Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.no.po.li] | مونوڤولي

Definisi : 1. penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan, dsb dlm pasaran tertentu oleh seseorang, sesebuah firma, atau sekumpulan orang atau firma: ~ asing dlm perdagangan telah dapat dipatahkan oleh ahli-ahli perniagaan anak negeri; 2. pemikiran atau penguasaan sesuatu yg tidak boleh dikongsi dgn orang atau pihak lain: Islam bukan ~ orang Arab; memonopoli 1. menguasai sesuatu (perda­gangan, perkhidmatan, dsb) dgn bebas tanpa menghadapi saingan: Portugis dan Belanda datang ke alam Melayu ini bertujuan utk ~ perdagangan; 2. mempunyai, mengawal, atau menggunakan sesuatu (peluang dll) se­penuhnya; pemonopolian perbuatan (proses) memono­poli; pemonopoli orang atau pihak yg memono­poli sesuatu (perniagaan, perkhidmatan dsb): undang-undang ini bertujuan mengelakkan ~ drpd mengaut keuntungan yg berlebihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.no.po.li] | مونوڤولي

Definisi : 1 hak berdagang sendiri dan orang lain dilarang ikut serta: Perusahaan petroleum menjadi ~ kerajaan di beberapa buah negara. 2 sesuatu yg dipunyai oleh seorang atau segolongan saja. memonopoli mempunyai kuasa atau hak berdagang yg bebas drpd sebarang saingan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata monopoli


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
pure monopolymonopoli tulen/murnimonopoli tulen/murnimonopoli tulen/murniEkonomi
traditional shipping monopolymonopoli perkapalan tradisionalmonopoli perkapalan tradisionalmonopoli perkapalan tradisionalEkonomi
monopoly demand curvekeluk permintaan monopolikeluk permintaan monopolikeluk permintaan monopoliEkonomi
monopolymonopoliTiadamonopoliPentadbiran Perniagaan
monopolymonopoliTiadamonopoliSosiologi
monopolymonopoliTiadamonopoliEkonomi
buyer's monopolymonopoli pembeliTiadamonopoli pembeliEkonomi
anti-trust lawsundang-undang anti monopoliundang-undang anti monopoliundang-undang anti monopoliSains Politik
natural monopolyTiadaTiadamonopoli anugerahPentadbiran Perniagaan

Kembali ke atas