Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.hon] | موهون

Definisi : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaf­lah: maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?” maka sembahnya, “~ patik, tuanku”; bermohon 1. meminta izin; ~ diri meminta izin pergi: sahaya pun menyembahlah ~ diri hendak kembali; 2. mengemukakan permin­taan, minta supaya diperkembangkan: maka Upu Daeng Perani pun ~lah kpd sultan; memohon meminta (lebih halus): kami ~ maaf atas kesilapan ini; memohonkan memintakan (sesuatu drpd): mahu aku ~ kehendakmu itu kpd Allah Taala; permohonan apa yg diminta, permintaan: segala ~nya utk mendapat kerja ditolak; pemohon orang yg memohon sesuatu; pohon II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.hon] | موهون

Definisi : bh ampunlah (kerana menolak atau mengingkari sesuatu): ~ hamba membunuh tuan hamba. bermohon 1 meminta izin: Saya ~ diri dahulu kerana ada urusan. 2 berharap supaya diberi sesuatu. memohon meminta: Kami ~ ampun atas kesilapan kami. memohonkan meminta sesuatu utk orang lain. permohonan 1 apa-apa yg diminta; permintaan: Semua ~nya telah diluluskan. 2 perbuatan atau hal bermohon; permintaan. pemohon orang (pihak dll) yg memohon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mohon (kata kerja)
1. Bersinonim dengan minta: minta izin

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan ampunilah, maaflah,

Kata Terbitan : memohon, memohonkan, permohonan, pemohon,

Puisi
 

Kalau tuan makan jagung,
     Jagung dimakan burung merpati;
Kita ini sama berpantun,
     Pantun kita mohon berhenti.


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mohon dana minggu depanTiadaKosmo11.01.2007
Mohon maaf-Harian Metro15.08.2006
Mohon kurnia dari IlahiTiadaUtusan Zaman21.07.1985
Mohon rahmat untuk Allahyarham P. RamleeTiadaUtusan Malaysia08.11.1973
GMP mohon kemelut PPSMI diselesaiTiadaBerita Minggu12.04.2009
Zainal mohon terus jadi Duta Lagu RakyatTiadaKosmo04.04.2007
DPMP mohon RM30,000 lancar Hadiah Sastera PahangAkhbar:  Utusan Malaysia23.03.2002
DBP mohon $9j tambah buku ilmiahK. SuthakarBerita Harian04.07.1987
Ku Mohon KeredaaanmuRoliyah AtanBerita Minggu (Singapura)07.06.1987
Gema mohon maafTiadaBerita Harian07.06.1995
12345

Kembali ke atas