Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.go/] | موݢوق

Definisi : 1. tidak bergerak (berjalan dll), ber­henti: motokarnya ~ di tengah jalan raya; 2. tidak mahu bekerja: kalau tidak dipenuhi tuntutan kita ini, kita ~; ~ duduk mogok dgn tidak meninggalkan tempat kerja; ~ kilat mogok yg dilancarkan secara tiba-tiba tanpa memberikan apa-apa amaran sebelumnya; ~ lapar = ~ makan Id mogok dgn tidak mahu makan (sbg bantahan dll); ~ liar mogok yg dianjurkan oleh se­kumpulan ahli kesatuan sekerja, biasanya tanpa kelulusan rasmi pemimpin kesatuan sekerja, dan kadang-kadang tidak mengikut atur cara yg biasa; pemogokan perihal mogok: ~ buruh kereta api; pemogok orang yg mogok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.go/] | موݢوق

Definisi : 1 tidak mahu bekerja: Pekerja-pekerja syarikat perikanan itu telah ~. 2 tidak berjalan; berhenti; rosak: Keretanya ~ di tengah jalan. pemogokan perbuatan atau hal mogok. pemogok orang yg mogok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mogok (kata kerja)
Bersinonim dengan berpiket, memulaukan, membantah, memprotes, menentang, menunjuk perasaan, memberontak, merusuh;,
Kata Terbitan : pemogokan, pemogok,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanyakan tentang ayat berkenaan dengan bank. Adakah ayat ini dipanggil "Klausa" Rusuhan dan Mogok atau "Fasa"l Rusuhan atau Mogok? Apakah terjemahan sebenar untuk clause.Dalam bidang undang-undang, clause diterjemahkan kepada fasal. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=clause untuk maklumat lanjut.Tokoh09.06.2015
"Terdapat dadah dalam sistem badannya." atau "Terdapat dadah di dalam sistem badannya." Manakah betul. "Antara 24 Mac dan 28 Mei 2001, telah berlaku mogok." atau "Antara 24 Mac hingga 28 Mei 2001, telah berlaku mogok." Yang mana betulJawapan yang betul ialah:
1) Terdapat dadah dalam sistem badannya.
2) Antara 24 Mac hingga 28 Mei 2001, telah berlaku mogok.
Tatabahasa20.10.2020
Apakah terjemahan yang sepadan untuk "Sit-In"? Sit-in di sini bukan merujuk kepada mogok duduk, tapi hadir ke kuliah tanpa melibatkan diri dengan aktif. (Sit In - Attend a meeting or discussion without taking an active part in it.)Padanan bahasa Melayu untuk perkataan sit-in dalam bahasa Inggeris mengikut konsep yang tuan maksudkan, pihak kami cadangkan: hadir tanpa penglibatan diriMakna30.09.2022
1.apakah perbezaan antara kalau atau sekiranya?adakah kalau digunakan di depan ayat manakala sekiranya tidak dapat?Kalau boleh berfungsi sebagai kata hubung (kata sendi) untuk menyatakan syarat (sebagaimana yg dihuraikan berikutannya), seperti contoh ayat: pekerja-pekerja akan berhenti mogok kalau pihak majikan menerima tuntutan mereka; dan kalau juga boleh bermaksud seandainya, sekiranya, contoh: kalau/sekiranya/seandainya begitu tentu Ahmad tak akan lama tinggal di rumah bukan? ...Tatabahasa25.08.2009
1. Apakah penjodoh bilangan bagi kek? 2. Apakah penjodoh bilangan bagi kemalangan? 3. Apakah bezanya "mengadakan" dan " menganjurkan"? 4. Guru Besar atau guru besar? 5. di kalangan atau dalam kalangan? 6. baru atau baharu? 7. Dia makan epal, durian, dan manggis. Perlukah tanda koma diletakkan sebelum perkataan "dan"? 8. pantai Port Dickson atau Pantai Port Dickson? 9. negeri Selangor atau Negeri Selangor? 10. kereta api atau keretapi? 11. sebuah negeri atau satu negeri? 12. Apakah penjodoh bilangan bagi majlis dan hantu?

1. Penjodoh bilangan bagi kek bergantung pada bentuknya. Boleh digunakan sebiji kek (jika kek itu belum dipotong) ataupun sepotong kek.

2. Tidak ada penjodoh bilangan yang khusus untuk kemalangan.

3. Mengadakan bermaksud  1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. meng­usaha­kan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), mengan­jurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan, manakala menganjurkan  1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan: jangan dianjurkan badan keluar tingkap; 2. mengemukakan, mengesyorkan, menyarankan, mencadang­kan, mengusulkan: pengerusi ~ supaya mogok makan; 3. mengadakan: ~ ceramah.

4. Dalam konteks umum, guru besar dieja dengan huruf kecil kerana ia merupakan kata nama am. Walau bagaimanapun, ia perlu ditulis dengan huruf besar jika diikuti oleh kata nama khas.

5. Frasa yang betul ialah dalam kalangan.

6. Baru bermaksud 'just', contohnya baru tiba manakala baharu bermaksud 'new', contohnya seperti buku baharu, baju baharu dll.

7. Tanda koma tidak perlu diletakkan kerana epal, durian dan manggis tergolong dalam kategori yang sama.

8. Perkataan pantai Port Dickson tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada perkataan pantai kerana pantai ialah kata nama am.  

9. Ejaan yang betul ialah negeri Selangor sahaja.

10. Ejaan yang betul ialah kereta api.

11. Sebuah negeri.

12.  Penjodoh bilangan bagi hantu ialah seekor kerana hantu tidak tergolong dalam kumpulan manusia tetapi hanya menyerupai bentuk manusia.

 

Tatabahasa10.03.2010

Kembali ke atas