Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.lé.kul] | موليکول

Definisi : (molékul) unit paling kecil sesuatu sebatian yg terdiri drpd dua atau lebih atom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.lé.kul] | موليکول

Definisi : ist unit paling kecil sesuatu sebatian, yg terdiri drpd dua atau lebih atom. ~ raksasa molekul yg besar dan kompleks yg terbentuk drpd persatuan beberapa molekul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata molekul


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta npenjelasan tentang maksud kohesi dan koherenKohesi bermaksud 1. Kekuatan tarik-menarik di antara molekul dlm sesuatu benda yg menjadikan molekul-molekul itu bertautan atau bergabungan; dan 2. perhubungan yang erat, atau perpaduan. Manakala koheren bermaksud 1. berhubungan, bersangkut paut; dan 2. ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami.Makna26.12.2009
salam, mohon pencerahan penggunaan dari/ke atau daripada/kepada dalam pernyataan di bawah. yang mana betul? 1) Pengaliran haba dari satu molekul ke molekul yang lain. 2) Pengaliran haba daripada satu molekul kepada molekul yang lain. terima kasih.

Ayat yang betul:

Pengaliran haba daripada satu molekul kepada molekul yang lain.

 Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama ke pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama ke sering berpadanan dengan kata sendi nama dari untuk membawa maksud arah ke sesuatu tempat atau waktu. Contoh:

1. Ali menaiki kereta dari Kajang ke Seremban
2. Dia berjanji akan membaiki prestasi kerjanya dari semasa ke semasa.

 
Manakala kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Kata sendi nama kepada pula terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yan merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama kepada sering digunakan untuk berpadanan dengan kata sendi nama daripada. Contohnya:

1. Suhu badan adik meningkat daripada 37 darjah Celsius kepada 39 darjah Celsius.
2.
Surat itu bertukar tangan daripada Aminah kepada Fatimah.

Tatabahasa11.09.2021
Tuan, Apakah terjemahan yang paling tepat bagi ayat di bawah bagi 'body". Teks sumber: Biomarkers include proteins, DNA, RNA, and other molecules which can be found in blood, other body fluids, or tissues. Teks terjemahan: Biopenanda termasuk protein, DNA, RNA, dan molekul-molekul lain yang boleh didapati di dalam darah, cecair tubuh badan yang lain, atau tisu.Terjemahan yang tepat bagi perkataan "body" dalam ayat tersebut ialah tubuh. Contohnya, "body fluid" ialah cecair tubuh.Penyemakan dan penterjemahan04.10.2019
daya tarikan antara molekul atau daya tarikan di antara molekul?Ayat yang betul ialah "daya tarikan antara molekul "Tatabahasa28.02.2024
Apakah terjemahan bagi 'polyunsaturated'? Tk.Terjemahannya ialah politaktepu. Sesuatu yang mengandung lebih dari dua atau tiga ikatan dalam molekul seperti sayur-sayuran tertentu atau lemak binatang.Istilah20.03.2009
Apakah terjemahan untuk "Molecular docking" secara lansung dan secara frasa nama?Kami mencadangkan molecular docking diterjemahkan sebagai "pengedokan molekul". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah26.02.2022
Salam. Apakah terjemahan untuk istilah "Molecular docking" dalam golongan frasa kerja dan frasa nama?Kami mencadangkan molecular docking diterjemahkan sebagai "pengedokan molekul". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah28.02.2022
Selain insulin, terdapat faktor lain yang menurunkan paras gula di dalam darah, seperti proses pembinaan glikogen oleh organ hati kerana proses ini memerlukan glukosa. (Adakah di dalam atau dalam) Molekul insulin terbina daripada dua rantaian polipeptida (asid amino) dan dihasilkan di dalam sel pankreas jenis b. Insulin yang dihasilkan akan disimpan di dalam kantung-kantung kecil yang terdapat di dalam setiap sel pankreas sebagai simpanan yang akan digunakan apabila diperlukan. (Adakah di dalam sel, di dalam kantung...itu tepat) atau tanpa di?
Penggunaan kata sendi yang betul ialah dalam, dalam darah, dalam setiap sel. 
Tatabahasa02.03.2021
Apakah perbezaan antara 'kekisi dan tetupai? Tolong berikan contoh ayat.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "kekisi" bermaksud 1. jeruji, terli, kisi-kisi 2. (kim) susunan atom, ion atau molekul dalam tiga dimensi yang tetap, seperti yang terdapat dalam hablur. Sementara "tetupai" pula bermaksud "tupai-tupai" iaitu kepingan kayu, logam dan lain-lain  untuk menyokong, menyambung atau mengukuhkan sambungan, biasanya digunakan dalam pembinaan rumah dll.Makna05.08.2014
kofigurasi?Perkataan ini tiada dalam rujukan kami. Mungkin saudara/ saudari salah mengejanya. Perkataan yang hampir dengannya ialah 'konfigurasi' yang merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermakna  susunan atom sesuatu molekul di dlm ruang; ~ elektron susunan elektron di dlm atom. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain13.10.2008
12

Kembali ke atas