Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.mén.tum] | مومينتوم

Definisi : (moméntum) 1. daya yg men­dorong pergerakan sesuatu: maka hasilnya tidak seberapa, lalu timbullah kekecewaan dan hilanglah ~nya; namun Jepun moden itu sendiri ternyata sedang menghadapi semangat yg kian kendur di kalangan generasi mudanya utk meneruskan ~ pemo-denannya; 2. hasil darab jisim dgn halaju sesuatu jasad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.mén.tum] | مومينتوم

Definisi : /moméntum/ 1 daya yg mendorong pergerakan sesuatu. 2 ist hasil darab jisim dgn halaju sesuatu jasad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata momentum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
equation of motionpersamaan gerakanKejuruteraanKejuruteraan KimiaPersamaan yang diterbitkan daripada hukum pengabadian momentum bagi pengaliran bendalir pada keadaan isoterma yang dijelaskan sebagai kadar = kadar � kadar momentum momentum momentum terkumpul masuk keluar + daya yang bertindak ke atas bendalir atau kadar = kadar influks + kadar influks momentum aliran pukal serapan terkumpul momentum momentum + kecerunan tekanan + daya luar.
conjugate momentummomentum konjugatFizikMekanikJika qj(j = 1, 2, ...) ialah koordinat teritlak suatu sistem dinamik klasik, dan L pula Lagrangeannya, maka momentum konjugat kepada qj ialah momentum berkanun, momentum teritlak
angular momentummomentum sudutMekanikGunaanMomen bagi momentum linear. Bagai zarah berjisim m dan bergerak dengan halaju v, magnitud momentum sudutnya di sekitar paksi yang mempunyai jarak serenjang d dari garis tindakan v ialah mvd. Bagi jasad yang mengalami gerakan satah dengan halaju pusat jisim vG dan halaju sudut w, magnitud momentum sudut di sekitar paksi yang melalui pusat jisimnya ialah IGw, dengan IG sebagai momen sifatekun jasad itu di sekitar paksi berkenaan. Momentum sudut jasad itu di sekitar sebarang titik yang jarak serenjangnya dari garis tindakan vG ialah d diberikan oleh ungkapan IGw + mvGd. Momentum sudut diukur dalam unit kg.m2.s-1 atau N.m.s. Simbol yang lazim digunakan untuk momentum sudut ialah H. Momentum sudut juga dinamai momen momentum.
linear momentummomentum linearMekanikGunaanHasil darab jisim dan halaju. Zarah yang berjisim m dan bergerak dengan halaju linear V mempunyai momentum linear mv. Momentum linear bagi jasad pula ialah mvG, dengan vG sebagai halaju ketika yang dialami oleh pusat jisim jasad itu. simbol yang biasanya digunakan untuk momentum linear ialah L. Unit ukurannya ialah kg.m.s atau N.s.
contact teransformationtransformasi sentuhFizikMekanikTransformasi yang berlaku ke atas koordinat-koordinat dan momentum-momentum yang memperihalkan keadaan suatu sistem dinamik klasik dan membiarkan bentuk persamaan-persamaan Hamilton bagi gerakan tersebut tidak berubah. transformasi berkanun
momentum unloadingpemunggahan momentumAeroangkasaTiadaproses bagi mengurangkan momentum sesebuah roda momentum yang telah mencapai nilai maksimum. Sinonim : momentum dumping.
momentum dumpingpembuangan momentumAeroangkasaTiadaProses bagi mengurangkan momentum sesebuah roda momentum yang telah mencapai nilai maksimum. Sinonim : momentum unloading.
kinetic momentummomentum kinetikFizikMekanikMomentum zarah yang disebabkan oleh gerakannya dalam mekanik klasik. Momentum ini sama dengan hasil darab antara jisim dengan halaju.
electromagnetic momentummomentum elektromagnetFizikTiadaMomentum yang dipindahkan oleh sinaran elektromagnet dan ketumpatan isi padu momentum tersebut sama dengan vektor Poynting dibahagi dengan halaju cahaya kuasa dua.
Fermi momentummomentum FermiKejuruteraanKejuruteraan KimiaMomentum bagi fermion yang diungkapkan sebagai m0 = PF2/2m, dengan m0 = tenaga Fermi, PF = momentum Fermi, m = jisim zarah.
12345678910...

Kembali ke atas