Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mor.fo.lo.gi] | مورفولوݢي

Definisi : 1. kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan; 2. cabang biologi yg berkaitan dgn bentuk dan struktur orga­nisma; 3. kajian tentang struktur dan bentuk sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mor.fo.lo.gi] | مورفولوݢي

Definisi : ist kajian bkn bentuk kata atau pembentukan kata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata morfologi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abnormal spermatozoapermatozoa abnormalPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSel seks jantan yang mempunyai morfologi tidak normal. Morfologi spermatozoa abnormal dapat dikenal pasti melalui ujian makmal. Morfologi yang abnormal ini akan menyukarkan proses persenyawaan ovum. Contoh morfologi abnormal spermatozoa ialah spermatozoa dengan ekor berganda, tiada ekor, kepala senget, kepala terlalu besar atau berleher bengkok. Faktor penyebab spermatozoa abnormal termasuk jangkitan penyakit, pendedahan kepada toksin, radiasi dan testis yang tidak normal.
morphologic speciesspesies morfologiGeologiTiadaSpesies yang hanya berdasarkan ciri-ciri morfologi.
morphologymorfologiFizikNanoteknologiStruktur seperti sfera, pepaku atau dataran yang biasanya dirujuk kepada permukaan suatu pepejal. Morfologi suatu permukaan dapat dicerap dalam imej tiga dimensi menggunakan mikroskop daya atom atau mikroskop penerowongan pengimbasan.
morphological charactersciri morfologiHerbaTiadaSifat yang menggambarkan bentuk atau rupa sampel bahan secara makroskopi dan mikroskopi. Ciri morfologi berguna untuk menentukan identiti, ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah dalam bentuk yang utuh atau telah diserbukkan. Ciri-ciri bentuk, struktur sel, saiz, warna, permukaan, tekstur, fraktur dan rupa bahan sampel seperti daun, bunga, buah, biji, batang, kulit kayu, akar, rizom dan sebagainya diperiksa dengan mata kasar, menggunakan kanta pembesar atau mikroskop.
herbal classificationpengelasan herbaHerbaTiadaSistem pembahagian herba kepada kumpulan mengikut urutan abjad, taksonomi, morfologi, farmakologi atau terapeutik dan kimia atau biogenetik. Pembahagian mengikut abjad terdapat dalam dokumen farmakopeia, pembahagian mengikut taksonomi terdapat dalam buku farmakognosi, pembahagian morfologi terdapat dalam buku botani, pembahagian farmakologi atau terapeutik terdapat dalam buku perubatan herba dan pembahagian kimia atau biogenetik terdapat dalam buku fitokimia.
morphologymorfologiFizikTiadaTiada
morphologymorfologiGeografiTiadaTiada
morphologymorfologiLinguistikTiadaTiada
morphologicmorfologiLinguistikTiadaTiada
morphologymorfologiPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas