Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.no.log] | مونولو

Definisi : 1. percakapan yg agak panjang oleh seorang pelakon sahaja dlm sesebuah drama filem: bahan ini berupa ~ yg kadang-kadang diselangi pertanyaan dan seruan orang yg mendengarnya; 2. adegan drama atau sandi­wara dgn seorang sahaja pelakonnya yg menyampaikan percakapan seorang diri; 3. percakapan panjang lebar oleh seorang pe­nutur sahaja, biasanya menafikan kesempatan orang lain utk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya; bermonolog melakukan monolog: apatah lagi apabila saya kena ~ hampir 25 minit di pentas; bukan hanya bisikan dlm diri dan ~ semata-mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.no.log] | مونولو

Definisi : 1 percakapan yg agak panjang oleh seorang penutur sahaja, biasanya menafikan kesempatan orang lain utk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya. 2 percakapan yg panjang lebar oleh seorang pelakon sahaja dlm drama, filem dsb. bermonolog melakukan monolog: Dia ~ begitu lama dan ramai yg sudah bosan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata monolog


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
monologuemonologKesusasteraanTiadaPertuturan panjang seorang watak pada dirinya sendiri bagi menyuarakan fikiran dan rasa hatinya. Pertuturan watak biasanya terdapat dalam drama, naratif dan puisi. Monologi boleh berbentuk bisikan kuat, senandika (soliloqui), monolog dramatik dan monolog dalaman. Bisikan kuat ialah pertuturan watak yang hanya dapat didengar oleh penonton manakala senandika ialah percakapan seorang watak untuk meluahkan perasaan dan fikiran kepada dirinya sendiri. Monologi dramatik merupakan percakapan seorang watak bagi menyampaikan pemikiran dan perasaannya terus kepada penonton. Monolog dalaman yang biasanya dikaitkan dengan naratif pula ialah bahagian teks yang mendedahkan pemikiran dalaman seorang watak kepada pembaca secara langsung. Dalam persembahan drama, monolog hanya dituturkan oleh seorang pelakon sahaja. Ujaran �To be or not to be� oleh Hamlet dalam drama Shakespeare yang berjudul Hamlet (Babak III, adegan i) merupakan contoh monolog dalam bentuk senandika. Dalam sastera Parsi, monolog ditemui dalam Sang-i-Sabur oleh Sabiq Chubak. Contoh monolog dramatik yang biasanya terdapat pada teater tradisional Makyung ialah ungkapan semasa Pakyung memperkenalkan dirinya seperti yang berikut: Yalah tuboh hambo bergelar Raja Bongsu Sakti dari negeri Pelenggang Cahaya. Bonda bernamo Raja Besar�. Istilah monolog berasal daripada drama Yunani berjudul Oedipus Rex oleh Sophocles. Monolog menjadi bentuk popular dalam penulisan Barat pada kurun ke-16 dan pada era Elizabeth seperti dalam karya Shakespeare. Lihat juga monolog dalaman, monolog dramatik, senandika.
marrated monologuemonolog terkisahKesusasteraanTiadaTeknik lakonan dalam bentuk monolog dan karya terhasil daripada pemikiran dalam watak yang dibuat secara tidak langsung. Monolog terkisah biasanya melibatkan penceritaan orang ketiga. Dalam sesebuah karya yang mengandungi monolog terkisah, pengarang berada di luar cerita dan hanya menceritakan kejadian yang berlaku kepada watak berasaskan pemikiran dalaman watak itu sendiri. Justeru, monolog terkisah lebih banyak menceritakan peristiwa yang berlaku dalam mental atau pemikiran seseorang watak.
interior monologuemonolog dalamanKesusasteraanTiadaTeknik lakonan yang melibatkan pengucapan batin seseorang watak yang ditemui dalam karya sastera. Bagi pengarang, monolog dalaman menjadi alat untuk mendedahkan perasaan, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog. Oleh itu, monolog dalaman dianggap suatu proses mental watak yang dikongsi bersama dengan pembaca. Monolog dalaman juga boleh dirujuk sebagai bhagian atau keseluruhan teks yang merakamkan pemikiran, perasaan, persepsi dan memori watak tanpa sebarang perantaraan seolah-olah pembaca dapat menembusi mindanya. Monolog disampaikan dengan menggunakan teknik aliran kesedaran yang menekankan kecelaruan dan pengabaian logik dengan penggunaan ayat yang tidak teratur, serta idea yang tergantung dan tidak mengikut kronologi. Teknik monolog dalaman mendapat tempat dalam penulisan pada awal abad ke-20 apabila penulis mula mementingkan psikologi watak berbanding plot. Penulis masyhur dari Barat yang menggunakan teknik ini termasuklah James Joyce, Virginia Woolf dan William Faulkner. Antara penulis Malaysia yang menggunakan teknik ini ialah Shahnon Ahmad dalam karyanya Igau dan Arena Wati dalam novel Panrita.
monologuemonologKesenianDrama dan TeaterPengucapan atau percakapan yang dilakukan oleh pemegang peranan untuk pendengarannya sendiri dan untuk didengari oleh penonton. Monolog boleh juga berbentuk ungkapan dalam melakukan leteran, mengomel, racauan orang yang dalam keadaan kurang siuman, atau mengigau dalam tidur.
dramatic monologuemonolog dramatikKesenianDrama dan TeaterPengucapan oleh sesuatu watak secara bersendirian yang menyampaikan gambaran emosi dan rohani watak. Sekiranya diolah dalam bentuk puisi, monolog dramatik sangat berkesan untuk melahirkan idea dalam fikiran bawah sedar atau pengalaman hidup pengucap. Sinonimsolilokui. Lihat jugadialog dramatik, ironi dramatik.
dramatic monologuemonolog dramatikKesusasteraanTiadaTeknik lakonan yang membenarkan watak mendedahkan perasaan dan fikirannya secara langsung kepada penonton. Istilah ini dikaitkan dengan sajak Robert Browning seperti �My Last Duchess� dan �The Bishop Orders His Tomb�. Sajak-sajak ini menyampaikan fikiran dan perasaan watak dalam situasi dramatik. Dalam teater tradisional Melayu seperti makyung dan wayang kulit, teknik ini dikenali sebagai ucap tetap. Contohnya, semasa watak Pak Yung memperkenalkan dirinya secara monolog kepada khalayak dalam cerita Raja Bongsu Sakti. Selain itu, teknik ini juga terdapat dalam bangsawan dan drama Shakespeare. Contohnya, adegan dalam drama Hamlet, �To be or no to be� merupakan monolog dramatik.
monologueekacakapKesusasteraanPuisiPertuturan yang dilakukan oleh seorang watak sama ada ia ditujukan kepada dirinya sendiri mahupun kepada pembaca. Sebenarnya dalam puisi, penggunaan unsur monolog jarang ditemui kerana dalam puisi penyair jarang memunculkan watak. Walau bagaimanapun sesebuah puisi yang telah diciptakan itu ialah hasil daripada monolog penyair setelah berhadapan dengan sesuatu peristiwa. Contohnya, dalam puisi "Pengantin Laut" dan "Aku Nelayan" karya J.M. Aziz. Sinonim monolog.
monologuemonologKesusasteraanTiadaPercakapan panjang yang dituturkan oleh seorang watak sahaja sama ada ditujukan kepada dirinya sendiri atau kepada pendengar atau pembaca.
monologuemonologLinguistikTiadaTiada
monologuemonologPendidikanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas