Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu] | مو

Definisi : huruf ke-12 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol M, µ. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu] | مو

Definisi : singkatan bagi kamu: rumah~; kereta~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ejaan yang betul untuk "hamba Mu ("Mu" merujuk kepada Tuhan), kemuliaan Mu, pohon kepada Mu, etc... Perlu dijarakkan 'Mu' atau tidak? Sekian, terima kasihEjaan yang betul ialah hamba-Mu, kemulian-Mu, kepada-Mu.Ejaan14.09.2009
Contoh: rambutmu atau rambut mu? Perkataan 'mu' perlu dijarakkan atau disambung?

Kata ganti nama singkat 'mu' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya. Ejaan yang betul ialah rambutmu   

Ejaan03.06.2020
Ingin tahu cara betul ejaan untuk "Maha Suci Mu". Perkataan "Mu" perlu didekatkan atau tidak? TkasihEjaan yang betul ialah Maha Suci-Mu.Ejaan04.02.2010
1. Bagaimana sebutan bagi perkataan MULAI? Adakah MU - LAI atau MU - LA - I ? 2. Adakah terdapat imbuhan akhiran dalam perkataan MULAI ini?

Sebutan bagi perkataan MULAI ialah Mu-la-i.

Lain-lain26.05.2010
Saya ingin membuat kempen dan taglinenya adalah "serlahkan kewanitaanmu" . Yang mana cara ejaan yang betul "kewanitaanmu" atau "kewanitaan mu" atau "kewanitaan Mu" ? Terima kasihEjaan yang betul ialah kewanitaanmu.Tatabahasa03.11.2011
3. Bagaimankah penggunaan “mu” dan “kau”? Yang mana betul: a. Akalmu/ akal mu b. Ajarku/ ajar ku c. Kuajar/ ku ajar d. Kauterima/ kau terima e. Cawanku/ cawan ku f. Ambilkan kucawan/ ambilkan ku cawan/ ambilkanku cawanKata ganti nama singkat 'mu' dan'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contoh Padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. Oleh itu yang betul ialah akalmu, ajarku, kuajar, kauterima, cawanku, dan ambilkanku cawan.Tatabahasa08.05.2007
Assalamualaikum, mohon pencerahan tentang kehadiran perkataan "dengan" dalam ayat ini. Rabbi, Aku Ingin Mengenal-Mu "dengan" Lebih Dekat atau Rabbi, Aku Ingin Mengenal-Mu Lebih Dekat. Terima kasih.Puan,

Ayat yang betul ialah "Rabbi, aku ingin mengenal-Mu dengan lebih dekat". Perkataan "dengan" dalam ayat tersebut merupakan kata sendi nama "dengan" yang membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Contoh lain, "Dia menyambut tetamu itu dengan senyum simpul".
Tatabahasa15.04.2019
JASA MU OR JASAMUEjaan yang betul ialah jasamu.Ejaan22.10.2009
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai perkataan kau, mu dan ku. Adakah perkataan 'kau' boleh disambung bersama kata kerja dibelakang atau di depannya seperti kaumakan dan pergikau? Bagi 'mu' dan 'ku' pula, bolehkan ia bersambung bersama perkataan selepas atau sebelumnya sebagai contoh, kumilikmu? Bagaimana pula dengan kuberikankau? Terima kasih, Wassalam.W'salam
Unsur klitik seperti 'mu', 'ku' 'kau'  tidak boleh berdiri sendiri, perlu digandingkan dengan perkataan di hadapan atau di belakangnya. Sekian, terima kasih.
Tatabahasa16.06.2016
Yang mana paling tepat: a) Sejahterakan hati kami Ya Allah dengan menuruti jejak langkah nabi-Mu. b) Sejahterakan hati kami ya Allah dengan menuruti jejak langkah nabi-Mu.

Ejaan yang betul seperti dalam ayat kedua "Sejahterakan hati kami ya Allah dengan menuruti jejak langkah nabi-Mu".

Tatabahasa13.09.2011
1234567

Kembali ke atas