Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mua.ra] | موارا

Definisi : tempat air sungai masuk ke sungai lain atau ke laut, kuala: adakah tuan-tuan melihat dua buah perahu besar berlabuh di ~?; hidup dua ~ prb hidup dgn dua pencarian atau penghidupan; bermuara masuk atau mengalir ke sungai (laut dll): Sungai Kelang ~ di Selat Melaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mua.ra] | موارا

Definisi : tempat air sungai masuk ke sungai lain atau masuk ke laut; kuala. bermuara masuk atau mengalir ke sungai atau ke laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muara (kata nama)
Bersinonim dengan kuala, mulut sungai, hilir, hujung;,

Puisi
 

Muara batu berumput,
     Kelekati gilang gemilang;
Suara saja terluput,
     Dalam hati manakan hilang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Hidup dua muara.

Bermaksud :

Hidup dengan dua macam pencarian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
estaurine mudlumpur muaraGeografiTiadaMendapan lumpur yang terdapat di muara-muara sungai.
carsekarseGeografiTiadabagi tanah aluvium kawasan rendah di sepanjang muara-muara sungai di timur Scotland.
estuarine fishikan muaraPerikananTiadaIkan yang mampu hidup di kawasan muara sungai yang airnya berada pada julat kemasinan yang tinggi. Ikan yang hidup di muara sungai biasanya menjadi tumpuan pemancing rekreasi. Contohnya, ikan siakap, dengkis dan sembilang.
poorly drained estuarine soiltanah muara saliran kurang baikGeografiTiadaTanih muara sungai yang tidak mempunyai sifat saliran yang bagus.
salinitykemasinanBiologiEkologiKepekatan garam di dalam air. Aras kemasinan penting dalam menentukan taburan dan kelimpahan organisma, terutama di kawasan muara. Pengaruh kemasinan ke atas taburan organisma dapat dilihat pada sejenis udang, Gammarus zaddachi yang mempunyai tiga subspesies G. zaddachi oceaniens mendiami muara menuju ke laut (kemasinan 2.5 � 3.0%), G. zaddachi salinesi mendiami bahagian tengah muara (kemasinan 1.8 � 2.5%), dan G. zaddachi zaddachi mendiami muara menghala ke sungai (kemasinan 0.5 � 1.8%).
tidal prismprisma pasang surutSains MarinTiadaJumlah air di muara atau kemasukan air di antara purata air pasang dan purata air surut yang terdapat di muara.
firthmuaraGeografiTiadaIstilah Scotland, merujuk kepada cabang laut yang panjang dan sempit; bukaan sungai ke laut.
embouchuremuaraGeografiTiadaTiada
estuarymuaraGeografiTiadaBahagian mulut sungai yang melebar ke laut di mana aliran pasang surut berlaku mengakibatkan percampuran air masin dan air tawar.
firthmuaraGeologiTiadaIstilah Scotland, merujuk kepada cabang laut yang panjang dan sempit; bukaan sungai ke laut.
12345678910...

Kembali ke atas