Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.hon] | موهون

Definisi : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaf­lah: maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?” maka sembahnya, “~ patik, tuanku”; bermohon 1. meminta izin; ~ diri meminta izin pergi: sahaya pun menyembahlah ~ diri hendak kembali; 2. mengemukakan permin­taan, minta supaya diperkembangkan: maka Upu Daeng Perani pun ~lah kpd sultan; memohon meminta (lebih halus): kami ~ maaf atas kesilapan ini; memohonkan memintakan (sesuatu drpd): mahu aku ~ kehendakmu itu kpd Allah Taala; permohonan apa yg diminta, permintaan: segala ~nya utk mendapat kerja ditolak; pemohon orang yg memohon sesuatu; pohon II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.hon] | موهون

Definisi : bh ampunlah (kerana menolak atau mengingkari sesuatu): ~ hamba membunuh tuan hamba. bermohon 1 meminta izin: Saya ~ diri dahulu kerana ada urusan. 2 berharap supaya diberi sesuatu. memohon meminta: Kami ~ ampun atas kesilapan kami. memohonkan meminta sesuatu utk orang lain. permohonan 1 apa-apa yg diminta; permintaan: Semua ~nya telah diluluskan. 2 perbuatan atau hal bermohon; permintaan. pemohon orang (pihak dll) yg memohon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mohon (kata kerja)
1. Bersinonim dengan minta: minta izin

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan ampunilah, maaflah,

Kata Terbitan : memohon, memohonkan, permohonan, pemohon,

Puisi
 

Kalau tuan makan jagung,
     Jagung dimakan burung merpati;
Kita ini sama berpantun,
     Pantun kita mohon berhenti.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
let pleasemohon semula/mohon letSukanTiadaRayuan pemain kepada referi.
الإستطانmohon mastautinAgama IslamFiqh-
subscription (share)mohon beli (syer)EkonomiTiadaTiada
request for comments (RFC)mohon komen (RFC)Teknologi MaklumatTiadaSuatu mekanisma dalam proses untuk mencipta piawai baru dalam internet. Piawai baru dicadangkan dan diterbitkan secara dalam talian untuk orang ramai membuat komen, berbincang dan membuat cadangan, sebelum piawai baru dipersetujui oleh badan tertentu atau yang berkuasa (seperti IETF) untuk diterima pakai. Piawai baru yang diterima pakai akan dirujuk dengan nombor RFC-nya yang tertentu. Contohnya piawai untuk e-mel ialah RFC 822.
CTS/RTS (clear to send/request to send)CTS/RTS (boleh hantar/mohon hantar)Teknologi MaklumatTiadaCara komputer dan modem berkomunikasi sebelum penghantaran data dijalankan. Komputer akan memohon untuk menghantar data dan modem akan menjawab boleh hantar. Juga dikenali sebagai jabat tangan.
message exchange pattern (MEP)pola pertukaran mesej (MEP)Teknologi MaklumatPerisianMesej pola yang diperlukan oleh protokol komunikasi untuk mewujudkan atau menggunakan saluran komunikasi. Terdapat dua pola pertukaran mesej yang besar, iaitu pola mohon-balas seperti yang terdapat pada Protokol Kawal Perpindahan (TCP) dan pola sehala seperti pada Protokol Datagram Pengguna (UDP).

Kembali ke atas