Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.hon] | موهون

Definisi : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaf­lah: maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?” maka sembahnya, “~ patik, tuanku”; bermohon 1. meminta izin; ~ diri meminta izin pergi: sahaya pun menyembahlah ~ diri hendak kembali; 2. mengemukakan permin­taan, minta supaya diperkembangkan: maka Upu Daeng Perani pun ~lah kpd sultan; memohon meminta (lebih halus): kami ~ maaf atas kesilapan ini; memohonkan memintakan (sesuatu drpd): mahu aku ~ kehendakmu itu kpd Allah Taala; permohonan apa yg diminta, permintaan: segala ~nya utk mendapat kerja ditolak; pemohon orang yg memohon sesuatu; pohon II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.hon] | موهون

Definisi : bh ampunlah (kerana menolak atau mengingkari sesuatu): ~ hamba membunuh tuan hamba. bermohon 1 meminta izin: Saya ~ diri dahulu kerana ada urusan. 2 berharap supaya diberi sesuatu. memohon meminta: Kami ~ ampun atas kesilapan kami. memohonkan meminta sesuatu utk orang lain. permohonan 1 apa-apa yg diminta; permintaan: Semua ~nya telah diluluskan. 2 perbuatan atau hal bermohon; permintaan. pemohon orang (pihak dll) yg memohon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mohon (kata kerja)
1. Bersinonim dengan minta: minta izin

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan ampunilah, maaflah,

Kata Terbitan : memohon, memohonkan, permohonan, pemohon,

Puisi
 

Kalau tuan makan jagung,
     Jagung dimakan burung merpati;
Kita ini sama berpantun,
     Pantun kita mohon berhenti.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon penjelasan:- 1. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ATAU 2. SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI ATAU 3. MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI ATAU 4. SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRIAyat yang betul ialah "Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri", "Majlis Hari Raya Aidilfitri" dan "Sambutan Hari Raya Aidilfitri".Tatabahasa30.04.2024
Mohon bantuan untuk mendapatkan terjemahan bagi istilah "index for inclusion". Konsep "inclusion" berkaitan Program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) yang dihadiri oleh MBPK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. MBPK terdiri daripada 6 kategori iaitu: i) Ketidakupayaan penglihatan ii) ketidakupayaan pendengaran iii) ketidakupayaan fizikal iv) ketidakupayaan pendengaran v) masalah pembelajaran vi) ketidakupyaan pelbagai Terima kasih.Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah index for inclusion ialah indeks untuk rangkuman.Penyemakan dan penterjemahan12.03.2024
mohon padangan tuan/puan tentang frasa yang sesuai bagi "time awareness" dalam bahasa melayu. contoh penggunaan adalah "Time awareness is the ability to understand and feel time, and plan time. "Cadangan padanan bagi istilah time awareness dalam bahasa Melayu ialah kesedaran masa. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah14.03.2024
Mohon khidmat nasihat tentang ejaan sahabiah (merujuk kepada para sahabat zaman Rasulullah SAW). Adakah "sahabiah", "sahabiyah", atau ada ejaan lain. Terima kasih.Akhiran kata serapan bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu ialah -iah. Oleh sebab itu, ejaan yang betul ialah sahabiah. Namun, kata sahabiah ini belum terakam dalam kamus-kamus bahasa Melayu terbitan DBP. Ejaan25.03.2024
Mohon pencerahan berkenaan penggunaan panggilan hormat sama ada perlu disusun mengikut taraf panggilan hormat atau mengikut taraf jawatan pentadbiran? Sebagai cth: 1. YBhg. Datin/YBrs. Prof. Madya Dr./YBrs. Dr./Tuan/Puan (mengikut taraf panggilan hormat); atau 2. YBrs. Prof. Madya Dr./YBrs. Dr./YBhg. Datin/Tuan/Puan (mengikut taraf jawatan pentadbiran).Biasanya, susunan panggilan hormat disusun mengikut susunan gelaran, contoh:

YBhg. Datuk/YBrs. Dr./Tuan/Puan,
Lain-lain04.03.2024
Mohon nasihat dan pandangan tuan/puan bagi terma-terma berikut: 1) "culture rape" seperti dalam ayat: The 17-year-old exposing rape culture in Malaysian schools 2) "victim percipitation" seperti dalam ayat: Victim precipitation is a controversial theory asserting that victims sometimes initiate the actions which lead to their harm or loss. Kedua-dua terma ini berkait dengan bidang kriminologi. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah rape culture ialah budaya rogol dan istilah victim precipitation ialah dorongan mangsa. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah27.02.2024
Mohon pencerahan sama ada perkataan "naziran" wujud?, atau hanya nazir sahaja? Naziran perolehan dan kewangan atau Nazir Peolehan dan kewangan atau Lawatan Naziran perolehan dan kewangan atau Lawatan Nazir Peolehan dan kewangan? Sekian, terima kasih.Perkataan "naziran" terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1525) dengan makna "hasil daripada menazir sesuatu". "Nazir" pula bermaksud "orang yang bertanggungjawab memerhati, memantau dan memeriksa perjalanan pentadbiran dalam sesebuah organisasi seperti sekolah dan masjid".

Oleh sebab itu, (1) naziran perolehan dan kewangan bermaksud hasil daripada perbuatan menazir perolehan dan kewangan, manakala (2) nazir perolehan dan kewangan bermaksud orang atau pihak yang bertanggungjawab dalam menazir perolehan dan kewangan. (3) Lawatan Nazir Perolehan dan Kewangan.

Makna08.02.2024
Mohon tunjuk ajar, 1) Kita perlu sentiasa mendoakan agar ibu dan bapa sihat sejahtera atau 2) Kita perlu sentiasa berdoa agar ibu dan bapa sihat sejahtera? Terima kasih Tuan.

Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul, namun ayat ini menjadi lebih jelas sekiranya dimasukkan perkataan “kita” seperti contoh yang berikut:

1.   “Kita perlu sentiasa mendoakan agar ibu dan bapa kita sihat sejahtera.” dan  “Kita perlu sentiasa berdoa agar ibu dan bapa kita sihat sejahtera.”

 

Tatabahasa30.01.2024
Mohon bantuan untuk terjemahan bahasa melayu yang sesuai dan bermakna bagi perkataan accelerating land restoration, drought resilience & desertification progress sebagai tema hari alam sekitar sedunia 2024Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Lain-lain10.01.2024
Mohon pencerahan mengenai Selamat Tahun "Baru" atau "Baharu"? Atau kedua-duanya boleh diguna pakai.Frasa "Selamat Tahun Baru dan Selamat Tahun Baharu" adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa03.01.2024
12345678910...

Kembali ke atas