Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[muf.ti] | مفتي

Definisi : Ar orang yg dipertanggungjawabkan mengeluarkan fatwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[muf.ti] | مفتي

Definisi : ahli agama yg berhak memberi fatwa bkn hal-hal agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mufti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, adakah istilah "kemuftian" dalam bahsa melayu?Mufti ialah orang yang dipertanggungjawabkan mengeluarkan fatwa. Manakala perkataan kemuftian tiada dalam rujukan kami.Istilah27.04.2012
Assalamualaikum berkenaan sebutan dan ejaan nama-nama bulan Islam. Adakah institusi pendidikan di bawah selangor perlu menggunakan ejaan yang Jabatan Mufti Negeri Selangor beri? atau ikut ejaan di dalam kemus dewan? Boleh saya dapatkan jawapan . Sebab saya nak mengajar jadi murid akan confius ejaan yang mana perlu diikuti?

Ejaan bahasa Melayu yang betul bagi bulan Islam ialah Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah.

Ejaan28.01.2021
apakah maksud fatwa?Fatwa perkataan yang berasal dari Arab iaitu keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak); berfatwa memberikan (mengeluarkan) fatwa: pemimpin yg jahil itupun ~lah dengan tiada berilmu pengetahuan; memfatwakan memberikan fatwa.Makna18.01.2013
Assalamualaikum, mohon pencerahan berkaitan panduan penulisan surat rasmi Panggilan Hormat Penerima atau Kata Sapaan (Surat yang ditujukan kepada agensi kerajaan). Kata sapaan dengan gelaran kebesaran atau dimulakan dengan ‘Tuan’. Contoh 1: Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri TERENGGANU. Contoh 2: Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri TERENGGANU. Contoh 3: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Contoh 4: Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri TERENGGANU. Contoh 5: Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Kepada K.D.Y.M.M. Sultan TERENGGANU. Di atas kerjasama dan perhatian yang bersegera tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.Panggilan hormat ialah bentuk sapaan atau rujukan kepada orang tertentu mengikut gelar dan jawatannya. Bagi orang yang bergelar tetapi tidak memegang jawatan dalam kerajaan, maka panggilan hormat kepadanya berdasarkan pada gelar yang dimilikinya, sebagaimana yang ditetapkan oleh Bahagian Adat Istiadat Perdana Menteri. Sebagai contoh, orang yang bergelar Dato’ tetapi tidak memegang jawatan kerajaan dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berbahagia.  Orang yang berjawatan pula, katakanlah ia menteri, maka sama ada ia bergelar atau tidak ia dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat.  Jika ia bergelar, contohnya gelar Dato’, maka gelar itu tidak mempengaruhi panggilan hormat yang didasarkan pada jawatannya.  Beliau tetap dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat. Lain-lain20.02.2019
Dalam konsep qazaf, ada beberapa pendapat bercanggah dalam memberi makna qazaf tersebut. Versi pertama, qazaf bermaksud menuduh perempuan suci berzina (berdasarkan buku teks pendidikan islam kssm tingkatan 5). Versi kedua, menuduh perempuan solehah/baik berzina(melalui enjin carian Google). Adakah kedua-dua versi ini membawa kepada makna yang sama?Khidmat Nasihat DBP tidak dapat menentukan takrif yang paling tepat antara kedua-dua sumber yang diberikan. Walau bagaimanapun, berdasarkan himpunan fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, qazaf dari segi istilah ialah tuduhan berzina pada tempat celaan dan mengaibkan (Mukhtar al-Sihah), dan sebahagian ulama lagi mendefinisikan qazaf sebagai menuduh seseorang melakukan zina, liwat atau menafikan nasab.


Tatabahasa16.04.2022
dari manakah asal usul perkataan "petua"?.. adakah ia berasal dari perkataan arab "fatwa"? harap dapat dijelaskan terima kasih.Petua merupakan perkataan bahasa Melayu yang bermaksud nasihat, petunjuk, atau panduan yang ber­guna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan. F atwa perkataan yang berasal dari Arab iaitu keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak);Tatabahasa28.08.2013
Kepada Pihak DBP, nama saya saw, saya ingin bertanya soalan seperti yang saya lampirkan dalam pertanyaan ini. Maaf komputer tidak dapat taip perkataan berkenaan. Saya ingin tanya perkataan ini sama dengan "maqasid al-shariah"? atau merupakan istilah agama yang berlainan? Adakah istilah atau perkataan yang saya lempirkan bermauksud: "the attainment of good, welfare, advantage, benefits and warding off evil, injury, loss of the creatures"? Maaf, saya bukan muslim tetapi ingin tahu maksud.
Ya sama. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan frasa maqasid syariah dengan maksud tujuan yang dikehendaki oleh syarak dalam mensyariatkan suatu hukum untuk kemaslahatan umat manusia.

Secara ringkasnya, dalam agama Islam, lima aspek dalam maqasid syariah adalah memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta mengikut hukum syarak iaitu  peraturan yang telah ditetapkan dalam agama ini. Maqasid syariah adalah untuk menjana kebaikan atau kebahagiaan individu, keluarga, masyarakat dan ummah, serta memelihara sistem, memakmurkan dunia dengan cara membawa kepada kebaikan dan kesempurnaan manusiawi di dunia dan akhirat.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.



 
Makna29.09.2023

Kembali ke atas