Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.lé.kul] | موليکول

Definisi : (molékul) unit paling kecil sesuatu sebatian yg terdiri drpd dua atau lebih atom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.lé.kul] | موليکول

Definisi : ist unit paling kecil sesuatu sebatian, yg terdiri drpd dua atau lebih atom. ~ raksasa molekul yg besar dan kompleks yg terbentuk drpd persatuan beberapa molekul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata molekul


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TRANSKRIPSIProses sintesis molekul-molekul RNA dengan menggunakan molekul DNA sebagai tempat bagi maklumat genetik daripada bentuk DNA ditukarkan kepada bentuk RNA. Ini merupakan sebahagian daripada proses ekspresi gen, iaitu maklumat genetik dalam DNA mengarah kepada pembentukan RNA. Arah aliran informasi di dalam sel merupakan central dogma bidang biologi molekul DNA yang digunakan untuk mensintesis RNA. RNA pula digunakan untuk mengarah pembentukan protein. RNA ialah molekul rantai panjang seperti molekul DNA juga. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara molekul DNA dan RNA. Tulang belakang bagi membentuk polimer molekul RNA terdiri daripada gula ribos yang menyerupai gula deoksiribos DNA. Ia mempunyai molekul oksigen terikat pada karbon nombor 2', 3', dan 5'. Molekul RNA juga adalah lebih kecil (pendek) daripada DNA kerana ia terdiri daripada bes urasil (U) dan bukan timina (T) seperti yang terdapat pada DNA....Sila Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
MOLEKUL

Molekul adalah satu daripada unit asas jirim.

Molekul ialah unsur terkecil sesuatu bahan dapat

dibahagikan dan masih mempunyai sifat-sifat kimia

bahan asal. Jika bahan ini dibahagikan lagi, hanya

atom unsur kimia yang tinggal. Contohnya, setitis

air mengandungi berbilion-bilion molekul air. Jika

titisan ini boleh dibahagikan sehingga hanya satu

molekul air yang tinggal, titisan yang terakhir ini

masih mempunyai kesemua sifat kimia air. Tetapi,

jika satu molekul air ini dibahagikan, hanya atom

unsur hidrogen dan oksigen yang tinggal.

UMUM 
POLIMER

Polimer ialah molekul yang besar, panjang, bak

rantai yang terbentuk oleh rangkaian kimia banyak

molekul kecil. Unit kecil binaan molekul dikenali

sebagai monomer . Monomer bersambung

menjadi rantai melalui proses rangkaian yang

berulang yang dikenali sebagai pempolimeran .

Polimer boleh terdiri daripada beribu-ribu

monomer. Sesetengah polimer wujud secara

semula jadi. Yang lain adalah polimer sintetik.

UMUM 
TITIK ISOELEKTRIKNilai pH sesuatu larutan yang menunjukkan molekul dalam larutan itu mempunyai cas bersih sifar. Pada pH ini, nilai cas positif dan negatif pada molekul tersebut adalah sama dan diberikan simbol pI. Nilai pH ini juga dikenali sebagai titik isoionik. Struktur molekul yang mempunyai cas bersih sifar ini dinamai bentuk zwiterion. Contoh lazim molekul yang mempunyai sifat ini ialah asid amino dan protein....untuk maklumat lanjut sila rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
BIOLOGI MOLEKUL UMUM 
BERAT MOLEKUL PURATANilai berat molekul sesuatu polimer yang diukur atau dihitung secara purata mengikut bilangan dan berat setiap saiz yang wujud dalam polimer tersebut.KEJURUTERAANKonsep
KEJELEKITAN

Kejelekitan ialah daya yang menyatukan bahan.

Kejelekitan terhasil daripada tarikan yang ada

pada semua atom dan molekul terhadap satu

sama lain. Tarikan ini banyak berkurangan apabila

jarak di antara molekul sesuatu bahan bertambah.

UMUM 
SUHU PERALIHAN KACASuhu bagi sesuatu bahan polimer berubah daripada keadaan tegar (keadaan berkaca) ke keadaan lembut dan boleh lentur (keadaan bergetah). Peralihan yang biasa berlaku pada bahan berberat molekul rendah ialah perubahan keadaan antara pepejal, cecair, dan gas. Bagi bahan berberat molekul tinggi seperti polimer, peralihan ke keadaan gas tidak pernah tercapai kecuali jika terjadi tindak balas penguraian. Peralihan daripada keadaan pepejal ke cecair juga tidak jelas dan tidak berlaku secara mendadak, melainkan jika polimer itu mempunyai kehabluran yang tinggi. Bagi bahan polimer biasa, zon peralihan yang penting ialah peralihan kaca Tg dan peleburan hablur Tm.KEJURUTERAANDisiplin Ilmu
PEREKATAN

Tarikan molekul yang dikenakan antara dua jasad atau dua bahan yang bersentuh.

FIZIKProses/Tindak Balas
MONOMER

Monomer ialah molekul kecil yang boleh

berpadu dengan monomer-monomer lain untuk

membentuk monomer yang lebih besar yang

dikenali sebagai polimer. Polimer digunakan untuk

membuat cat, plastik, getah sintetik, dan serat

sintetik. Haba, tekanan, dan rawatan kimia boleh

digunakan untuk menjadikan monomer berpadu.

Lihat juga Pempolimeran; Polimer.

UMUM 
12345

Kembali ke atas