Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.no.po.li] | مونوڤولي

Definisi : 1. penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan, dsb dlm pasaran tertentu oleh seseorang, sesebuah firma, atau sekumpulan orang atau firma: ~ asing dlm perdagangan telah dapat dipatahkan oleh ahli-ahli perniagaan anak negeri; 2. pemikiran atau penguasaan sesuatu yg tidak boleh dikongsi dgn orang atau pihak lain: Islam bukan ~ orang Arab; memonopoli 1. menguasai sesuatu (perda­gangan, perkhidmatan, dsb) dgn bebas tanpa menghadapi saingan: Portugis dan Belanda datang ke alam Melayu ini bertujuan utk ~ perdagangan; 2. mempunyai, mengawal, atau menggunakan sesuatu (peluang dll) se­penuhnya; pemonopolian perbuatan (proses) memono­poli; pemonopoli orang atau pihak yg memono­poli sesuatu (perniagaan, perkhidmatan dsb): undang-undang ini bertujuan mengelakkan ~ drpd mengaut keuntungan yg berlebihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.no.po.li] | مونوڤولي

Definisi : 1 hak berdagang sendiri dan orang lain dilarang ikut serta: Perusahaan petroleum menjadi ~ kerajaan di beberapa buah negara. 2 sesuatu yg dipunyai oleh seorang atau segolongan saja. memonopoli mempunyai kuasa atau hak berdagang yg bebas drpd sebarang saingan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata monopoli


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONOPOLI DAN PERSAINGAN

Monopoli dan persaingan ialah dua keadaan

dalam perniagaan. Dalam monopoli, sesebuah

syarikat atau satu kumpulan syarikat yang

bekerjasama mengawal bekalan sesuatu atau

perkhidmatan yang tidak mempunyai sebarang

pengganti. Dalam persaingan, sebilangan firma

yang bersaingan menjual barangan atau

perkhidmatan yang sama kepada pembeli.

UMUM 
SURUHANJAYA MONOPOLI DAN GABUNGAN

Suruhanjaya Monopoli dan Gabungan, menyiasat

keadaan monopoli dan gabungan dalam

industri dan profesion di Britain. Suruhanjaya ini

beroperasi di bawah arahan ketua pengarah untuk

perdagangan yang adil, dan setiausaha negara bagi

perdagangan. Kes yang disiasat biasanya dirujuk

kepada suruhanjaya oleh ketua pengarah kecuali

dalam kes perbadanan berkanun yang mesti

dirujuk kepada setiausaha negara dan menteri

yang berkenaan.

UMUM 
PASARAN MONOPOLIKonsep ekonomiEKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
PERSAINGAN

Persaingan lihat Monopoli dan persaingan.

UMUM 
SURAT PATEN

Surat paten adalah surat terbuka tentang

kebenaran kerajaan terhadap hak monopoli kepada

pencipta. Raja boleh juga menggunakan surat

paten untuk menganugerahkan kebangsawanan.

Surat paten biasanya ditulis di atas velum (kertas

kulit halus) dan ditandakan dengan cap pihak

berkuasa yang mengeluarkannya.

UMUM 
DADU

Dadu ialah kiub kecil yang digunakan dalam

permainan judi seperti ‘craps’. Dadu juga

digunakan dalam permainan ‘backgammon’,

monopoli dan  permainan papan yang lain. Sebiji

dadu dinamakan die. Setiap die mempunyai enam

permukaan dan ia dicetak dari satu titik hingga

ke enam titik.

UMUM 
SYARIKAT HINDIA TIMUR BELANDA

Syarikat Hindia Timur Belanda merupakan

syarikat perniagaan yang berkuasa yang membantu

menubuhkan pemerintahan Belanda di Indonesia.

Pada tahun 1602, kerajaan Belanda memberikan

syarikat ini taraf monopoli dalam perdagangan antara

Asia dengan Belanda. Syarikat ini juga memperoleh

kuasa yang luas dalam aspek pemerintahan dan

ketenteraan, termasuklah hak untuk memerintah dan

melakukan peperangan di Asia.

UMUM 
SKIM MISSISSIPPI

Skim Mississippi ialah satu projek kewangan

yang melulu yang dirumuskan di Perancis pada

tahun 1717. John Law, ahli ekonomi Scottish,

memulakan rancangan tersebut dan kemudian

menubuhkan organisasi The Mississippi Company.

Pemangku Raja Perancis, Philippe, Duke of New

Orleans memberikan syarikat ini monopoli (hak

eksklusif) untuk meneruskan operasi perniagaan

yang meluas di Lousiana milik Perancis di Amerika

Syarikat, dan di Kanada.

UMUM 
PARTI BURUH AUSTRALIA

Parti Buruh Australia (Australia Labour Party

(ALP)) ialah parti politik tertua di Australia. Parti ini

lahir daripada gerakan buruh tahun 1890-an dan

banyak kesatuan sekerja yang masih mempunyai

kaitan dengan parti ini. ALP menganggap entitinya

sebagai “parti sosialis demokratik”. Parti ini

menekankan keperluan membahagikan semula

kuasa politik dan kuasa ekonomi, dan mencegah

kawalan industri secara monopoli oleh firma

swasta yang besar. Pada peringkat persekutuan,

terdapat tiga golongan dalam ALP yang dikenali

sebagai Kanan, Kiri Tengah, dan Kiri.

UMUM 
TANJUNG PUTUS

TANJUNG PUTUS, pulau kecil yang pernah menjadi kubu Belanda di Perak.  Ia terletak di Sungai Perak, lebih kurang 60 km dari Kuala Perak.  Pulau ini telah diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada tahun 1746 apabila gabenor Albinus mengadakan perjanjian dengan Perak yang menjamin hak monopoli bijih timah oleh Belanda.  VOC mendirikan kubunya yang pertama di Pulau Pangkor, tetapi pada tahun 1748 telah memindahkan pos tersebut ke Tanjung Putus.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12

Kembali ke atas