Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata muara;

Puisi
 

Muara batu berumput,
     Kelekati gilang gemilang;
Suara saja terluput,
     Dalam hati manakan hilang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Hidup dua muara.

Bermaksud :

Hidup dengan dua macam pencarian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUARA PENTLAND

Muara Pentland ialah laluan laut yang sempit

di utara Scotland. Muara ini memisahkan

Kepulauan Orkney dengan Wilayah Tanah Tinggi

di tanah besar Scotland. Di bahagiannya yang

paling sempit, iaitu di antara Tanjung Duncansby

dan Brough Ness, muaranya hanya selebar kira-kira

10 kilometer.

UMUM 
OMBAK MUARA

Ombak muara ialah air yang mengalir deras

dalam teluk atau muara disebabkan oleh pasang

surut yang cepat.

UMUM 
RÍO DE LA PLATA

Río de la Plata ialah sebuah muara atau teluk

yang berbentuk corong, yang dibentuk oleh

Sungai Paraná dan Sungai Uruguay, di pinggir laut

tenggara Amerika Selatan. Teluk ini mengunjur ke

barat laut dari Lautan Atlantik, sepanjang lebih

kurang 270 kilometer. Air dalam jumlah yang

banyak mengalir ke teluk, dari Sungai Paraná dan

Sungai Uruguay, dan terjadilah arus yang deras.

Banyak tempat yang cetek membahayakan bot

yang belayar di sepanjang sungai. Pelabuhan

semula jadi Montevideo, di Uruguay, terletak

berhampiran muara teluk itu yang lebarnya 225

kilometer. Teluk di bahagian Argentina, iaitu di

Buenos Aires dan La Plata, limbungan kapal yang

besar telah dibina dan terusan yang dalam telah

dikorek.

UMUM 
ABERYSTWYTH

Aberystwyth, tempat percutian tepi pantai yang

popular di Dyfed, ialah pusat kebudayaan dan

pendidikan Wales. Bandar ini terletak di pantai

Teluk Cardigan, di muara Sungai Rheidol dan

Sungai Ystwyth. Aberystwyth dalam bahasa Wales

bermakna Muara Sungai Ystwyth . Salah sebuah

kolej University of Wales terletak di Aberystwyth.

Beberapa jabatan universiti dan National Library of

Wales terdiri di atas bukit di belakang bandar ini.

UMUM 
NEWCASTLE

Newcastle (pend. 293 368) terletak di muara

Sungai Hunter, 160 kilometer ke utara Sydney,

Australia . Newcastle ialah salah sebuah bandar

yang terbesar di New South Wales. Bandar

Newcastle mempunyai keluasan 215 kilometer

persegi dan penduduknya termasuk 129 490

orang yang tinggal di 18 buah kawasan

subbandar. Kawasan bandar (metropolitan)

meliputi lebih daripada 958 kilometer persegi.

Lebih daripada 30 buah kawasan subbandar

terletak ke selatan dan ke barat daya bandar ini di

City of Lake Macquarie (Bandar Tasik Macquarie),

yang merupakan bahagian yang paling pesat

pertumbuhannya di kawasan Newcastle.

UMUM 
IKAN SINAR-XIkan sinar-x ialah ikan karnivor kecil yang hidup
di bahagian muara Sungai Amazon, termasuk
di perairan yang agak masin.
UMUMUmum
DEMANG LEBAR DAUN

Demang Lebar Daun (? – ?), mangkubumi

kerajaan Palembang. Dia menguasai Muara

Tatang (Batanghari), hulu Sungai Melayu. Bukit

Siguntang terletak di kawasan ini. Menurut Sejarah

Melayu, Demang Lebar Daun ialah orang yang

pertama menggunakan bahasa diraja seperti ‘Yang

Dipertuan’ dan ‘Patik’ dalam perbualannya.

UMUM 
EMPANGAN DNEPROGES

Empangan Dneproges, empangan konkrit

yang besar di Ukraine, terletak 320 kilometer dari

muara Sungai Dnepr. Empangan ini membekalkan

kuasa hidroelektrik bagi kebanyakan lombong dan

industri di republik itu.

UMUM 
SUNGAI MISSOURI

Sungai Missouri ialah sungai terpanjang di

Amerika Syarikat. Sungai ini mengalir 4090

kilometer dari puncaknya di Red Rock Creek di

barat daya Montana hingga ke muara Sungai

Mississippi. Sungai Missouri mengairi kawasan

seluas kira-kira 1 371 100 kilometer persegi.

Lembangan saliran ini meliputi keseluruhan atau

sebahagian daripada 10 negeri di Amerika Syarikat

dan dua provinsi di Kanada. Sungai ini adalah

berlumpur. Penjelajah awal dan Orang Asli Amerika

menamakannya Big Muddy dan peladang

menyifatkannya sebagai “terlalu tebal untuk

diminum dan terlalu nipis untuk dibajak”. Sungai

Missouri diberi nama sempena nama Orang Asli

Missouri, salah satu puak yang tinggal berhampiran

dengan muara sungai ini.

UMUM 
NANTES

Nantes (pend. 252 029; pend. kaw. met. 492 225),

ialah bandar pelabuhan di barat Perancis,

berhampiran muara di Sungai Loire. Untuk lokasi

Nantes, lihat Perancis (peta politik). Terusan yang

dilalui oleh kapal yang menghubungkan bandar ini

dengan pelabuhan St. Nazaire di Teluk Biscay,

merupakan serokan Lautan Atlantik.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas