian abad kedua belas dan ketiga belas.
mysterymisteriKomunikasiTiadaTiada
mysterymisteriKesusasteraanTiadaTiada
mystery playlakon misteriKesusasteraanTiadaTiada
geheimnisvoll (G)penuh misteriKesenianTiadaTiada
mysterious disappearancelenyapan misteriPentadbiran PerniagaanTiadaKehilangan sesuatu harta yang tidak dapat dikesan. Polisi insurans jenayah menggunakan istilah ini untuk memberikan perlindungan yang agak luas berbanding dengan polisi yang melindungi peril khusus seperti rompakan atau kecurian.
mystery storycerita misteriKesusasteraanTiadaKarya yang tertumpu kepada pendedahan sesuatu yang tidak diketahui atau rahsia.
Gothic novelnovel GothKesusasteraanTiadaNovel yang berciri magis, misteri dan kepahlawanan.
12

Kembali ke atas