Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.tos] | ميتوس

Definisi : 1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur­unsur konsep atau kepercayaan tentang se­jarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng; memitoskan 1. menjadikan sesuatu (kisah, cerita dsb) sbg mitos: beliau mematikan watak Raden Kelang dgn ~ bahawa putera raja yg masih muda ini terbunuh di Kam-pung Keling; 2. mendewa-dewakan seseorang: mereka berjaya juga mengurangkan aspek yg ~ tokoh-tokoh tersebut; kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan wujudnya ~sumpahan tersebut; pemitosan perihal memitoskan: ada obsesiutk menemukan akar, nostalgia dan akhir-nya ~ tanah asal yg telah hilang (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.tos] | ميتوس

Definisi : 1 cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan ttg sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb. 2 cerita ttg seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka; dongeng. bermitos mengandungi mitos atau terdapat mitos di dlmnya (bkn kisah, cerita dsb): Desa itu tidaklah secantik mana, tetapi itulah desa yg tenang, bersejarah pendek dan ~ tertentu yg pernah dikunjunginya. memitoskan menjadikan (kisah, cerita dsb) sbg mitos: Mereka ~ bahawa panglima itu terbunuh semasa hendak menyelamatkan anakanda baginda. 2 mengagung-agungkan secara berlebih-lebihan; mendewa(-dewa)kan: Kecenderungan utk ~ seseorang tidak harus digalakkan. kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan ttg wujudnya ~ sumpahan tsb. pemitosan perihal atau perbuatan memitoskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mitos (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan legenda, dongeng, cerita karut.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
displacementpengalihanKesusasteraanTiadaTeknik penulisan sains fiksyen yang mengubah realiti menjadi mitos. Mitos tercipta apabila unsur metafora dalam realiti dihidupkan dalam bentuk cerita.
mythopoeiacipta mitosKesusasteraanTiadaPengubahsuaian bahan mitos atau pembikinan mitos peribadi secara sedar. Contoh pembikinan mitos peribadi boleh ditemui dalam sajak-sajak William Blake. Antara pengarang tempatan yang mengubah suai bahan mitor ialah Shahnon Ahmad dan cerpennya bertajuk �Wan Enpuk Wan Malini�. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �cipta mitos�. Cipta mitos dikenali juga sebagai serap mitos.
new mythologymitologi baruKesusasteraanTiadaPenggunaan mitos dan fantasi dalam fiksyen sains. Penggunaan mitos ini tanpa mengambil kira sama ada mitos (mitologi) baru atau tidak. Untuk kesignifikanan mitos baru ini, pengarang sains fiksyen mendakwa bahawa sains fiksyen menerapkan pola-pola mitos silam dalam menstrukturkan teksnya. Pengarang sains fiksyen juga menuntut agar tema sains fiksyen yang popular dan diulang-ulang boleh dianggap sebagai mitos baru bagi sesuatu masyarakat.
mythmitosKesusasteraanTiadaCerita rakyat bersifat prosa yang diasosiasikan dengan kepercayaan agama. Mitos biasanya memerikan perlakuan tuhan dan para dewa atau makhluk suci dengan peristiwa yang dipercayai benar oleh masyarakat berkenaan. Peristiwa dalam mitos berlaku pada zaman silam, iaitu pada zaman sebelum atau pada awal kewujudan manusia. Oleh sebab kaitannya yang rapat dengan agama dan kepercayaan, maka mitos bersifat suci dan serius. Mitos berfungsi untuk mengesahkan atau menjelaskan beberapa kejadian alam, kepercayaan, upacara dan adat suku masyarakat tertentu. Mitos biasanya menceritakan asal usul kejadian makhluk dan alam, termasuklah kejadian fenomena alam yang tertentu. Contoh mitos yang terkenal dalam kalangan masyarakat Yunani ialah Prometheus dan Sisyphus. Mitos berdasarkan pemahaman sekarang bersifat popular dan diberi tafsiran yang berbeza, iaitu sesuatu yang dongeng atau tidak benar.
myth criticismkritikan mitosKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang menganggap sesebuah karya sebagai pernyataan atau rangkuman pola-pola dan struktur mitos yang sering berulang dalam sesuatu masyarakat. Kaedah ini akan mengkaji, meninterprestasi dan mengkategorikan sesebuah karya mengikut struktur dan unsur simbolik yang berkaitan dengan mitos tersebut. Kritikan ini juga menghubungkaitkan sastera dunia melalui penerapan mitos sejagat sepeti motif pencarian dan motif asal usul. Contohnya, sastera Barat dan Nusantara boleh dihubungkan dengan kajian motif pencarian yang terdapat dalam Hikayat Indera Putera dan Ullysses oleh Homer, sementara motif asal usul boleh dikaji dalam cerita panji dan mitos Yunani. Dalam konteks sastera moden, motif pencarian boleh dianalisis daripada karya Perjalanan Si Tenggang oleh Muhammad Haji Salleh dan Ulysses oleh James Joyce. Pengkritik utama kaedah kritikan ini termasuklah Joseph Campell dalam bukunya berjudul The Heor with a Thousand Faces dan Northrop Frye dalam bukunya berjudul Anatomy of Criticism. Lihat juga kritikan arketaip, tipa induk.
creation mythmitos penciptaanKesusasteraanTiadaMitos yang berkaitan dengan alam, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dll. Contoh: orang Sarawak menganggap mereka berasal dari burung kenyalang.
cosmogenic mythmitos kejadian alamSejarahTiadaMitos yang berhubung dengan penciptaan atau asal-usul kejadian bumi atau dunia menurut berbagai-bagai kepercayaan primitif.
mythopoeic (writer)serap mitos (penulis)KesusasteraanTiadaPenulis yang mengalami kekurangan bahan berunsur mitos untuk disesuaikan dengan kisah-kisah baru dalam karya yang dihasilkannya menurut imaginasi mereka.
mythical agezaman mitosKesusasteraanTiadaZaman-zaman lampau yang melahirkan cerita-cerita mitos yang berkaitan dengan kepercayaan nenek moyang mereka.
mythopoeiamythopoeiaKesusasteraanTiadaMitos ciptaan oleh pengarang dalam sastera moden. Contohnya mitos Pulau Ogonshoto dalam Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan.
12345678

Kembali ke atas