Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata muat-turun


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
downloadmuat turunKomputerTiadaTiada
downloadmuat turunTeknologi MaklumatTiadaPenghantaran maklumat dari komputer pusat ke terminal.
downloadmuat turunTeknologi MaklumatTiadaTiada
JPEGJPEGTeknologi MaklumatTiada1. Satu piawai ISO/ITU untuk memampatkan dan menyimpan imej dalam bentuk digital. JPEG mengecilkan saiz fail untuk mempercepat muat turun dari web . Oleh yang demikian kualitinya akan menyusut. 2. Format fail untuk menyimpan imej peta bit yang dimampatkan. Format fail JPEG biasanya digunakan untuk imej fotografi berkualiti tinggi.
JPEG File(Joint Photography Experts Group File)Fail JPEGTeknologi MaklumatTiadaFail imej grafik yang disimpan menggunakan teknik mampatan untuk mengurangkan saiz fail bagi mencepatkan muat turun fail daripada web. Teknik ini berasaskan piawaian kumpulan pakar fotografi bersama.
binary large object (BLOB)objek besar perduaan (BLOB)Teknologi MaklumatTiadaFail bersaiz besar yang selalunya mewakili imej atau suara. Dalam pangkalan data, medan ini menyimpan sebarang fail imej, multimedia atau suara. Pengendalian berkaitan BLOB dalam pangkalan data adalah muat naik, muat turun atau simpan. Medan lain dalam pangkalan data biasanya medan numerik, alfanumerik dan aksara.
archive filefail arkibTeknologi MaklumatTiadaFail yang mengandungi beberapa fail lain yang berkaitan, biasanya dalam format mampat seperti fail zip yang bertujuan untuk mengurangkan saiz fail dan membuat penghantaran kepada penerima. Fail ini boleh disebarkan secara muat atas atau muat turun kepada Internet atau daripada Internet. Kebanyakan perisian disebarkan secara percuma, seperti perisian kongsi diletakkan dalam arkib yang mengandungi kesemua atur cara yang berkaitan termasuk dokumentasi dan berkemungkinan data. Perisian antivirus sukar mengesan virus pada fail ini kerana telah dimampatkan terlebih dahulu.
ZIPZIPTeknologi MaklumatPerisianFail yang dimampatkan daripada saiz sebenar. Suatu arkib ZIP mengandungi koleksi fail yang dimampatkan. Fail ZIP adalah popular di Internet kerana pengguna dapat menghantar pelbagai fail di dalam satu kontena kerana fail yang dimampatkan menjimatkan ruang ingatan dan mengurangkan masa muat turun. Contoh sambungan fail ZIP ialah <.ZIP> manakala contoh lain sambungan fail yang dimampatkan ialah <.RAR> dan <.LHA>.
RealAudioRealAudioTeknologi MaklumatTiadaTeknologi penstriman audio yang dibangunkan oleh Realnetworks untuk mengedarkan fail bunyi kualiti radio dan FM melalui Internet dalam masa nyata. RealAudio terdiri daripada dua komponen perisian klien untuk menyahmampatkan bunyi secara serta-merta dan perisian pelayan untuk penghantarannya. Perisian klien adalah percuma, disebarkan sama ada sebagai atur cara muat turun atau sebagai sebahagian daripada perisian pelayar. Lihat juga RealPlayer, RealVideo, strim, penstriman
wireless application protocol (WAP)protokol aplikasi wayarles (WAP)Teknologi MaklumatPerisianProtokol piawaian antarabangsa terbuka bagi lapisan aplikasi komunikasi rangkaian yang digunakan dalam persekitaran komunikasi wayarles. Kegunaan utama protokol ini adalah untuk membolehkan capaian pada web bergerak daripada telefon bimbit atau pembantu digital peribadi (PDA). Walaupun pelayar WAP menyediakan kesemua perkhidmatan asas bagi pelayar web berasaskan komputer, tetapi disebabkan kekangan saiz skrin paparan telefon bimbit yang kecil, perkhidmatan tersebut disediakan dalam bentuk yang lebih mudah. Laman web dalam protokol WAP ditulis dalam bentuk bahasa tandaan wayarles (WML) dan dicapai melalui pelayar WAP. Contoh perkhidmatan WAP ialah e-mel, muat turun muzik dan melayar laman web.

Kembali ke atas