Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mor.fo.lo.gi] | مورفولوݢي

Definisi : 1. kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan; 2. cabang biologi yg berkaitan dgn bentuk dan struktur orga­nisma; 3. kajian tentang struktur dan bentuk sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mor.fo.lo.gi] | مورفولوݢي

Definisi : ist kajian bkn bentuk kata atau pembentukan kata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata morfologi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MORFOLOGI

Morfologi ialah satu cabang sains yang

berkaitan dengan struktur haiwan, tumbuh-tumbuhan

dan jirim bukan hidup. Morfologi

biasanya melibatkan kajian tentang benda hidup.

Ia termasuk bidang seperti sitologi, iaitu kajian

tentang struktur sel; histologi, kajian tentang

struktur tisu; dan anatomi, kajian tentang struktur

keseluruhan organisma. Dalam geologi,

morfologi ialah kajian tentang bentuk luar batuan.

UMUM 
MORFOLOGI TUMBUHAN

Morfologi  tumbuhan, kajian kepelbagaian rupa bentuk struktur, susunan dan perkembangan organisma melalui penglihatan mata, teropong atau kamera.

BIOLOGIKonsep
MORFOLOGI BAHASA MELAYU

MORFOLOGI BAHASA MELAYU, kajian tentang struktur bentuk dan penggolongan kata bahasa Melayu. Morfologi bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu bentuk tunggal dan bentuk terbitan.

BAHASAKonsep
ANATOMI TUMBUHAN

Anatomi tumbuhan, kajian morfologi tumbuhan yang berkaitan dengan organisasi atau sistem struktur dalam dan bentuknya.

BIOLOGIKaedah
KAMUS KHUSUS

KAMUS KHUSUS, salah satu jenis kamus yang memberi sumbangan yang amat penting dalam dunia perkamusan itu sendiri. Oleh sebab konsep kamus itu mempunyai pengertian yang amat luas meliputi input linguistik seperti morfologi, sintaksis, semantik, fonologi, dan semua subdisiplin  linguistik yang lain seperti  leksikologi, analisis wacana, pragmatik, etimologi den sebagainya, maka potensi kamus khusus itu untuk berkembang jelas terbuka luas. Malah kamus khusus menjadi faktor yang mencorakkan kepelbagaian usaha penyusunan kamus yang menjadi agen kodifikasi bahasa yang amat berpengaruh.

BAHASAPenerbitan
PENGKOMPUTERAN BAHASA

PENGKOMPUTERAN BAHASA, proses menggunakan komputer untuk penyelidikan, pengajaran dan penyebaran bahasa.  Pengkomputeran bahasa atau pemprosesan bahasa ialah istilah yang digunakan untuk menamakan secara umum semua proses yang menggunakan komputer bagi semua perkara yang berkait dengan bahasa, sama ada untuk penyelidikan bahasa itu sendiri secara in situ ataupun untuk tujuan menggunakannya sebagai alat.  Dalam penyelidikan bahasa misalnya, komputer dapat digunakan untuk menimba maklumat-maklumat linguistik seperti maklumat morfologi, sintaksis dan sebagainya.  Contohnya komputer boleh digunakan dalam sistem penterjemahan berkomputer, sistem kajian penulisan berkomputer dan sistem kamus elektronik.

BAHASASistem
PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA MELAYU

PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA Melayu, buku tulisan yang diterbitkan dalam jurnal Peredar  Angka 12, yang diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.) pada tahun 1939.  Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu membicarakan satu segi tatabahasa Melayu.  Buku ini menerangkan kaedah pengimbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu memberi penokok (= awalan) pada kata umbi (akar/dasar) dan juga memberi penambah (= akhiran) pada kata akar/dasar sehingga menjadi kata terbitan.  Dengan kata lain buku ini membicarakan pembentukan kata atau morfologi bahasa Melayu.  Buku ini mengandungi 35 halaman serta terdapat 10 fasal di dalamnya.  Perkara-perkara yang dibicarakan ialah:

BAHASAKarya

Kembali ke atas