Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.lé.kul] | موليکول

Definisi : (molékul) unit paling kecil sesuatu sebatian yg terdiri drpd dua atau lebih atom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.lé.kul] | موليکول

Definisi : ist unit paling kecil sesuatu sebatian, yg terdiri drpd dua atau lebih atom. ~ raksasa molekul yg besar dan kompleks yg terbentuk drpd persatuan beberapa molekul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata molekul


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
daya antara molekulintermolecular forceDaya tarikan antara molekul-molekul.Menengah Atas
pemvulkananvulcanizationProses pembentukan rangkai silang atom sulfur di antara molekul-molekul getah.Menengah Atas
makromolekulmacromoleculeMolekul yang mempunyai jisim molekul yang sangat besar. Makromolekul juga biasanya merujuk kepada polimer yang mempunyai jisim molekul yang tinggi. Contohnya, protein dan asid nukleik.Menengah Atas
formula molekulmolecular formulaFormula yang menunjukkan bilangan sebenar dan jenis atom yang terdapat di dalam sesuatu molekul. Contohnya, formula molekul benzena ialah C6H6 dan etanol C2H5OH.Menengah Atas
molekul kutubpolar moleculeMolekul yang mempunyai taburan cas yang sama, iaitu bahagian positif dan negatif. Molekul kutub menarik antara satu sama lain dan juga ion.Menengah Atas
daya lekitancohesion forceDaya tarikan antara molekul yang sama, seperti molekul air.Menengah Atas
protein pembawacarrier proteinProtein yang terlibat dalam pergerakan ion, molekul kecil, atau molekul yang besar seperti asid amino dan glukosa plasma, merentasi membran plasma dan membantu dalam pergerakan bahan melalui proses resapan berbantu atau pengangkutan aktif. Lihat RajahMenengah Atas
kesan rerambutcapillary effectPergerakan menaik cecair di dalam ruang kecil yang sempit disebabkan oleh daya tarikan antara molekul cecair dan molekul pepejal. Kesan rerambut penting untuk pengangkutan air dalam tumbuhan.Menengah Rendah
molekulmoleculeSuatu zarah neutral yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih atom yang berpadu secara kimia.Menengah Atas
molekul dwiatomdiatomic moleculeMolekul yang terdiri daripada dua atom sahaja. Contohnya, hidrogen (H2), oksigen (O2), klorin (Cl2) dan hidrogen klorida (HCl).Menengah Atas
123456

Kembali ke atas