Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.ral] | مورل

Definisi : 1. ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajiban, dll), sikap atau cara berkelakuan yg ber­asaskan atau yg diukur dr segi baik buruk se­suatu akhlak: kadang-kadang, dongeng itu memang perlu sbg saluran pendidikan ke arah membentuk akhlak atau ~ yg baik; Datuk Penghulu ini sangat fanatik dlm perkara menjaga ~; 2. berkaitan dgn apa yg betul atau adil; bantuan ~ bantuan dgn kata­kata yg mengakui kebenaran atau yg me­nyokong seseorang atau sesuatu pihak (bukan berupa kebendaan); kemenangan ~ keme­nangan mempertahankan sesuatu yg benar; 3. semangat utk menghadapi ejekan (olokan) demi mempertahankan kebenaran; bermoral mempunyai moral, berakhlak: pengarang menggambarkan Aminah sbg perempuan yg ~ rendah; tidak ~ tidak ber­akhlak, sangat buruk (bkn tingkah laku), ber­tentangan dgn ciri-ciri akhlak yg dianggap baik (bkn perbuatan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.ral] | مورل

Definisi : 1 pegangan atau ajaran bkn dgn buruk baiknya sesuatu perbuatan (kelakuan, akhlak dll): Ajaran agama Islam membentuk ~ yg baik. 2 yg berkaitan dgn apa-apa yg betul atau yg adil. bermoral mempunyai moral; berakhlak: Mereka dididik supaya menjadi anak yg ~ dan tahu menghormati orang tua. tidak ~ tidak berakhlak; sangat buruk tingkah laku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
moral (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan akhlak, budi pekerti, budi bahasa, kesopanan, kesantunan, sopan, santun, ketertiban, adab, baik perangai;,
Kata Terbitan : bermoral,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud keamatan moral(moral intensity)Mengikut data kami dalam bidang kebanyakan bidang termasuk psikologi,  intensity diterjemahkan sebagai keamatan namun ada istilah tertentu menggunakan perkataan intensiti. Frasa moral intensity tidak ada dalam pangkalan data kami. DBP mencipta istilah dan memberikan padanan istilah berpandukan maksud istilah dalam bahasa sumber tetapi kami tidak mengubah maksud istilah dalam bahasa sumber tersebut.Istilah01.01.2015
Apakah istilah BM bagi moral compass?Istilah moral compas tidak masih belum ada dalam data kami lagi. Cadangan daripada pihak kami, istilah yang sesuai bagi moral compass ialah kompas moral.Makna02.03.2017
Apakah Pekataan dalam bahasa melayu yang sama dengan "Moral Reasoning". Adakah ia sama dengan "penalaran moral"Perkataan bahasa Melayu yang sama makna dengan Moral Reasoning ialah pemikiran atau hujah moral. T.ksaih.Lain-lain04.09.2008
Bolehkah "moral authority" ditafsirkan sebagai wibawa kesusilaan?Cadangan padanan bagi istilah moral authority dalam bahasa Melayu ialah wibawa moral. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.03.2024
Ayat yang manakah betul? a) Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita melakukan perbuatan yang terkutuk. b) Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang terkutuk. Terima kasihAyat yang gramatis, Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang terkutuk.Tatabahasa16.03.2012
Ayat yang manakah betul? A) ibu bapa haruslah memberikan penekanan tentang pendidikan agama dan moral. B) ibu bapa haruslah memberikan penekanan terhadap pendidikan agama dan moral.A) ibu bapa haruslah memberikan penekanan tentang pendidikan agama dan moral.Tatabahasa21.03.2012
Saya ingin bertanya terjemahan yang betul bagi "Thinking and Deliberating in Moral Eduation" apakah betul berfikir dan bermuzakarah dalam pendidikan moral? Saya mempunyai kesukaran untuk mencari perkataan yang tepat untuk "deliberating" dalam bahasa melayu dan ini untuk tajuk dalam tesis saya. I need your help please and thank you.

Cadangan padanan terjemahan yang sesuai bagi Thinking and Deliberating in Moral Education ialah “Pemikiran dan Pertimbangan dalam Pendidikan Moral”. Walau bagaimanapun, cadangan padanan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.

Penyemakan dan penterjemahan13.06.2022
Apakah perbezaan antara moral dan etika? Terima kasih.

1.   Moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan. 2. Etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan.

Makna05.01.2017
Adakah ayat ini betul? Remaja yang tidak mendapat didikan agama dan moral tidak berupaya membezakan antara intan dengan kaca.Remaja yang tidak mendapat didikan agama dan moral tidak berupaya membezakan antara intan dengan kaca, ayat ini tidak gramatis (kurang tepat).Tatabahasa17.04.2015
salam sejahtera. Bolehkah saya dapat beli buku teks dan buku panduan guru pendidikan moral tingkatan 4 sekarang? urgent. Sila beritahu masa buka pejabat. Terima kasih

Salam Sejahtera,

Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4 boleh didapati di kedai Buku Koperasi DBP. Buku Panduan guru tidak dijual kerana buku ini dibekalkan di sekolah sahaja.Untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP di talian 032143 3504/3505

Lain-lain01.03.2010
123456

Kembali ke atas