Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mua.ra] | موارا

Definisi : tempat air sungai masuk ke sungai lain atau ke laut, kuala: adakah tuan-tuan melihat dua buah perahu besar berlabuh di ~?; hidup dua ~ prb hidup dgn dua pencarian atau penghidupan; bermuara masuk atau mengalir ke sungai (laut dll): Sungai Kelang ~ di Selat Melaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mua.ra] | موارا

Definisi : tempat air sungai masuk ke sungai lain atau masuk ke laut; kuala. bermuara masuk atau mengalir ke sungai atau ke laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muara (kata nama)
Bersinonim dengan kuala, mulut sungai, hilir, hujung;,

Puisi
 

Muara batu berumput,
     Kelekati gilang gemilang;
Suara saja terluput,
     Dalam hati manakan hilang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Hidup dua muara.

Bermaksud :

Hidup dengan dua macam pencarian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD PERIBAHASA SEPERTI MUARA JUAL KUALABoleh rujuk Buku Kamus Peribahasa Kontemporari tulisan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, terbitan PTS Publications atau buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain21.09.2007
Pilih ayat yang betul A. Basikal berwarna perak itu tidak milik saya. B. Beberapa orang pemuda berakit ke muara sungai. C. Salmah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. D. Ayah menyambut dan berbual dengan para-para tetamu yang hadir. Pilih ayat yang betul I. Mereka melayari internet di kafe siber. Ii. Suraya membeli jeruk mempelam di gerai Pak Kasim. Iii.Kaki tangan di Jabatan Pengangkutan Jalan itu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan telus. A. 1 dan iii B.1 dan IV C. II dan III D. III dan I1. Ayat yang betul: B. Beberapa orang pemuda berakit ke muara sungai. 

2. Ayat-ayat ini betul:
I. Mereka melayari internet di kafe siber.
II. Suraya membeli jeruk mempelam di gerai Pak Kasim.
III. Kaki tangan di Jabatan Pengangkutan Jalan itu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan telus.
Ayat IV tidak dikemukakan.
Tatabahasa23.06.2015
Adakah nama bagi spesies tuntung berikut sesuai digunakan: tuntung sungai (Batagur affinis), tuntung muara (Batagur baska), tuntung laut (Batagur borneoensis).Padanan bahasa Melayu bagi istilah batagur baska ialah tuntung. Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies kelompok tuntung belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi kedua-dua istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian.Lain-lain08.02.2024

Kembali ke atas