Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.den] | مودن

Definisi : dr masa sekarang, berkaitan dgn masa kini, yg terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir: bahasa ~; senjata ~; alat kelengkapan ~; memodenkan menjadikan moden, membuat supaya jadi moden, membarui: Mustafa Kamal telah mengadakan perubahan dan mencuba sungguh-sungguh ~ negerinya; kemodenan perihal moden (baru), sifat (ciri dsb) moden: baik kaunseling dlm bentuknya sekarang yg banyak diselubungi ~, mahupun pd zaman awalnya yg lebih merupakan bimbingan akhlak semata-mata; pemodenan perihal (kegiatan, usaha, dsb) memodenkan, perihal menjadi moden, pem­baruan: kerajaan Jepun berusaha dgn lebih bersungguh-sungguh utk mempercepat ~ negeri itu; penyempurnaan dan ~ bahasa dlm menghadapi cabaran semasa perlu ber-laku di negara-negara membangun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.den] | مودن

Definisi : 1 bkn dgn yg ada sekarang atau yg baru; lw kuno (klasik): sejarah ~; hisab ~. 2 baru dan kemas kini: peralatan ~. memodenkan menjadikan moden; membaharui: ~ cara berfikir. kemodenan keadaan atau hal moden. pemodenan perbuatan atau hal memodenkan; pembaharuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
moden (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan terkini, terkemas kini, terbaru, terakhir, semasa, mutakhir;,
Kata Terbitan : kemodenan, pemodenan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa itu istilah bangunan moden?.bagaimana dikatakan bangunan moden..apa perbezaan antara bangunan moden dan bangunan komersial.Moden biasanya dikaitkan dgn sesuatu benda/perkara berkaitan dgn masa kini, yg terbaru, mutakhir. Bangunan moden ialah bangunan yang terkini dari segi reka bentuknya, manakala bangunan komersial berkaitan dgn bangunan yang dikaitkan dengan kegiatan/bersifat perdaganganLain-lain25.10.2007
Sastera Melayu ModenSastera Melayu moden adalah berlawanan dengan sastera Melayu tradisional. Antara genre yang terlibat dalam sastera Melayu moden ialah puisi, cerpen, novel, drama dan esei/kritikan. Sekian dan salam. Lain-lain30.04.2009
apakah kepentingan bahasa melayu moden?Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Untuk maklumat lanjut tentang bahasa Melayu moden termasuklah kepentingannya sila rujuk buku/artikel yang berkaitan tugasan ini memerlukan kajian dan pembacaan lanjut.Lain-lain11.07.2012
apakah kepentingan bahasa melayu modenBahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Untuk maklumat lanjut tentang bahasa Melayu moden termasuklah kepentingannya sila rujuk buku/artikel yang berkaitan tugasan ini memerlukan kajian dan pembacaan lanjut.Lain-lain11.07.2012
saya ingin mengatahui maksud sastera moden dan ciri-cirinya?Sastera moden ialah peralihan bentuk pengucapan daripada yang bercirikan tradsional kepada ciri-ciri moden. salah satu ciri sastera moden ialah menggunakan sisitem tulisan. Untuk mendapatkan huraikan lebih lanjut, DBP telah menerbikan sebuah buku (2006) yang berjudul "Siri Lestari Sastera: Sejarah Kesusasteraan Melayu". Buku ini boleh di dapati di Kedai Buku DBP atau di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP. Sekian, terima kasih.Lain-lain08.09.2009
Boleh saya dapatkan penjelasan mengenai ejaan bagi perkataan seperti: i)tarian joget atau Tarian Joget? ii)baju kurung moden atau Baju Kurung Moden

Perkataan “tarian joget” dan “baju kurung moden” yang dieja dengan huruf kecil merujuk kata nama am, manakala pangkal setiap huruf perkataan “Tarian Joget” dan “Baju Kurung Moden” ditulis dengan huruf besar merujuk tajuk. 

Tatabahasa08.12.2022
Saya ingin bertanya tentang definisi istilah moden klasik,kerana kini definisi sedemikian banyak diketengahkan dalam pelbagai aspek.Terima kasihDalam data kami, tiada istilah moden klasik. Hanya terdapat perkataan moden dan klasik.

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, moden ialah dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir.


Manakala, klasik pula ialah serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kepada muzik klasik; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain: sajak-sajak yang demikianlah suatu ciptaan seni yang sempurna, berhak disebut sebagai sesuatu yang klasik; 3. (pakaian, reka bentuk) yang mempunyai gaya yang sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi klasik; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yang lazim (tipikal): satu contoh klasik ialah Persidangan Undang-Undang Laut.
Tatabahasa02.04.2013
fungsi bahasa melayu moden

Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut tentang bahasa Melayu moden termasuklah fungsi sila rujuk buku/artikel yang berkaitan kerana tajuk ini memerlukan kajian dan pembacaan lanjut.

Lain-lain04.06.2009
Maksud canggih ialah moden dan kompleks. Boleh kita anggap maksud seerti bagi canggih ialah moden?Canggih bermaksud moden dan kompleks (alat); hebat dan menarik. Ya. Boleh.Istilah18.03.2018
apakah perbezaan maksud diantara sastera moden dan sastera tradisional?

Perbezaan maksud antara sastera moden dan sastera tradisional ialah sastera moden mengandungi karya meliputi genre novel, cerpen, puisi, drama dan esei/kritikan. 

Sastera tradisional pula terbahagi kepada sastera lisan dan sastera tulisan. Sastera lisan mengandungi sastera rakyat yan terbahagi kepada prosa (cerita lipur lara, jenaka, teladan, binatang, mitos dan legenda) dan puisi (pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, teromba, peribahasa dan dikir/mentera). Sastera tulisan pula mengandungi sastera hikayat, sastera panji, sastera epik sastera sejarah, cerita nabi-nabi, sastera kitab dan sastera undang-undang.

Sekian dan salam. 

Lain-lain09.07.2009
12345678910...

Kembali ke atas