Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.no.mer] | مونومر

Definisi : (Kim) molekul ringkas yg berpadu dgn beberapa molekul yg sama (atau yg ber­lainan) utk membentuk polimer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.no.mer] | مونومر

Definisi : ist molekul (ringkas) yg dpt bercantum dgn molekul lain utk membentuk molekul yg lebih besar (polimer). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata monomer


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONOMER

Monomer ialah molekul kecil yang boleh

berpadu dengan monomer-monomer lain untuk

membentuk monomer yang lebih besar yang

dikenali sebagai polimer. Polimer digunakan untuk

membuat cat, plastik, getah sintetik, dan serat

sintetik. Haba, tekanan, dan rawatan kimia boleh

digunakan untuk menjadikan monomer berpadu.

Lihat juga Pempolimeran; Polimer.

UMUM 
POLIMER

Polimer ialah molekul yang besar, panjang, bak

rantai yang terbentuk oleh rangkaian kimia banyak

molekul kecil. Unit kecil binaan molekul dikenali

sebagai monomer . Monomer bersambung

menjadi rantai melalui proses rangkaian yang

berulang yang dikenali sebagai pempolimeran .

Polimer boleh terdiri daripada beribu-ribu

monomer. Sesetengah polimer wujud secara

semula jadi. Yang lain adalah polimer sintetik.

UMUM 
AKRILONITRIL BUTADIENA STIRENAPolimer termoplastik yang dihasilkan melalui gabungan tiga monomer yang berlainan jenis, iaitu akrilonitril, butadiena, dan stirena.  Termoplastik yang berstruktur amorfus ini lebih dikenali sebagai ABS, berdasarkan huruf di hadapan ketiga-tiga monomer.  Kehadiran ketiga-tiga monomer menjadikan ABS mempunyai gabungan dua sifat, iaitu sifat getah dan sifat kaca.  Sifat kaca dihasilkan oleh kopolimer stirena-akrilonitril atau polistirena dengan fasa getah,.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
GETAH SINTETIKBahan polimer buatan sendiri bersifat kenyal yang boleh memanjang sehingga 600- 700 peratus dan dihasilkan melalui proses pempolimeran monomer.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
BIOPOLIMER

 Biopolimer ialah polimer yang terdapat secara semula jadi.  Kanji, protein dan peptida, DNA dan RNA adalah contoh biopolimer yang terdiri daripada unit monomer gula, asid amino dan asid nukleik.

BIOLOGISifat/Keadaan

Kembali ke atas