Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.zan] | ميزان

Definisi : Ar 1. neraca; 2. nama segugusan bintang (Libra). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mizan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Raja Shafril Mizan SAT 07:41 Saya ingin tahu kegunaan perkataan "kau" dalam ayat. Contohnya: Hutang itu sudah kau bayar ? Atau Hutang itu sudah kaubayar? Perkataan "kau" perlu di satukan atau dijarakan? Mohon penjelasan Sekian Terima KasihKata ganti nama kau ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya. Cara penulisan yang betul bagi pertanyaan anda ialah kaubayar.Tatabahasa15.04.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya berminat untuk menulis buku cerita kanak-kanak. Bagaimana boleh saya dapatkan panduan untuk penulisan bagi tujuan penerbitan? Kepada pihak manakah perlu saya hantarkan karya yang saya hasilkan dan bagaimanakah cara untuk menghantarkan karya saya?Salam, puan bolehlah berhubung dengan, Puan Azihani binti Md Mizan (Hajah), Perancang Bahasa di Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja di talian 03-21479293 atau e-mel azihani@dbp.gov.my untuk keterangan lanjut. Terima kasih.Karya24.06.2015
Assalamualaikum tuan, Saya ada dua (2) soalan seperti berikut: - 1) Saya ingin tahu maksud perkataan rekata dengan lebih jelas dan contoh ayat menggunakan perkataan tersebut. 2) Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tentang perkataan arkaik dan senarai perkataan arkaik? Adakah sebarang buku diterbitkan? Sekian, terima kasih.Perkataan rekata merupakan perkataan yang ditandai dengan arkaik dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang merupakan sejenis rasi, kala. Perkataan ini tidak lagi digunakan dalam bahasa Melayu dan data berhubung dengan penggunaan perkataan tersebut tidak dijumpai.

Walau bagaimanapun, perkataan rasi merupakan sekumpulan bintang dlm zodiak (minta­kulburuj) terbahagi kpd dua belas kumpulan (Akrab, Asad, Delu, Hamal, Hut, Jadi, Jauza, Kaus, Mizan, Sartan, Sunbulat, Saur)
Lain-lain13.08.2018
Khairiah Razali Dec 16th, 3:07pm Salam Sejahtera.... saya dan rakan saya berminat untuk menyertai Bengkel Sayembara Menulis Novel Sejarah Untuk Remaja DBP-PSM 2014/2015 pd 20 Disember 2014 di Zon Tengah DBP Kuala Lumpur. Berikut nama penuh kami: 1) Khairiah binti Razali no hp 0197552125 .... 2) Aini bt Mohd Zainol Azlin no hp 0189585472.... mohon maklumbalas dari pihak tuan sbb email yg dihntar ke sayembaranovel@dbp.gov.my didapati failure setelah mncuba berkali2... terima kasih...Pertanyaan tuan telah kami salurkan ke pihak urus setia di Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Azihani Mad Mizan di talian 03-21479293/azihani@dbp.gov.my.Lain-lain16.12.2014

Kembali ke atas