Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.mén.tum] | مومينتوم

Definisi : (moméntum) 1. daya yg men­dorong pergerakan sesuatu: maka hasilnya tidak seberapa, lalu timbullah kekecewaan dan hilanglah ~nya; namun Jepun moden itu sendiri ternyata sedang menghadapi semangat yg kian kendur di kalangan generasi mudanya utk meneruskan ~ pemo-denannya; 2. hasil darab jisim dgn halaju sesuatu jasad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.mén.tum] | مومينتوم

Definisi : /moméntum/ 1 daya yg mendorong pergerakan sesuatu. 2 ist hasil darab jisim dgn halaju sesuatu jasad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata momentum


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
momentummomentumHasil darab jisim dengan halaju sesuatu jasad.Menengah Atas
keabadian momentum linearconservation of linear momentumJumlah momentum sebelum dan selepas pelanggaran sesuatu objek adalah sama, dengan syarat tiada daya luar bertindak pada objek tersebut.Menengah Atas
prinsip keabadian momentumprinciple of conservation of momentumPrinsip yang menyatakan bahawa jumlah momentum sebelum perlanggaran sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran dengan andaian tiada daya luar dikenakan seperti daya geseran.Menengah Atas
impulsimpulse1. Hasil darab daya dan masa atau perubahan momentum. 2. Isyarat yang mengalir di sepanjang neuron dalam bentuk gelombang elektrik.Menengah Atas
daya impulsimpulsive forceDaya yang terhasil apabila berlakunya perubahan momentum, yang berlaku pada masa yang singkat. Contohnya, daya dalam pelanggaran di antara dua jasad.Menengah Atas
trolitrolleyBlok kecil beroda daripada aluminium atau kayu yang digunakan dalam uji kaji fizik untuk mengkaji ciri gerakan sesuatu objek dan menjelaskan konsep momentum. Lihat RajahMenengah Atas

Kembali ke atas