Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mohd noktah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Bagi kependekan perkataan, harus diletakkan noktah. Bagaimana pula dengan 'Mohd', perlukah diletakkan tanda noktah? (Mohd.) 2. Boleh terangkan tentang kata sendi' kepada' dan 'pada'. Saya selalu keliru dengan penggunaannya. Contoh ayat: Pak cik akan bergantung pada peta ini bagi mencari rumah ibu. / Semuanya bergantung pada kemahiran awak membentangkan hasil kerja.

Puan,

  1. Sebenarnya tiada ringkasan untuk nama seperti Mohamad. Ia bergantung kepada pendaftaran nama seseorang itu pada kad pengenalan atau surat beranak.
  2. Kepada:  kata yg menunjukkan tempat atau arah yg dituju:Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Pada:  kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya.   Kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu.  Kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya.
Istilah22.08.2011
Salam sejahtera, Haruskah singkatan bagi nama Muhammad (Muhd/Mohd/Md) diikuti dengan tanda titik? Contoh Muhd. / Mohd. / Md. Bagaimana pula dengan nama yang lain seperti Abdul - Abd.? Sekian, terima kasih!

Tidak ada ketetapan khusus berkaitan ejaan penulisan nama peribadi seseorang. Noktah/titik biasanya diletakkan pada singkatan nama peribadi orang Melayu atau Islam yang ditulis dengan singkatan. Antara singkatan yang biasa digunakan dan sudah terkenal serta difahami bentuk nama penuhnya termasuklah Muhd. /Mohd./Md. dan dibaca dengan ejaan penuh nama Muhammad dan singkatan Ab./Abd. hendaklah disebut dan dibaca penuh iaitu  Abdul.

 

Ejaan03.11.2020
Salam, Apakah cara penulisan untuk senarai edaran di bawah betul? Perlu noktah dan titik? contoh: SENARAI EDARAN 1. Prof. Dr. Zuraidah binti Mohd Don, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Jalan Universiti, 50603 KUALA LUMPUR, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Untuk makluman, memadai jika ditulis: Prof. Dr. Zuraidah binti Mohd Don, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Jalan Universiti, 50603 Kuala Lumpur.Lain-lain23.02.2018
Adakah puisi berlainan mempunyai cara penandaan berbeza? eg. Pantun 4kerat; baris1 diakhiri koma, baris2 diakhiri koma bertitik, baris3 diakhiri koma dan baris4 dengan noktah. Bagaimana dengan jenis puisi lain?Itu adalah salah satu teknik penulisan puisi Melayu lama. Sila rujuk buku "Warisan Puisi Melayu" yang disusun oleh Prof. Mohd. Taib OsmanLain-lain31.10.2006

Kembali ke atas